Tuesday, 18 June 2019

author photo
Rendang Daging Mudah Dan Sedap, Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi || Salam semua, orang lain dah mula buat entri cerita raya dah. Ni pun tak tahu nak mula dari mana.

Rendang Daging Mudah Dan Sedap, Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi


Raya tahun ni, 2 beradik beraya di perantauan tak balik. Amboi kemain cakap beraya di perantauan. :D.

Padahal kat Johor jerr, boleh lah cakap di perantauan kan. Jadinya mood raya tu bersederhana jerr lah. Untuk menu first raya dah buat menu untuk sate dan kuah kacang, memang tak buat banyak sebab hari pertama memang kami nak pergi open house rumah saudara mara.

Nak masak rendang daging ni pun tak terfikir langsung pun, 2 hari nak raya baru terfikir rasa nak masak rendang daging makan dengan nasi impit. Sebab tekak teringin nak makan.

Jadi, bila dah tekak teringin sangat,rasa macam nak guna perencah rendang segera dari Adabi. Tak pernah nak masak lagi guna perencah ni. Al kisah 2 hari nak raya pergi cari pes rendang Adabi di Mydin, kecewa sebab stok dah habis.

Last pergi kat Nirwana mall sebelah nasib baik dekat, beli lah 2 paket tapi yang gunanya sepeket sahaja.

Kenapa guna sepeket ? Sebab tak buat banyak dalam 1kg pun daging, jadi lah untuk sarapan pagi raya.  Kita ada tambah bahan kisar sendiri, kiranya guna pes rendang tu sebagai tambahan sahaja.

Rendang Daging Mudah Dan Sedap, Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi

Perencah Rendang Segera Adabi

Kita kurang alert sikit, pes rendang apa yang tengah trending dalam dunia masak - masak ni. Bila dengar ada perencah rendang segera Adabi mulalah rasa nak cuba. Sedap ke tidak ? Selama ini guna bahan kisar sendiri jerr, bila guna perencah rendang Adabi, not bad rasanya sedap jugak.

Buka tu dah bau semerbak pes rendang. Untuk pes ini dah siap ada kerisik dalam tu. Dah siap tumis masak. Tapi ada letak tambahan kerisik jugak masa masak. Lain kali memang next time, beli jer yang sepaket dah siap macam ini, senang. Bukan saja mudahkan kerja masak tapi tak renyah nak blend dan tumis bagai kan.

Produk Adabi ni dah banyak keluaran produk baru, ada jugak yang masih tak tercuba lagi. Buat korang yang terasa nak masak cepat dan mudah, jom guna perencah rendang segera Adabi. Adoi lupa pulak harga sepaket berapa. Tapi ok lah sedap pun rendang daging. Semua orang puji sedap jugak rendang daging padahal guna pes rendang segera :D.

Ada pes segera macam ni, tak kira musim raya tak raya ke, orang dah mampu masak secepat kilat nak buat rendang

Tambahan bahan kisar sendiri 

Disebabkan tak sampai sekilo pun daging, dan guna hanya sepaket, blend jugak lah bahan kisar untuk tambahan. Kalau korang tak nak rasa jimat boleh jerr guna 2 paket. Entah kenapa nak terasa berjimat. :D.

Nak masak, kalau ada pressure cooker tu senang, bahan kisar tumis terlebih dahulu, baru masukkan pes rendang Adabi. Kemudian, masukkan ke semua bahan lain, tekan - tekan dah siap. Mudah sungguh nak masak rendang sekarang ni.

Masih lagi di mood Syawal ni, jom lah masak rendang daging. Rendang ni biasalah lagi lama lagi sedap, memang rasa dah sebati. Terbayang pulak makan dengan nasi impit. Korang nak resepi ke, resepi untuk bahan tambahan jerr. hii. Kalau nak masukkan bahan kisar jer, tak nak masukkan tak apa guna jerr pes rendang yang dah siap, tak payah pening nak keluarkan blender kan.

Kita, kalau masak memang alert sikit bab santan, jadi, jangan persoalkan kenapa santan sikit, hii sebab nak didihkan tu bagi cepat kering dan pekat. korang nak letak santan banyak letak la banyak ya. :) Lagipun nak jaga kesihatan abah kita yang kurang sikit santan - santan ni.

Sudi -sudi lah tonton video di bawah ya. Kemain gigih malam raya shoot video rendang :D.



Rendang Daging Mudah Dan Sedap, Senang Di Masak Hanya Guna Perencah Rendang Adabi

Bahan utama 

650 gm daging dihiris sederhana tebal
150 ml santan 
150 ml santan 
1 paket perencah rendang Adabi
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris
1/2 keret gula melaka 
Garam secukup rasa 
3 sudu besar kerisik ditumbuk 

* santan ada 2 kali,  sebab letak 2 peringkat 

Bahan - bahan dikisar 

3 hiris lengkuas 
4 batang serai 
5 tangkai lada kering 


Cara - cara 
1. Untuk pressure cooker noxxa, masukkan sedikit minyak tekan stir fry dan tekan on.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak.
3. Kemudian, masukkan perencah rendang dan kacau sebati.
4. Offkan, kemudian masukkan daging dan kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan asam keping, gula melaka, garam secukup rasa dan santan 150 ml.
6. Tekan HP 25 minit dan tekan on, tunggu selepas bunyi beep dah siap masak, pastikan off kan. 
7. Masukkan daun kunyit, kerisik dan santan 150 ml. Kemudian tekan stir fry dan didihkan sampai pekat.
8. Dah siap boleh dihidangkan bersama dengan nasi impit. 








This post have 3 komentar

avatar
adianiez AIDA delete 19 June 2019 at 12:09

wah menarik ni.
aida x pernah guna, wani. beli pun x pernah.
baca ni, hmmmm mcm boleh la merendang tak kira musim raya ke tak ke kan :)

Reply
avatar
Syamimi Saad delete 20 June 2019 at 09:07

Nyumnyum.. Kita selalu guna perencah nasi goreng dia je. Perencah lain x pernah lagi cuba. Boleh la nanti try kan..

Reply
avatar
Siti Awadah delete 22 June 2019 at 12:51

senang keja camni.. mudah

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang