Cara Buat Ekstrak Pandan Asli Secara Homemade Lagi Selamat Dan Mudah

Cara Buat Ekstrak Pandan Asli Secara Homemade Lagi Selamat Dan Mudah || Salam semua,Dah penghujung bulan 1 dah. Tak lama nak  masuk bulan 2  dah. Nak masuk Tahun Baru Cina dah. Cuti sekolah pun dak lama dah ni.  Macam mana azam korang dah tercapai tak. Ke situ pulak kan. 

Lama rasanya tak share resepi yang homemade, maklumlah jarang- jarang nak buat jenis homemade, mood kemalasan pun ada jugak. Hari itu, sebab nak buat agar -agar pandan, nak bawa ke rumah mak saudara, kami ada makan - makan,  gigihkan diri juga nak buat homemade ekstrak pandan asli. 

Sebab utamanya nak dapatkan pewarna dan bau yang asli. Sebelum ni dah ada post kat sini. Kali ini post sebab dah buat video hii. 

Buat secara homemade ni sambil bereksperimen macam seronok la jugak. Siapa ada tanam pokok pandan banyak - banyak boleh cuba buat. Kalau nak simpan dalam peti boleh tahan seminggu, nak simpan lama takut jadi lain.

Biasanya kalau macam dah lama sangat macam tak tahu nak buat kuih apa, memang simpan dalam peti beku, tapi simpan dalam peti beku, ekstrak pandan ni jadi macam terasing. Boleh jerr guna tak ada masalah. 

Gambar tak ada lupa nak snap, shoot video jerr hii, korang boleh tonton di my youtube channel ya. 

Cara Buat Ekstrak Pandan Asli Secara Homemade Lagi Selamat Dan Mudah 

Bahan - bahan 
25 helai daun pandan 
2 cawan air bertapis atau air masak

Cara - cara 
1.Daun pandan dibasuh bersih dan dipotong kasar  .. ikut macam mana suka.kalau nak lagi cepat halusnya semasa tengah blend, potonglah halus daun pandan.
2. Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam blender dan masukkan air.
3. Blend sehingga halus.
4. Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi.
5. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas lain, masa ni air daun pandan hijau tua pekat, simpan dalam peti semalaman.
6.Lepas semalaman baru nampak ada 2 lapisan terjadi yang atas jernih yang bawah hijau tua pekat, klorofil hijau tu dah turun menjadi lapisan bawah,yang tu lah kita nak guna.
7. Ambil bekas lain, tuangkan dengan berhati-hati untuk bahagian yang jernih, jangan buang air ni ya dah bau macam esen pandan boleh buat nak ganti air biasa nak masukkan ke dalam adunan tepung nak buat kuih macam onde-onde ke, apam ke,kuih ketayap ke rugi kalau buang.
8. Akhirnya ekstrak daun pandan yang berwarna hijau tua dah dapat, boleh simpan dalam peti, sesuai kalau buat untuk kek chiffon dan juga kuih -muih lain yang berasaskan daun pandan.

Nota 
1. Boleh simpan dalam peti bawah dalam 2 minggu, sementara tunggu nak guna. bau masih ok tak ada masalah. Simpan dalam peti beku lagi selamat tapi dah jadi terpisah nampak tak cantik. Tapi ok jer boleh guna lagi.

2. nak buat ekstrak pandan, daun pandan kena banyak dan sukatan untuk air sikit, sebab kita nak ambil pati tu, kalau pandai nak buat anggaran sendiri pun tak apa,,tapi jangan terlampau banyak air nanti tak jadi pula.

3. simpan semalaman dalam peti dah nampak dah 2 lapisan terjadi, tapi  kalau nak lama sikit simpan 2 malam lagi jernih sikit air lapisan atas tu.



5 Comments

  1. senang sangat..bau pandan fresh best

    ReplyDelete
  2. Arwah mak sha kalaun nak buat kiuh yang memang warna hijau, mesti dia guna ekxtrak daun pandan.. Tak suka dia guna pewarna.. Sebab bau kuih tu lebih wangi dan sedap katanya..

    ReplyDelete
  3. Makaseh Wani, nanti Sis nak cuba...

    ReplyDelete
  4. Rajinnyaaa waniii..boleh jugak nak buat perisa dalam kek lapis asas pandan ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post