INILAH RESEPI PALING MUDAH DAN SEDAP NAK GULAI DAGING KERUTUK

ASSALAMUALAIKUM...

Salam semua

Menu kerutuk daging menu orang Kelantan dan menu kegemaran juga, biasanya kalau tak masak dengan daging ganti dengan ayam, kalau nak lagi rare ganti dengan itik dan serati. Tapi masuk itik serati ni, tekak tak boleh terima hii.Kalau macam lama tak makan memang akan merindui sangat nak masak lagi. Sekarang dah mudah kan, ada rempah siap tak kira lah jenama apa pun, adabi pun ada, Faiza pun ada.

inilah resepi paling mudah dan sedap nak gulai daging kerutuk

Kerutuk daging, macam - macam style orang masak, tapi yang penting kuah kena pekat - pekat salut gitu, bukan cair, Walaupun dah banyak kali buat, resepi yang inilah sedap rasa di tekak, ringkas dan mudah,bahan pun mudah cari ya. Cuma rempah kerutuk ni, kalau kat sini jual kat kedai kampung, kalau tak jumpa yang cap adabi, rempah macam dalam gambar bawah lah yang guna. Cap MIEDAS, tapi ada juga guna cap lain pun. Kadang - kadang rempah kerutuk ni kalau tanya orang tua dia tahu lah rempah kerutuk ni tak sedap lah itu lah hii. macam - macam kan. Wani tak kisah tak ada cap adabi ambil cap lain hii.

Sini kalau jumpa menu kerutuk kat kenduri kahwin, lebih lagi kalau hidang yang dalam talam tu, Ayam buku besar, tapi makan ramai - ramai.

Kali ini nak share resepi yang diambil dari blog Cik Wan ni, memang sedap resepi beliau sangat mudah, cuma ada tumis belacan mula - mula tu ikut arwah nenek punya resepi. :). yang lain tu sama.

Jom lah cuba, daging kerutuk, masak guna noxxa nak bagi cepat empuk, jadi ada 2 pilihan di sini. Resepi yang paling mudah dah ni.

RESEPI KERUTUK DAGING NOXXA YANG SEDAP LAGI MUDAH
Sumber : cikwankitchen

BAHAN - BAHAN 

1 kg daging potong besar (kalau guna rempah kurma akan dipanggil daging buku besar yang dihidangkan semasa kenduri) atau seekor ayam potong empat

1 biji kelapa ambil santan secukupnya

1/2 biji kelapa dibuat kerisek/ boleh beli yang ready made

1 peket rempah kerutuk/ 3-4 sudu rempah kerutuk-bancuh dengan air panas

Rempah 4 sekawan secukupnya-cengkih, lawang, pelaga dan bunga lawang

5-7 biji cili kering

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

Seinci halia

Seinci lengkuas diketuk ( wani tumbuk )

1 batang serai diketuk ( letak 2 batang )

Gula melaka/gula

Garam

Sedikit air asam jawa


CARA - CARA

 1. Sediakan bahan tumis:

 rempah kasar 4 sekawan

 2 ulas bawang merah dimayang

 2 ulas bawang putih dimayang

 sedikit halia dimayang

2. Bahan lain selebihnya dimesin (bawang, cili kering, halia)

3. Panaskan minyak. Masukkan no. 1, tumis hingga wangi. Masukkan bahan no.2, kacau hingga naik minyak.

4. Masukkan rempah kerutuk, tumis hingga naik minyak sambil masukkan serai dan lengkuas ketuk, garam, gula, kerisek dan air asam jawa.

5. Masukkan daging/ayam dan kacau hingga keluar air daging.

6. Masukkan santan.

7. Masakkan sambil dikacau sekali sekala sehingga santan pekat seperti di dalam gambar di atas.

 Kalau tak ada rempah kerutuk macam mana? Boleh cuba guna rempah kari daging tapi ditambah dengan ketumbar dan jintan manis yang telah disangai.

BAHAN TAMBAHAN

Sedikit belacan untuk tumis

Ubi kentang 3 biji potong 2

CARA - CARA DENGAN  NOXXA

1. On kan stir fry, tuangkan minyak kalau nak masukkan terus semua bahan nak ditumis tu tak apa, nampak minyak dah panas, kacau sehingga bahan tumisan naik bau.

2. Masukkan daging dan kacau sehingga daging sebati dengan bahan tumisan. offkan stir fry

3. Masukkan air asam jawa dan serai diketuk, santan, gula melaka

4. Setkan high pressure 25 minit dan tekan butang on.. pastikan tombol pusing ke pressure.

5. Setelah bunyi beep, lepaskan tekanan dengan putar tombol pressure ke steam.. tunggu wap habis keluar dan injap jatuh boleh buka tudung

6. Masukkan ubi kentang ,tutup balik, tombol ke pressure dan tekan HP 3 - 4 minit. Selepas bunyi beep, tekan off,  lepaskan wap dan buka tudung

7. Onkan stir fry , letak kerisik dan biarkan mendidih sambil kacau sekali sekala .nak bagi pekat kuah.. kerisik tu penting ya,, wajib letak kalau tak letak , kuah tak akan pekat ... bahan yang penting dalam kerutuk

7. Bila nampak kuah dah pekat, off kan stir fry dan boleh masukkan garam secukup rasa .. garam biasanya  wani masuk step last sekali


Jemput tonton di my youtube channel 

3 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post