Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yang Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap


Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yang Gebu Dan Sedap Hanya 10 minit Siap | Salam semua, baru - baru ini berkesempatan nak eksperimen bakar coklat cupcake guna air fryer, resepi dah simpan lama dah.

Biasalah nak datang mood baik ni bukan senang. Bila mari mood elok ni kena cepat - cepat buat. Ini kali pertama sejak setahun dah guna air fryer, baru nak terjebak nak baking - baking pulak.

Lama sungguh mood nak baking muncul, sebelum ini asyik goreng ayam, bakar itu ini macam - macam dah kan. Kita jumpa resepi coklat cupcake ni dekat group facebook air fryer. Perkongsian dari kak Mie 

Resepi cupcake air fryer



Terima kasih kak mie atas perkongsian. Bila baca bahan - bahan dan tengok step dia tu mudah sangat. Lagipun salah satu bahan ada letak tepung jagung.Terus memang a keeper dah resepi ni. Memang letak tepung jagung tekstur kek gebu macam nak buat kek chiffon.

Sebelum ini pun dah banyak bereksperimen buat kek chiffon yang biasanya letak tepung jagung. Bila yang resepi coklat cupcake ini ada letak tepung jagung, Dah terbayang mesti  gebu gebas kek nya nanti. Cuma method tu lain sikit.

Kalau ikut resepi asal guna blender, sebabkan kita ni jenis malas nak kotorkan blender hii , kita just kacau - kaca guna whisk jer, Itu pun selepas bakar gebu gebas teksturnya. Simpan semalaman lagi moist kek nya.

Itu sebab kadang- kadang kalau nak makan kek coklat ni lebih suka simpan semalaman dalam peti, lagi lama simpan lagi moist emm sedapnya dah terbayang dah, padahal ke semua dah habis.

Resepi cupcake air fryer

Oklah yang mana nak mencuba coklat cupcake air fryer yang mudah ini boleh lah cuba ya. Rugi pulak tak cuba buat awal - awal, ingat kan kena panaskan air fryer dulu, tapi tak payah lah. Terus putar tombol suhu dan masa dalam 10 minit dah siap bakar.

Kalau guna oven jenuh nak tunggu sebab kena panaskan dulu oven kan. Yeay lagi mudah dah kerja, nak lagi jenis yang family tak ramai ni lagi mudah. Tak payah dah nak fikirkan nak kena panaskan oven lagi.

Macam - macam tau boleh buat dengan air fryer ni, tunggulah stay tuned for next project ya.

Ok selamat mencuba. Resepi asal blend ya kalau malas nak guna blend ambil handwhisk kacau - kacau pun boleh.

Jemput tonton dan subscribe. Terima kasih :)

Resepi Coklat Cupcake Air Fryer Yang Gebu Dan Sedap Hanya 10 Minit Siap 


Bahan - Bahan  :
2 biji telur
1 cawan tepung gandum (+baking powder+soda bikarbonat) *
1/2 cawan serbuk koko*
2 sudu besar tepung jagung*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh baking soda*
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
3/4 cawan minyak
1/2 cawan air suam

Bahan yang bertanda * diayak 2 kali 

Hiasan (ikut suka)
Badam
Coklat chips
Kismis
Ceri

Cara - cara  :
1. Blend semua bahan kecuali air suam & tepung.
2. Bila dah kembang masukkan tepung. Blend sikit.
3. Kemudian masukkan air suam. Blend lagi hingga rata.
4. Masukkan dalam cup/kotak. Kalau guna cup, tuangkan 1/2 dari cup. Kemudian taburkan hiasan.
5. Bakar dalam air fryer suhu 160-165 darjah selama 10 minit sahaja. Sis guna suhu 160 C air fryer Haier. 
6. SIAP!

Tips.
- Jika guna acuan cup yang kecik tempoh bakar dalam 10minit.
- Jika guna acuan loyang besi (bekas besar) masa perlu ditambah sedikit ya.
- Kalau guna loyang besi (bekas besar), buat 2x bakar (jika ikut sukatan resepi di atas) supaya kek masak sempurna.

5 Comments

  1. Wowwww resepinya senangnyaaa...nak cuba buatlah....senang ek ada fryer...ni kat uma ni asyik masak guna fryer aje anak-anak...Sis siap beli buka resepi air fryer, tu yang tau boleh buat pizza tu Wani ...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya gambar flat lay cup cake tu. hehe. ingat nak beli air fryer. tgk mcm senang je. hehe

    ReplyDelete
  3. eh...terbau2 sampai ke sini ek coklat cupcake tu...hahahahahha

    ReplyDelete
  4. wow bestnya boleh cuba nanrti

    ReplyDelete
  5. dah cuba. menjadi sgt. gebu gebas

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post