Thursday, 21 February 2019

author photo

McDonald’s Perkenal Scrambled Egg Sandwich Sebagai Menu Sarapan Pagi Terbaharu | Wow ! McDonald's dah keluar menu sarapan pagi yang baru, Jom serbu McDonald's. Packed dengan orang lah McDonald's nanti.McDonald’s perkenal Scrambled Egg Sandwich sebagai menu sarapan pagi terbaharu. Sandwich untuk sarapan pagi menawarkan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk pelanggan.

McDonald’s Perkenal Scrambled Egg Sandwich Sebagai Menu Sarapan Pagi Terbaharu


Rakyat Malaysia kini boleh memulakan pagi mereka dengan dua menu sarapan pagi baharu McDonald’s – Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich.

Dengan dua sandwich baharu ini, pelanggan bakal dihidangkan dengan telur hancur yang gebu, ditambah pula dengan keju cheddar dan sos berkrim istimewa serta ban lembut yang dibakar sempurna.

Pelanggan juga boleh memilih untuk menambah kepingan sosej ayam dalam hidangan Sausage & Scrambled Egg Sandwich untuk sarapan pagi yang lebih enak dan mengenyangkan.

“Walaupun mufin Inggeris telah sekian lama menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi oleh para pelanggan McDonald’s, kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk memberikan rasa hebat dan pengalaman berbeza untuk para pelanggan.

Sandwich yang disediakan segar ini menawarkan kenikmatan seperti ‘cair di dalam mulut’, hasil daripada penggunaan bahan-bahan dari kualiti terbaik semasa penyediaannya. Menu sandwich terbaharu ini mampu memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan semasa sarapan pagi,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Scrambled Egg Sandwich boleh didapati bermula dari harga RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hashbrown dan McCafe Premium Roast Coffee.

Untuk mereka yang inginkan nilai yang lebih berbaloi, Scrambled Egg Sandwich ini juga boleh didapati dengan pembelian promosi McSavers Breakfast Mix & Match dengan harga RM6.99.

Masa Bermula pada pukul 4 pagi hingga 10 pagi sahaja. 

Tawaran dan promosi tambahan untuk menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati di aplikasi McDonald’s yang boleh dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store. Menu sarapan pagi McDonald’s boleh didapati mulai jam 4 pagi hingga 10 pagi setiap hari.

This post have 2 komentar

avatar
yeaslmn delete 22 February 2019 at 02:07

wah bestnyaa menu breakfast baru mcd. hehe

Reply
avatar
Sunah Sakura delete 22 February 2019 at 09:03

nampak sedap tu...kita jarang makan mcd sebab tak reti nak order ape..ahahahah

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang