Resepi Kek Lemon Yang Mudah Dan Gebu Untuk Sukatan Cawan

Assalamualaikum..

Salam semua, dah masuh bulan Disember menandakan tahun 2018 bakal melabuhkan tirai. Permulaan hari pertama Disember cuaca mendung dan hujan sampai ke malam. Tiba - tiba rasa eh sekejapnya masa, rasa risau tak huu.. Setakat ini dah ada impian tercapai tak, dari segi mana untuk saham dunia dan untuk saham akhirat. Tak tahu nak cakap, semoga baik- baik sahaja ya, dah terlebih la cakap dah macam motivasi pulak.. :( sedih ooo fikir sekejapnya masa ni haih.

Awal bulan November lepas adalah birthday month, so teringin nak buat kek yang plain jerr, kek lemon ni memang dah ada post sebelum ini, Tekak memang suka makan jenis kek yang bau citrus flavor macam ni. Kek macam ni ada juga guna minyak, tapi minyak jagung lah ya, tapi tak berapa suka sangat sebab dari segi rasa tak sama macam kita guna butter. Kalau nak mudah dan murah guna minyak jagung, kalau nak kek tu lagi sedap baik guna butter.

Tapi ini resepi guna butter ya jangan main tukar sukat minyak pulak :D

Resepi kek lemon ni dah guna sukatan cawan sebab nak mudahkan korang nak sukat, rasanya tak semua kot orang suka nak main timbang berat tepung, gula dan lain - lain. Ada tak yang macam saya.


resepi kek lemon yang mudah dan gebu untuk sukatan cawan

Kalau tengok keyword, ada ramai juga yang cari segala jenis kuih dan kek tapi nak sukatan cawan. Faham sangat dah mesti malas nak timbang. Tapi kalau nak guna sukatan cawan, pastikan beli cawan metrik ya, jangan senang ambil cawan untuk minum tu. itu bukan cawan metrik untuk sukatan hii.

Jadi resepi kek lemon di bawah ini tepung dan gula dah guna sukatan cawan, cuma butter tu kena timbang, hii beli yang buku tu senang. Kek ini juga ada masukkan jus lemon, jadi paling senang tak payah nak sukat berapa ml, wani guna terus untuk 1 biji perahan jus lemon.

Mudah tau resepi ini, ada post kat instagram dah ada yang cuba buat dan katanya sedap. Gula memang kurangkan dalam 1 cawan sebab tak boleh nak manis nanti tak ada orang makan pulak. Jadi, kek ini sedang elok manisnya. Jom lah cuba. Mudah sangat nak buatnya. Boleh lah tonton di my youtube channel

RESEPI KEK LEMON YANG MUDAH DAN GEBU UNTUK SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan 
230gm mentega
1 cawan gula halus
4 biji telur - Gred A
1 sudu teh esen vanilla
2 1/4 cawan gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu besar kulit lemon
Jus lemon dari 1 biji lemon

 Bahan bertanda * diayak

Cara - cara 
1) Pukul mentega dan gula hingga kembang

2) Masukkan esen vanila, lalu masukkan telur satu persatu sambil pukul sampai adunan kembang

3) Parutan kulit lemon dicampur dengan tepung. Masukkan tepung berselang-seli dengan air lemon sampai habis

4) Tuang dalam loyang bulat 8” yang sudah dialas kertas. Panaskan oven dan bakar dengan suhu 150 C kira-kira 40 minit . Suhu ikut oven masing - masing.

5). Cucuk dengan lidi sekiranya nampak tak melekat boleh keluarkan dan sejukkan sekejap sebelum terbalikkan kek atas redai

Nota :kek kurang manis sikit terasa dah sesuai dengan tekak

12 Comments

  1. Wani,boleh ka bagi kami separuh kek butter lemon tu?
    bestnya bah ada video masak2

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya kek.. boleh try buat nanti ni

    ReplyDelete
  3. Nampak sedapp kek ni kak wani.. Thank you bagi resepi

    ReplyDelete
  4. nmpk gebu kek lemon tu..tergoda tgk..tp xrajin nk bt..nati dtg rajin nak try jgk la..bookmark..hehe

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap..nanti nak cuba jgk ler

    ReplyDelete
  6. wow..dah lama ni tak buat kek sejak mixer rosak.Nampak entei ni makin membuak nak buat kek.Ehehe.. btw sukatan cawan mudah.

    ReplyDelete
  7. Akak mmg suka resepi yg guna cawan atau sudu - lebih mudah, kan? Thanks for sharing your recipes! :D

    ReplyDelete
  8. he... mmg sedap minum ngn tea o tu... senang gk nak buat, cuma nak ke idok je... rajin or malas... kekeke

    ReplyDelete
  9. Gebu keknya. Thank you for the resepi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post