Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist

Resepi Kek Pisang Bakar Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist | Salam semua, rasa macam lama tak berkongsi resepi kek, dulu - dulu rajin sangat nak buat kek, sekarang kurang nak makan kek, tapi kalau kempunan sangat memang merajinkan diri la jugak.





Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah dan Moist Hanya Guna Blender

Siapa suka kek pisang ni ada peminat tak ? hii. Sebenarnya bukan peminat buah pisang, tapi kalau jadikan kek , jemput pisang ke baru boleh telan masuk tekak, kalau tengok banana macam tu tak boleh makan :D.

Pisang ni bila dah tak habis nak makan, memang dalam peti beku jawabnya nak simpan, nanti bila tekak teringin nak makan jemput pisang, boleh lah buat. Bila dah lama - lama asyik jemput pisang dah jadi puas nak makan.

Tertengok dalam peti beku ada sebekas pisang yang di frozen, fikir - fikir nak buat apa eh, nak habiskan terus tak nak simpan dah. Dah jadi harta karun simpan berbulan dah. Makanya terhasil lah kek pisang yang mudah.

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah dan Moist Hanya Guna Blender

Mudah sangat sebab guna blender jerr, malas nak keluarkan mixer. Lagi satu resepi guna sukatan cawan. Tahu ramai yang malas timbang - timbang kan. Lama tak bakar kek dalam oven, kek nampak macam merekah, tapi tak apa esok tu dah kecut dan tekstur kek lagi moist.

Biasalah kek hari pertama tu macam kering tapi bila esoknya lagi moist kek.

Resepi ni ambil dekat sirap limau dot com, hasil perkongsian dari Puan Hasyyati tapi beliau buat versi kukus. Terima kasih di atas perkongsian. Rasanya kita ada tambah sebiji telur lagi. So, guna 2 biji telur. Selesai sudah, sakit mata tengok pisang lama - lama dalam peti :D.

Sesiapa yang rajin boleh nak kukus. Ikut resepi asal kukus tapi guna dalam acuan kecik - kecik macam acuan lompang tu. Comel - comel nampak sebab kukus dalam acuan yang kecil. Boleh klik link sirap limau dot com ya nak tengok contoh acuan macam mana.

Kita lebih suka bakar sebab nak ada kerak - kerak sikit. Ini sebab malas nak keluarkan kukusan, kita bakorr jerr dalam oven yang dah lama tersadai :D. Berhabuk oven ku.

Ok lah yang mana ada pisang lebih tu, jemput lah buat Resepi ada di bawah. Selamat mencuba ! :)

Jemput tonton dan jemput subscribe :)

Resepi Kek Pisang Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Moist Hanya Guna Blender 

BAHAN-BAHAN

2 biji telur gred B
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang lenyek
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder

CARA-CARA

1. Mula-mula, masukkan telur dan gula ke dalam ‘blender’. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sedikit gula. Kisarkan selama lebih kurang 5 minit atau sehingga nampak sebati.

2.Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian, ketepikan dahulu.

3. Apabila telur dan gula dah betul-betul sebati di dalam ‘blender’, masukkan pula minyak, pisang lenyek. ‘Blend’ lagi dalam 3 minit.

Warnanya keperangan sedikit, mungkin juga bergantung kepada jenis pisang.

4. Seterusnya, masukkan adunan tadi dalam tepung.Kaup-kaup saja dengan senduk hingga sebati.
Hasilnya, adunan tak pekat, tak cair. Sedang-sedang saja ya.

5. Kukus atau bakar

Sekarang, bolehlah kita mula masukkan adunan tadi ke dalam acuan kecil . Letakkan minyak sedikit dan isi penuh-penuh kalau suka tengok ia mengembang.

Panaskan ‘steamer’ atau pengukus terlebih dahulu sebelum letak acuan . Gunakan api besar dan kukus selama lebih kurang 20 minit.

Sekiranya nak bakar, bakar pada suhu 150 C dalam masa 45 minit atau sehingga masak. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu.

Untuk bakar dalam oven, guna loyang bulat 8".

Untuk pelbagai resepi kek - kek yang lain boleh klik SINI

8 Comments

  1. Sedapnya.. Lama tak makan kek pisang yang sedap..

    ReplyDelete
  2. Dah lama nieyl x baking² ni...

    ReplyDelete
  3. Wahh cantiknya gambar terus terbayangkan mesti sedap nii

    ReplyDelete
  4. Wani nampak senang resepi kek pisang ni boleh cuba buat satu hari nanti..
    Kalau ikut LZ lebih suka kaedah kukus dari bakar dalam oven..
    By the way thank you for sharing..

    ReplyDelete
  5. mak ai gambar diaaaa..gerammmmm nengok gambar dan kek tu sekali!

    ReplyDelete
  6. Sodap eh.. cantik je kek pisang buatan kak wani. tqq for recipe

    ReplyDelete
  7. suka kek pisang !! awat nampak senang sangat nak buat.
    hehe ni cheq kalo vbuat mesti traboq. ok ok nanti cuba ikut step tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post