07 Jun 2019

author photo
Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog  Sangat Sedap, Patut Cuba || Salam semua, selagi ada mood nak update blog ni, meh lah kita menaip, setakat ini tak berapa nak busy lagi.

Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog  Sangat Sedap, Patut Cuba

 Tunggu minggu depan start busy sebab adik - beradik baru boleh beraya balik sini. hii. Seperti biasa entri yang ada dalam draft.

Rajin upload gambar jerr, karangnya tak. Sayang, kalau tak publish. Ok lah ya, sesekali tekak minum cool blog. Lama betul dah gambar ni, entah kot dah ada new flavor. Dekat booth cool blog ni ada letak banner terpampang besar "flavored milk tea". Bunyi milk tea tu rasa macam terus tekak nak minum.

Tapi yang cool blog ni biasalah kena hipster sikit. Dalam gambar tu macam - macam perisa milk tea. Kadang - kadang terfikir entah rasa macam mana nanti, hilang habis pure milk tea dah nampak ala hipster macam tu. :D.

Last order lah jugak. Ambil yang flavored milk tea with apple syrup. Pekat sangat sirap apple kat bawah tu, nak kacau dengan straw pun susah kena main goncang kuat - kuat sangat baru sebati dengan teh susu.



Kalau korang tanya rasa, rasa macam teh susu dan masam - masam apple hijau. Kalau nak rasa, cubalah sendiri. Ada 7 flavor semuanya. 

Kalau yang peminat oreo, korang boleh cuba untuk Oreo Series Limited Time. Yang ini, adik order satu. Tak ingat dah dia ambil yang mana satu. :D. Ada lagi ke tak ni dah limited time ni, kot dah tak ada ampun minta maaf ya. 

Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog  Sangat Sedap, Patut Cuba

Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog  Sangat Sedap, Patut Cuba


Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog  Sangat Sedap, Patut Cuba

Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog  Sangat Sedap, Patut Cuba

Nampak tak apple syrup kat bawah tu, kena goncang kuat - kuat nak bagi semua sebati, baru boleh minum. Apapun puas hati minum. :)

Nanti ada lagi perisa terbaru keluaran cool blog. Kita nantikan lah ya.

This post have 2 komentar

avatar
adianiez AIDA delete 19 Jun 2019 2:20 PTG

rumah dulu, dekat je dgn satu kiosk cool blog ni.
tak pernah try. sebab aida ni sejenis x brape boleh num air sejuk2.
hmmmm sedap nyer :)

Reply
avatar
Nadea Osmand delete 21 Jun 2019 10:43 PG

Wah, sedap! Interesting. Lama tak minum coolblog :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram