Wednesday, 2 January 2019

author photo
Resepi Ayam Goreng Bijan Ala Korea Dengan Bahan Perapan Yang Mudah Dan Sudah Tentu Sedap|| Salam semua, masih lagi tengok balik entri lama yang perlu diedit, banyak pulak yang dijadikan dalam draft hii. terutamanya bab masakan, ada juga link yang dirujuk dah tak ada terpaksa ku remove dari blog, nanti tak pasal ada kesan kat blog kita huu. Tak letak link nanti orang kata copy paste tapi tak letak pun nama tuan tanah. Kalau letak jadi macam inilah bila semak balik link blog tu dah tak wujud.  Ada juga tulisan yang tak nampak adoi banyak pulak masalahnya. Gigih nak edit balik naik tahun baru ini.

Entri ini paling banyak view sejak dipublish, tapi font untuk resepi tu tak nampak huu. Pelik pulak. view tinggi :D. Ok lah tengok balik entri ini antara menu ayam yang masak ala korea tu. Macam sticky chicken wings tu kan, siapa - siapa yang suka ayam yang bau manis madu melekit - melekit, ini lah resepinya. Ok dah edit balik dah.

Resepi Ayam Goreng Bijan Ala Korea Dengan Bahan Perapan Yang Mudah Dan Sudah Tentu Sedap

Walaupun resepi ayam goreng ala korea ini banyak sangat. Tapi yang ini bahan perapannya tak payah ada bahan tumbuk pun, Yang malas nak menumbuk patut lah cuba resepi ini ya. Ada setengah resepi ayam diperap dengan bahan tumbuk lagi sedap kot. Tapi yang ini tak ada cuma banyak guna sos -sos. Rasa yang ini tak guna paha ayam tapi  guna dada ayam.

Ayam goreng macam ni nak makan dengan nasi tak sesuai ,kena ratah saja masuk. Dengan bau minyak bijan memang memikat selera.


Resepi Ayam Goreng Bijan Ala Korea  Dengan Bahan Perapan Yang Mudah Dan Sudah Tentu Sedap 
Sumber: JOM MAKAN

Bahan-bahan (ayam):
3 ketul dada atau peha ayam
1 sudu makan kicap cair (bahan perapan)
1 sudu makan cuka (bahan perapan)
1/2 sudu makan minyak bijan (bahan perapan)
1 sudu kecil gula (bahan perapan)
Garam dan lada sulah (bahan perapan)
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras atau tepung jagung

Bahan-bahan (sos):
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2-3 sudu makan madu
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1/4 cawan air
Bijan yang telah digoreng tanpa minyak untuk ditabur

Cara-cara (ayam):
Gaul ayam dengan bahan bertanda perapan
Perap selama sejam atau lebih
Panaskan minyak, masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung atau beras ke dalam perapan ayam dan gaul hingga sekata
Goreng hingga keemasan, angkat dan toskan

Cara-cara (sos):
Campurkan kesemua bahan di dalam kuali
Masak sehingga agak pekat
Masukkan ayam dan gaul rata
Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan

NOTA: tambah 1 sudu besar minyak bijan ke dalam bahan perapan dan ..sedikit minyak bijan masa penyediaan sos-sos.

This post have 5 komentar

avatar
cheq da delete 5 June 2015 at 07:11

Sedap nti nk cuba utk menu berbuka nti..

Reply
avatar
Mel delete 5 June 2015 at 07:39

sedapnya...pasni beli bijan dah tahu nak masak apa.hihi

Reply
avatar
yeaslmn delete 2 January 2019 at 19:53

Rsepi yg ni nmpak simple. Yay tq share kak!

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 4 January 2019 at 15:19

fuyooooh menggodanya. sedap nampak tu =D

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang