Sunday, 30 December 2018

author photo
4 Khasiat Jambu Air Yang Sangat Bagus Untuk Kesihatan Yang Anda Patut Tahu ||Salam semua, musim buah jambu air sekarang ni kan. kat rumah ada sepohon jambu madu, tapi nak buat macam mana masak time musim hujan, jadi rasanya agak tawar sikit, nak tinggal lama kat pokok tak boleh, sebab ada spesis semut suka korek dalam buah jambu madu ni, kalau tinggal lama kat pokok biar warna macam merah gelap rasa lagi manis. Sabar jer lah kan. sempat geng - geng semut tu korek sampai berlubang dalam buah. 

Walaupun dah kemas bungkusnya. Ada juga yang dimakan tupai. Sebenarnya pokok jambu madu susah nak berbuah, ada jerr nasib tak baik. Tapi tahun ini alhamdulillah, lebat buahnya tahan sampai lah buah masak. Lama dah tak merasa jambu madu pokok sendiri. Disebabkan masak time ketika musim hujan, jadi manis nya tu sedang - sedang. 

Pokok tak tinggi sangat lagi sampai ada buah yang nak sampai kat tanah. Itu yang geram sangat hii.Pokok jambu madu ni ada sekali pernah nak hampir mati sebab akarnya dimakan anai- anai, langsung tak ada daun, tapi kuat semangat pokok jambu madu ni huu.  . Buah jambu madu ni ada jugak khasiatnya ya. Mana - mana buah pun ada khasiat. Jom ketahui apa khasiat jambu air

4 Khasiat Jambu Air Yang Sangat Bagus Untuk Kesihatan Yang Anda Patut Tahu

4 Khasiat Jambu Air Yang Sangat Bagus Untuk Kesihatan Yang Patut Anda Tahu

1.Sebagai antioksidan untuk kulit

Kandungan vitamin C dalam buah jambu air berperanan penting untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak khususnya sebagai perawatan kulit, menjadikan kulit tampak lebih segar dan peredaran darah lancar.

Buah jambu air ini mempunyai pelbagai manfaat bagi kesihatan tubuh terutama kandungan airnya yang begitu menyegarkan.

2. Mencantikkan kulit

Di sebabkan jambu air kaya dengan kandungan vitamin C dan A ,dipercayai sebagai sumber zat untuk mencantikkan kulit. Kandungan vitamin C yang didapati dari 100gram jambu air adalah sangat tinggi. Kandungan vitamin A –nya juga lebih tinggi jika dibandingkan dengan buah epal.

3. Melancarkan sistem penghadaman

Kandungan  serat dan air yang banyak dalam jambu air sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman. Khasiatnya juga dianggap sebagai ‘komponen diuretic’ /merangsang serta melancarkan pembuangan air kecil. Bagi sebahagian orang, jambu air turut bermanfaat untuk meredakan bengkak pada kulit kaki dan tangan.

4. Menjaga kesihatan mata  

Jambu air juga mengandungi vitamin A yang sememangnya diperlukan oleg mata agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia kita. Pengambilan jambu air juga baik untuk mengatasi mata kuyu yang disebabkan oleh keletihan mata.

Dah tahu bagus makan jambu air ni kan, Yang mana ada pokok tu, jangan sia - siakan, makan banyak - banyak. :D.

Jemput tonton di my youtube channel. Rajin nak shoot video, jarang ohh nak berbuah lebat macam ini.
Info rujuk di SINI

This post have 2 komentar

avatar
Warisan Petani delete 30 December 2018 at 22:44

Banyak khasiatnya.
Lazat rasanya

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete 4 January 2019 at 15:25

fevret ni sedap tu.. CT da tngk video tu bestnyaaaa ada pokok sendiri eh ?
CT dah subscribe Utube channel. kalau sudi boleh follow CT nye juga =)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang