-->

Tuesday, 25 September 2018

author photo
ASSALAMUALAIKUM..


REVIEW || MUG PRINTING ONLINE MUDAH HANYA DENGAN PRINTCIOUS || Berminggu jugak peram parcel dari Printcious ni tak buka - buka pun. Biasa kalau bungkusan sampai, teruja nak buka. Kali ini biar peram pulak. Alhamdulillah selamat menebus voucher dari printcious. Wani order untuk 3 barang kali ini, kesemuanya blogger theme. Cantik tak hii.. Saja tanya yang canvass tu rasa macam cantik sangat hii. Ke semuanya cantik puji diri sendiri sikit, sebab design tu buat sendiri. :D

Untuk canvass, ambil saiz yang ukuran yang segiempat tepat, sebab ia ada 2 jenis ukuran, boleh lah pilih bersesuaian dengan bajet. Memang berkenan lama dah nak abadikan sesuatu dekat canvass.

Kalau korang nak design sendiri hadiah atau nak bagi gift nak buat surprise untuk yang tersayang boleh lah order dengan printcious ini. Terbaik dan puas hati. Boleh layari di laman web >>> https://www.printcious.com/my

BACA SINI >>> http://www.wanisukarno.com/2018/04/inginkan-kelainan-untuk-hadiah-hari.html

CARA NAK DESIGN MUG SENDIRI DENGAN PRINTCIOUS 

Walaupun kali ini design untuk 3 jenis sahaja, kali ini nak kongsi dengan korang semua macam mana cara nak design mug sendiri hanya dengan printcious. Mungkin ada di luar sana yang baru pertama kali nak mencuba dengan servis Printcious kan, Nak design cantik macam yang Wani buat tak, jom tengok gambar di bawah, tutorial bergambar hii.

Pertama sekali, korang nak letak gambar kat depan mug ini, korang kena design siap - siap. Design lah secantiknya ya. Dah pilih mug dengan pilihan warna masing - masing, boleh proceed untuk step seterusnya.



Untuk langkah seterusnya akan keluar macam ni, nanti klik dekat "image", pilih design yang telah korang buat

Akan keluar macam ini. Kena upload files dulu baru keluar gambar.

Kemudian, korang klik atas gambar tersebut dan klik "insert".


Seterusnya, jadi lah macam gambar di bawah.Boleh klik "done". Disebabkan gambar yang dah siap design, tak perlu nak tambah apa - apa dah.


Apabila dah klik "done", kita akan nampak gambaran di mug macam mana. Setiap sudut  gambar mug kita boleh nampak ya. Sekiranya tak berpuas hati, korang boleh edit balik. Kalau dah berpuas hati, korang boleh "add to cart".


Ok dah siap masuk "cart". Mudah kan. Kalau tak ada apa -apa tambahan boleh check out.

 Kali ini design untuk 3 sekaligus. Basic canvass (square), basic colour mug dan basic mini tee Gambar semua design dah siap - siap, masuk sini kita just insert gambar sahaja. Kerajinan sungguh nak design semua.


Apabila dah check out, untuk langkah yang terakhir, boleh buat pembayaran secara online, Dengan Printcious, korang jangan risau ya. samaada korang nak buat online banking ataupun nak guna mesin ATM pun boleh. Semuanya untuk memudahkan untuk pembayaran yang mudah. Selepas buat pembayaran, korang boleh check dekat order details untuk status penghantaran.







This post have 5 komentar

avatar
Ciktie delete 26 May 2018 at 16:34

Kita punya tak sempat tebus lagi. Tapi memang nampak cantik cavas tu

Reply
avatar
Husniey Husain delete 27 May 2018 at 17:17

Cantik kanvas tu kak wani.. Mug tu pun boleh tahan, kreatifnyaa

Reply
avatar
Umi Nazrah delete 26 September 2018 at 14:42

salam singgah. memang mudah sangat macam ni. boleh jugak bagi gift kat orang tersayang :D

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang