16 Jun 2019

author photo
Kota Bharu Lunch Box  Delivery Dengan Pelbagai Menu Western Dan Korea Yang Wajib Dicuba ( Murah Dan Sedap ) || Salam semua, zaman sekarang ni nak makan pun dah mudah bila dah ada khidmat delivery.
Kota Bharu Lunch Box Delivery
Aglio olio with grilled chicken 

Bukan setakat KFC, MC'D ke. Kedai makan yang beshe - beshe pun dah ada servis delivery untuk customer.

Tidak dinafikan bila ada khidmat delivery ni, bilangan customer akan makin ramai lah kan. Lebih - lebih lagi buat yang sesiapa berniaga bisnes makanan ni, tak perlu ada kedai pun boleh berniaga. Sekiranya servis delivary bagus, lagi ramai yang repeat order.

Al- kisah dah lama ni, bila tekak teringin nak makan western dan jugak korean. Alamak macam mana tu. Jangan risau, Kota Bharu Lunch Box Delivery kan ada. Ada 5 jenis menu yang diorder, 2 menu korean dan 3 menu western.

Kesemuanya sedap dan memenuhi anak tekak ni hii. Mesti korang tertanya menu apa yang order tu. Tengok gambar pun dah tempting.

Gambar atas sekali tu Aglio olio with grilled chicken. Yang menu lain sila tengok gambar di bawah ya.

Kota Bharu Lunch Box Delivery
Cheesy spicy honey chicken 

Kota Bharu Lunch Box Delivery
Korean Noodle with spicy honey chicken 

Kota Bharu Lunch Box Delivery
Tuscan Chicken Mac & Cheese 

Kota Bharu Lunch Box Delivery

Spaghetti chicken chop 

Untuk servis delivery ni, ada hari khusus ikut tempat, jadi kena alert lah kalau nak guna servis delivery ni. Apapun korang boleh tengok di instagram kblunchbox ya. 

Orang Kelantan yang nak merasai menu western dan juga menu korean ni, boleh follow instagram kblunchbox. Overall, ke semua menu sedap, tapi korean noodle pedas sangat, orang tak tahan pedas jangan makan hii. 

Semestinya halal dan dimasak dengan penuh kasih sayang. Begitulah. 

Kota Bharu Lunch Box Delivery

Banyak lagi menu lain yang boleh memenuhi selera korang. Harga pun berbaloi 1 bekas tu dalam sekitar dalam RM 10 sahaja, Murah tak bagi korang.  Ini pun rasa rindu balik bila tengok menu - menu tu balik. :D

Mungkin, akan ada pertambahan menu nanti.






A post shared by wani_sukarno � (@noni_sukarno) on

Baca sini >>> Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog Sangat Sedap, Patut Cuba 
Baca sini >>> Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe DI Cameron Highlands
Baca sini >>> Food Review : ( Viral ) Keunikan Roti Titab Di Kopitiam Kita

This post have 6 komentar

avatar
Sheila Adziz delete 16 Jun 2019 12:38 PTG

yummy... seap2 semuanya...

Reply
avatar
ray delete 16 Jun 2019 3:11 PTG

saba jap. ray tgh puasa lagi ni. nnt dah habis boleh p cri haha

Reply
avatar
cikguzim delete 16 Jun 2019 3:49 PTG

Sedapnyaa trliur tgk hehe

Reply
avatar
Rodiah Amir delete 16 Jun 2019 11:14 PTG

saya singgah sebab baca menu korea..alahai sedapnya.

Reply
avatar
adianiez AIDA delete 19 Jun 2019 2:08 PTG

wah menarik menu nyer.
kepelbagaian menu tu penting, kan.
kelainan. sedap. presentation yg menangkap minat :)
then, servis yg mantop.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram