Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019

Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019|| Dalam pembentangan Belanjawan untuk tahun 2019, rasanya yang ramai rakyat Malaysia nak tahu pasal BRIM atau terkini dipanggil Bantuan Sara Hidup Rakyat. Count down nak masuk tahun baru dalam beberapa hari dah, tempoh pendaftaran untuk BSHR akan dibuka dalam bulan Januari tahun depan. Bunyi tahun depan tapi dalam beberapa hari lagi tu. Get ready ya. mungkin dalam tempoh terdekat pihak kementerian kewangan akan umum. Sebab tarikh belum diumumkan bila.
Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019

Baru tengok kat laman web dah terpampang permohonan untuk bantuan sara hidup rakyat untuk tahun 2019 akan bermula Januari tahun depan. Sekarang takut jugak sebab link website macam ada yang palsu. Pergi masuk laman web Lembaga Hasil dalam Negeri, tengok ada pautan klik untuk Bantuan Sara Hidup Rakyat, klik situ baru pergi ke laman web tersebut.

Lihat gambar ini dah jelas bagaimana pembahagian untuk bantuan sara hidup rakyat tahun depan. Baguslah semoga dapat mengurangkan beban rakyat tapi nampaknya harga barang makin mahal ni.

Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019

Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019 

Kerajaan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan menyalurkan peruntukan secara lebih bersasar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.

“Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.

“Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

“Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat.

Guan Eng berkata, kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kelainan upaya (OKU).

“Dengan kata lain, bagi golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480.

“Jumlah ini lebih tinggi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu, iaitu hanya RM1,200,” katanya.

Korang nak masuk laman sesawang untuk bantuan sara hidup masuk dulu ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti ada pautan khas untuk ke link berkenaan. Nak selamat masuk terus ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri tu ya dan nampak pautan pantas seperti gambar di bawah.
Tempoh Pendaftaran Bantuan Sara Hidup Rakyat Akan Bermula Januari 2019

Risau pulak sebab terlalu banyak link - link yang ada. Ya lah dah tak lama dah nak masuk bulan Januari, Jadi kena berhati - hati dengan maklumat yang ada terutama daripada laman sosial.








3 Comments

  1. info yg bagus ni kak wani. mmg xlama da kan nk masuk tahun baru

    ReplyDelete
  2. Agak2 kan kalau kategori 3 tu & ada anak bawah 18tahun 5 orang dapat tak bantuan tambahan? Huhuhu.

    ReplyDelete
  3. insyaallah dapat tu yang penting kena daftar dulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post