Saturday, 20 July 2019

author photo
Biskut Nestum "Tuiles" Ala Biskut Perancis Yang Rangup Dan Mudah || (Entri Yang diedit) Salam semua, masih banyak lagi entri rasa kena revert ke draft balik, nak baiki apa yang patut dari segi bahasa, dari segi macam - macam lah. Nak gelak sorang tengok baca entri lama - lama :D. Dan entri ini pun salah satu jugak ni. Tulis tajuk ringkas sangat, lepas tu dalam bahasa inggeris pulak. Mesti orang sekali baca tak tahu apa itu "tuiles". Pernah dengar tak ? hii. Kali pertama dengar tu jakun.

Biskut Nestum "Tuiles" Ala Biskut Perancis Yang Rangup Dan Mudah

"Tuiles" kita pun baru dengar perkataan tuiles ni, jakun betul. Kali kedua buat nestum tuiles. First time buat wani buat bulat - bulat, jadi masuk ovennya 2 kali. Kali ini buat sekali masuk oven jer. Tak nak main 2 kali . Jenuh nak tunggu.

Sebenarnya resepi tuiles ni kita tengok dekat baking corner. (Dah lama group ni entah wujud lagi ke tidak di facebook ). Banyak sangat orang asyik sebut perkataan "tuile". Tertanya dekat sendiri apalah maksud tuiles ni. Tengok gambar macam biskut

Tapi semua orang cakap resepi senang sebab nak habiskan putih telur boleh la buat tuiles ni. Jadi kita google jap apa maksud tuiles ya, rupanya maksudnya macam seperti di bawah

 "Tuiles, French for "tile", are a thin and crisp cookie with a lacy texture. the name "tuile" comes from their traditional curved shape ( like a Pringle) that copies the shape of roofing tiles once used n France 
Kalau betul - betul "tuile" memang nipis sangat biskutnya dan bentuk melengkung sikit, itu gaya Perancis la ya. Dan macam - macam versi mat saleh buat. Kita buat ikut apa ada nak cuba guna nestum.

Resepi asal guna oats, tapi kita ganti dengan nestum, hasilnya not bad.. SEDAP!!!!..crunchy and crispy gitu. Cara nak buat dia macam buat florentino cookies tu, tak pernah cuba buat lagi biskut florentino ni, sebab lepas keluar oven biskut tu masih lembut dan kalau nak potong sama saiz kena cepat - cepat ambil pisau.

Dalam 2 minit akan mula keras, kalau nak patahkan pun tak apa lepas keras tu, yang ini kita buat cantik sikit, potong tapi jenuh la main tekan -tekan cepat - cepat nak bagi bentuk segi empat tu..

Biskut Nestum "Tuiles" Ala Biskut Perancis Yang Rangup Dan Mudah

Tesktur macam biskut cuma tak ada tepung, kira nestum tu dah macam tepung la ya tapi bentuk bijirin .Memang mudah resepinya, kalau makan ni buat sampingan sambil makan aiskrim pun sedap jugak ni. Kalau nak test boleh la dulu buat untuk 1 adunan.tahan la dalam 3-4 hari lagipun kuantiti sikit.

Bila nak bakar tu, alaskan loyang dengan kertas baking, doh memang kena nipis kena tekan - tekan dengan tangan atau pun ambil guna belakang sudu sampai nampak macam kepingan nipis.

Nanti next, kita buat video ya kalau ada kelapangan masa. Resepi senang jer,nampak susah sebab ikut resepi asal, biskutnya bentuk melengkung yang itu ia kena sebaik saja keluarkan dari oven tengah panas - panas ambil dan letak atas "rolling pin" nak dapatkan bentuk melengkung.

Biskut Nestum "Tuiles" Ala Biskut Perancis Yang Rangup Dan Mudah 

BAHAN-BAHAN

4 sudu teh butter -dicairkan
3/4 cawan nestum
1 biji putih telur
2 sudu besar gula halus
sedikit garam
sedikit vanila

Nota : Sudu guna sudu sukatan metrik 

CARA-CARA
1.Gaul sebati butter yang telah dicairkan dengan nestum
2. Kemudian masukkan kesemua bahan yang lain dan gaul sebati
3. Sediakan loyang yang dialas dengan baking paper dan ambil sudu dan ambil sedikit doh letak atas baking paper dan tekan-tekan sampai nipis, kalau boleh sehabis nipis sebab inikan tuiles, bila masak nanti ia mesti rangup dan mudah patah
4. Kalau tak nak buat bulat macam tu, letakkan kesemua doh atas baking paper dan tekan dengan jari yang telah dibasahkan dengan air sikit supaya tak melekat sepanjang kita tengah press doh tuiles tu.. Kalau rasa melekat boleh celupkan jari dengan air.tekan biar doh jadi nipis
5.Bakar dalam oven selama 15 minit.suhu oven masing2.suhu wani guna 150 C..last nak habis timing, wani pasang kipas takut hangit.
6. Bakar sehingga keperangan.sejukkan sebentar sampai tuiles mengeras baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Baca sini >>> Biskut Arab Yang Gebu, Sedap Dan Mudah ( Sukatan Cawan )
Baca sini >>> Biskut Nestum Rangup Dan Mudah
Baca sini >>> Biskut Buahan Strawberi Kering Yang Rangup Dan Sedap




This post have 2 komentar

avatar
Qomar Alhan delete 20 July 2019 at 11:32

Ya Allah sangat mengiurkan niii!

BW here. Jemput BW my blog. TQ :)♡

Reply
avatar
Rodiah Amir delete 20 July 2019 at 15:34

macam sedap kak sebab nipis confrim la crunchy kan

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang