-->

Saturday, 29 September 2018

author photo
Cara Masak Sup Tulang Daging Noxxa Yang Mudah Dan Sedap | Salam semua, entri yang lepas dan lepas, faham lah ya kalau sebut entri lepas - lepas dah berkongsi cara nak rebus sup tulang, kali ini nak kongsi resepi paling senang nak buat sup, tak ada tumis - tumis bagai hanya guna sup bunjut sahaja pun sudah sedap. Kalau post entri makanan memang takkan habis blog ni.

Biasanya kalau tak guna tulang rusuk lembu, guna tulang bahagian lain, macam ni lah buat hiris - hiris asingkan dari tulang nak bagi senang makan. Cara paling simple, guna lah sup bunjut adabi ya, paling pantas, ringkas dan mudah tak perlu tambahan lain.

cara masak sup tulang daging noxxa yang mudah dan sedap

Cuma masukkan potongan ubi kentang dan lobak merah nak bagi nampak sup berwarna - warni. Resepi di bawah ya. Inilah resepi sup paling senang dan mudah, Masak bubur nasi pun dah sedap dengan sup macam ini.

Seperti biasa sis guna periuk noxxa untuk masak sup tulang dengan cepat dan tak perlu tunggu lama sangat. Kalau masak sup tulang guna pressure cooker ni memang lembut ya, daging mudah tanggal dari tulang. Mana - mana jenama pressure cooker pun tak apa asalkan periuk tekanan. 

Jom kita semak resepi sup tulang tanpa tumis ini ikut cara sis.

Cara Masak Sup Tulang Daging Noxxa Yang Mudah Dan Sedap 

Bahan - Bahan

Tulang lembu anggaran berat dalam 1 kg - 1 1/2 kg
1 paket Sup bunjut adabi
Air secukupnya
Daun sup secukupnya
Limau nipis potong
Lada burung merah dipotong bulat
2 biji ubi kentang dipotong 2
1/2 batang lobak merah dipotong bulat
Garam secukup rasa

Cara - Cara Mudah Menyediakan Sup Tulang Daging Noxxa 

1. Masukkan tulang lembu ke dalam periuk noxxa dan masukkan air nak dekat paras dengan tulang lembu.
2. Masukkan sup bunjut adabi
3. Putar tombol ke pressure, tekan high pressure 42 minit dan tekan on
4. Selepas bunyi beep, tekan off dan putar tombol ke steam untuk lepaskan wap
5. Dah siap. Keluarkan dan sejukkan sebelum dihiris. Kalau tulang tu tulang rusuk lembu tak payah ya
6. Masukkan isi daging yang telah dihiris kedalam air rebusan tulang dan masukkan ubi kentang.
7. Tekan high pressure selama 4 minit dan tekan on. Selepas bunyi beep tekan off dan sedia untuk lepaskan wap.
8. Buka tudung, kemudian tekan stir fry, tekan on dan masukkan potongan lobak merah.
9. Biarkan mendidih dalam 2 minit bagi lobak merah lembut sikit dan sup pun mesra. Dah siap, boleh tekan off.
10. Masukkan garam bukit secukup rasa. Selepas masak semua, baru masukkan garam.
11. Sedia untuk dihidangkan dengan daun sup dan letak perah jus limau nipis dan juga sedikit hirisan lada burung siam merah.

Jemput tonton di my youtube channel ya :)

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang