Cara Mudah Solat Taubat Dengan Betul | Salam semua, solat taubat sebenarnya bukan sahaja untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa - dosa besar, malah yang diri kita hamba yang khilaf ini pun yang biasanya dosa yang kita tak nampak tapi Allah nampak sepatutnya juga untuk solat taubat. Sebab banyak sangat fadhilat solat taubat ini.
Kali ini nak kongsikan cara mudah dan ringkas untuk solat taubat. Kalau dahulu kita ingat macam susah jerr nak buat solat taubat, sebab takut macam kena baca ayat dan surah panjang kan. Tapi tak susah pun, kita yang buat susah kan. Kalau ada yang rasa nak solat sunat apa pun kena baca surah panjang - panjang tapi tak ya. Jom, Islam tak susah kan hambaNya. Benda yang baik kita kongsi, lagi ramai kongsi lagi ramai dapat pahala.
Pengertian Solat Sunat Taubat
Solat sunat taubat adalah bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar - benar taubat kepada Allah daripada melakukan dosa - dosa sebagaimana yang pernah dilakukan pada masa - masa yang lalu, menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi.
Syarat - Syarat Taubat
Cara Solat Sunat Taubat
Solat taubat boleh dibuat dalam 2 rakaat atau seberapa banyak, dikerjakan tiap - tiap 2 rakaat satu salam. Waktu mengerjakan bebas, sama ada siang atau malam, tapi lebih baik sekiranya dilakukan pada waktu sepertiga malam di mana pada waktu malam yang sunyi. Terdapat pelbagai kaedah bacaan surah - surah atau ayat - ayat yang dibaca.
1. Lafaz dan niat solat taubat
Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Bacaan masa solat
Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah Al - Fatihah dan Al- Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua hendaklah membaca surah Al- Fatihah dan Al - Ikhlas
3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali
4. Istighfar
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam. "Astaghfirullah al-adzim". Bacalah seberapa banyak 70 kali atau lebih.
1. Lafaz dan niat solat taubat
Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala
2. Bacaan masa solat
Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah Al - Fatihah dan Al- Kafirun. Manakala pada rakaat yang kedua hendaklah membaca surah Al- Fatihah dan Al - Ikhlas
3. Bertasbih
Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut sebanyak 40 kali
4. Istighfar
Banyakkan beristighfar selepas memberi salam. "Astaghfirullah al-adzim". Bacalah seberapa banyak 70 kali atau lebih.
5. Doa Taubat
Berdoalah dengan penuh keinsafan dan memohon keampunan daripada Allah. Berdoa sungguh - sungguh sebab itu antara kita dengan Dia. Kalau berdoa menangis sampai keluar air mata.
Jom tonton sedikit penerangan tentang solat sunat taubat.
Terima kasih sudi baca. Sekiranya entri ini dapat bawa kebaikan untuk orang lain, sila lah share ya :) . Gambar semua kredit dari hafizhamidun.com.
This post have 4 komentar
nice sharing, sha bookmark ye!
ReplyThanks for sharing this. Semoga bermanfaat :)
ReplyIka datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html
Thank you kak wani. Ray mmg tgh cri ni
ReplyInfo yang bermanfaat.. mudahan diampunkan dosa kita
ReplyEmoticonEmoticon