-->

Saturday, 25 December 2021

author photo
Panduan Cara Solat Taubat Dengan Betul, Niat Dan Doa Taubat | Salam semua, solat taubat sebenarnya bukan sahaja untuk hambaNya yang banyak melakukan dosa - dosa besar. 

Malah yang diri kita hamba yang khilaf ini pun yang biasanya dosa yang kita tak nampak tapi Allah nampak sepatutnya juga untuk solat taubat. 

Sebab banyak  sangat fadhilat solat taubat ini. 

solat taubat

Kali ini nak kongsikan cara mudah solat taubat ringkas. Kalau dahulu kita ingat macam susah nak buat solat taubat, sebab takut macam kena baca ayat dan surah panjang kan. 

Tapi tak susah pun, kita yang buat susah kan. Kalau ada yang rasa nak solat sunat apa pun kena baca surah panjang - panjang tapi tak ya. 

Jom, Islam tak susah kan hambaNya. Benda yang baik kita kongsi, lagi ramai kongsi lagi ramai dapat pahala.

Maksud Taubat Menurut Islam 

Taubat adalah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.

Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.

Hukum bertaubat adalah wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. 

Jika dosa itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit. 

Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta tersebut kepada tuannya.

Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. 

Taubat yang terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri kepada Allah s.w.t.

Pengertian Solat Sunat Taubat 

Solat sunat taubat adalah bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar - benar taubat kepada Allah daripada melakukan dosa - dosa sebagaimana yang pernah dilakukan pada masa - masa yang lalu, menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi. 

Syarat - Syarat Taubat 

Untuk bertaubat ada syarat - syaratnya. 3 syarat - syarat taubat adalah : 

1. Meninggalkan dosa dengan sukarela.
2. Bertaubat dari dosa yang telah dilakukan.
3. Pilihan untuk meninggalkan dosa terbit daripada membesarkan Allah SWT.

Panduan Lengkap Solat Taubat Dengan Betul 

Solat taubat boleh dibuat dalam 2  rakaat atau seberapa banyak, dikerjakan tiap - tiap 2 rakaat satu salam. 

Waktu solat taubat  boleh dilakukan sama ada siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat. 

Tapi lebih baik sekiranya dilakukan pada waktu sepertiga malam di mana pada waktu malam yang sunyi. 

Terdapat pelbagai kaedah bacaan surah - surah atau ayat - ayat yang dibaca. 

1. Lafaz dan niat solat taubat

Untuk rakaat pertama, solat dimulakan dengan takbiratul  ihram. Semasa mengangkat takbir, baca niat dalam hati.

solat taubat

Usolli sunnata taubati rak'ataini lillahi taala

Maksudnya : 

Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala

solat taubat


2. Bacaan masa solat 

Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah Al - Fatihah dan Al- Kafirun. Surah Al - Fatihah wajib sebab ia sebahagian dari rukun solat.

solat taubat

1. Bismillah hir-rohmaa nir rahim.

2. Alhamdulillaahi robbil 'alamin.

3. Ar rohmaanir-rohim.

4. Maliki yawmiddin.

5. Iyyaaka na'budu wa-'iyyaaka nasta 'iin.

6. Ihdinas sirothol mustaqim.

7. Siraatal-laziina 'an-'amta 'alay-him Ghoyril-maghdhubi 'alay-him walad dholliin.

Maksudnya : 

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kemudian baca surah Al - Kafirun

solat taubat

1. Qul Yā Ayyuhal-Kāfirūn.

2. Lā A‘Budu Mā Ta‘Budūn.

3. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud.

4. Wa Lā Ana ‘Ābidum Mā ‘Abattum.

5. Wa Lā Antum ‘Ābidūna Mā A‘Bud.

6. Lakum Dīnukum Wa Liya Dīn

Maksudnya : 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! “Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. “Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. 

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. “Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. 

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


Manakala pada rakaat yang kedua hendaklah membaca surah Al- Fatihah dan Al - Ikhlas

solat taubat

1. Bismillah hir-rohmaa nir rahim.

2. Alhamdulillaahi robbil 'alamin.

3. Ar rohmaanir-rohim.

4. Maliki yawmiddin.

5. Iyyaaka na'budu wa-'iyyaaka nasta 'iin.

6. Ihdinas sirothol mustaqim.

7. Siraatal-laziina 'an-'amta 'alay-him Ghoyril-maghdhubi 'alay-him walad dholliin.

solat taubat

Maksudnya : 

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam
3.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Kemudian, baca surah Al - Ikhlas 

solat taubat

1. Qul Huwallāhu Aḥad.

2. Allāhuṣ-Ṣamad.

3. Lam Yalid Wa Lam Yūlad.

4. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksudnya : 

1. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2.  “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3.  “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4.  “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


3. Bertasbih 

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua sebelum tahiyat akhir iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah tasbih berikut sebanyak 40 kali. Tasbih ini adalah doa nabi Yunus. 

solat taubat

Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin

solat taubat

Maksudnya : 

Tidak ada Tuhan (yang dapat menolong) selain Engkau (Ya Allah!), Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang menganiaya diri sendiri.


4. Istighfar

Banyakkan beristighfar selepas memberi salam. "Astaghfirullah al-adzim". Bacalah seberapa banyak 70 kali atau lebih.

solat taubat


solat taubat

Maksudnya : 

Aku memohon ampun kepada Allah yang maha agung 

5. Doa Solat Taubat

Berdoalah dengan penuh keinsafan dan memohon keampunan daripada Allah. Berdoa sungguh - sungguh sebab itu antara kita dengan Dia. Kalau berdoa menangis sampai keluar air mata.


solat taubat


Boleh baca khusus untuk doa taubat. 

"Allahumma inni zholamtu nafsi zull-man kasiran walaa yagh-firu zunuuba illa anta, fagh-firli min indika magfirotan innaka antal rgho-fuu rur-rahim."

solat taubat

Maksudnya : 
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. 

Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Diharapkan dengan perkongsian ini sama  - sama untuk kita mempersiapkan diri ke jalan yang diredhai Allah. Kalau dulu tak pandai solat taubat. Perlahan - lahan kita cuba amalkan solat taubat ini. 

This post have 4 komentar

avatar
Shafyqah Azahar delete 25 October 2018 at 11:14

nice sharing, sha bookmark ye!

Reply
avatar
Ika.S delete 25 October 2018 at 11:58

Thanks for sharing this. Semoga bermanfaat :)

Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html

Reply
avatar
ray delete 26 October 2018 at 08:18

Thank you kak wani. Ray mmg tgh cri ni

Reply
avatar
Husniey Husain delete 26 October 2018 at 08:26

Info yang bermanfaat.. mudahan diampunkan dosa kita

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post