-->

Wednesday, 21 November 2018

author photo
Assalamualaikum

Salam semua, nak kongsi resepi daging kambing panggang dalam noxxa. Sebenarnya tak pernah nak buat panggang dalam noxxa. Kebetulan jiran bagi sikit daging kambing ni, jadi kita pun cuba test panggang dalam noxxa, jadi ke tidak. Orang lain siap panggang ayam dalam ni seekor macam tu, tapi kita tak pernah nak buat hii.

Ok lah kali ini bereksperimen nak panggang daging kambing dalam noxxa. Carilah resepi untuk bahan perapan yang mudah lagi sedap untuk perap daging kambing. Ok dah jumpa, so kita perap dalam seminggu juga perap, sebab tak tahu nak panggang bila, tak apa, lagi perap lama lagi sedap kan. Tapi simpan dalam esbook la ya.

daging kambing panggan noxxa
Simple bahan perapan dari Deeb ni, rasa kalau buat untuk perapan ayam pun ok jugak. Nak tengok details, jemput tonton video di bawah. Terhadinya panggan sebab kita stir fry kan nak bagi air kering, baru ada nampak kesan "char"  nak bagi nampak hangus - hangus macam bakar dengan arang hii.

Tapi, dasar periuk tu macam hangus sikit, kena rendam air nak bagi tanggal macam lapisan melekat tu. Daging kambing panggang ni biasanya makan dengan coleslaw tapi tak buat lah, kita makan ratah saja.

Jom cuba resepi yang mudah ini, panggang dalam noxxa sekejap jer,

RESEPI DAGING KAMBING PANGGANG NOXXA YANG SIMPLE LAGI SEDAP 
Sumber : Deebpunyecite

Bahan-bahan
6 potong daging kambing
6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
3 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
3 sudu madu
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit minyak zaitun
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Perap kambing dengan ke semua bahan perapan
2. Kalau nak lagi sedap peraplah semalaman
3. Masukkan kesemua daging kambing ke dalam periuk Noxxa, tutup dan putar tombol pada Pressure dan tekan button High Pressure dalam masa 15 minit.
4. Selepas bunyi beep,tekan off kemudian lepaskan wap baru buka tudung
5. Tekan stir fry dan tekan on, keringkan air sampai nampak daging tu hangus - hangus ala bakar atas arang
6. Dah siap, boleh hidangkan terus

This post have 2 komentar

avatar
Sheila Adziz delete 21 November 2018 at 16:46

aduih... sedapnya wani tgk dging kambing tu,,, tak kering kan guna noxxa ni masak elok je

Reply
avatar
Nieyla Nadia delete 22 November 2018 at 14:57

daging masak elok...x kering...

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang