Wednesday, 13 February 2019

author photo
Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dalam 15 Minit || Salam semua, macam lama sangat tak bersiaran, siapa yang perasan tu memang sah dia rindu kita. Ada ke hii, mood ke laut dalam sebab internet kawasan rumah ada orang buat jahat, bertahun dah tak kena, tiba - tiba pagi raya cina tu line internet dah tak ada. Segala kerja nak guna internet tergendala sekejap.

Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dalam 15 Minit

Kita ni tak boleh bab kerja blogging kena duduk diam - diam suasana tenang baru boleh buat kerja. Kerisauan juga sebab dah bertahun tak kena macam ni, bila kena takut jadi macam dulu. Sekali kena berhari - hari line internet tak ada, ya la bukan senang nak baiki sambung balik kan. Harap pencuri tu insof buat kerja tapi menyusahkan orang. Nak update kat telefon tak puas hati :D.

Oklah sekian bebelan panjang, sambung lah entri tertunggak ya. Siapa pernah masak bubur nasi paling pantas siap dimasak hii.

Sejak tahu cara nak masak bubur nasi yang pecah cantik, memang cara ni dah guna. Senang sikit, tak ambil masa lama, tapi untuk penyediaan tu makan masa sikit. Kalau planning nak buat bubur nasi esok hari, boleh dah malam tu rendam beras sekejap.

Ini ikut cara sendiri, sebab ada cara orang dia letak air dalam beras terus simpan dalam peti beku semalaman

Biasanya rendam sekejap nak bagi kembang sikit beras sebelum simpan dalam peti beku. Kalau ada ruang dalam peti beku, boleh buat banyak - banyak, bila nak masak bubur nasi, senang sikit. Tapi ada orang dia letak air dalam beras terus simpan dalam peti beku. Terpulang lah ya. Cuma tujuan sama jerr, letak dalam peti beku, terkstur beras dah lain, jadi macam mudah patah.

Siapa pernah buat cara macam ni, kalau tak rendam, bubur nasi tak pecah cantik. Nanti bila korang dah masak bubur nasi cara macam ini, korang akan tahu perbezaan tu.

Masak bubur nasi dalam pressure noxxa pun tak pecah cantik macam ni. Hii.

Cara masak bubur nasi pecah cantik siap dalam 15 minit

Bahan - bahan
1 cawan beras
4 - 5 cawan air

Cara - cara
1. Rendam beras dalam 2 -3 jam kemudian bilas bersih.
2. Masukkan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti beku semalaman.
3. Keluarkan dari peti beku, masukkan air dalam periuk dan letakkan beras ke dalam periuk.
4. Tutup dan buka api tunggu seningga mendidih.
5.  Bila dah mendidih, buka tudung dan kacau rata, beras dah mula hancur.
6. Kacau sehingga beras betul - betul pecah cantik. Ambil masa lebih kurang 15 minit.
7. Bila beras dah pecah cantik, jadi bubur nasi dah masak, boleh tutup api.

Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dalam 15 Minit


Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap Dalam 15 Minit

Jemput tonton di my youtube channel 

This post have 5 komentar

avatar
Siti Yang Menaip delete 13 February 2019 at 19:02

peti beku tu bahagian ais yang atas la kan ? masa simpan tu xde letak air da kan.. just bekukan beras je ? hehe kite suka bubur nasik tp tula
kalo masak mesti jadi bubur nasi yg mcm beras hehe..

Reply
avatar
Raydah delete 13 February 2019 at 20:04

i should really learn this. kene tingkatkan skill lg.

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 13 February 2019 at 20:40

sedapnyaaaa bubur nasi yang da siap hias tuuuuu

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 14 February 2019 at 10:43

aahh bekukan bahagian sejuk beku.. tak payah letak kalo dah rendam tu sekejap.. kalo nak letak pun air tak apa jugak :)

Reply
avatar
Amar Razali delete 15 February 2019 at 16:24

mudah je rupanya nak masak bubur ,sebelum ni tak pernah tahu pun

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang