29 Julai 2019

author photo
Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat || Salam semua, nak penghujung bulan 7 dah dalam beberapa hari lagi nak masuk bulan merdeka, nak masuk raya haji dah pulak. Rasa letih puasa sebulan pun tak hilang lagi, nak raya haji pun nak dekat dah ni. Semoga sihat aja teman - teman semua. Agak jarang jugak nak makan udang galah ni. Rezeki terpijak dapat makan yang adik ipar pergi tangkap sendiri. Udang galah jauh travel dari Johor balik Kelantan hii. Lama dah ni peram gambar.

Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat

Tak berapa reti nak siang buang najis udang sebab besar sangat, tapi bila dah tahu cara betul jadi senang pulak.Lagi banyak najisnya. Nak masak udang ni, kita buang sepitnya tu. Tak tahu nak masak apa sebenarnya, google la jawabnya. Berkenan dengan resepi udang galah kari kering dari Blog Ana Jingga.  Bahan pun ringkas tak banyak dan mudah nampak macam sedap sebab ada letak serbuk kari.

Goreng udang sampai garing, ratah saja gitu dengan isi tebal, alamatnya nanti tak ingat nak buat sambal kering untuk udang galah ni.

Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat

Nasib baik nak buat macam ni, kalau jenis gulai - gulai tak ada berapa yang nak makan pulak. Resepi kat bawah ya. Terima kasih Kak Ana yang berkongsi resepi yang mudah ini. Sedap rasa kari, udang pulak memang masuk dengan kari yang kering sikit ni.

Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat

Jom lah cuba sedap sangat ni. Buat korang yang belum subscribe channel kita, jemput subscribe ya. Terima Kasih. :)


Resepi Udang Galah Kari Kering Yang Sangat Sedap Dan Mudah Nak Buat

Bahan - bahan

344 gm udang galah
5 tangkai cili kering kerinting*
4 ulas bawang putih*
6 ulas bawang merah*
3 tangkai lada burung*
1 sudu besar paras kari ikan
1 sudu besar paras kari daging
1 biji tomato dibelah 4
2 tangkai daun kari
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara - Cara

1. Udang galah dibersihkan buang segala najis dan buang sepitnya
2. Kemudian digaul  dengan garam kunyit. Perap sekejap.
3. Goreng sehingga masak dan garing.
4. Kemudian panaskan minyak sedikit dan tumis bahan kisar, daun kari dan masukkan campuran serbuk kari dan tumis hingga wangi dan naik minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan kacau rata sampai sebati dan naik minyak sikit
6. Masukkan tomato dan kacau rata. Gula dan garam secukup rasa Kemudian masukkan udang galah.
7. Kacau rata dah siap boleh hidangkan

Baca sini >>> Resepi Sotong Rebus Yang Serai Yang Mudah ( Masakan Kelantan )
Baca sini >>> Resepi Lala Goreng Cili Berserai Yang Mudah Dan Sedap
Baca sini >>> Resepi Lobster Masak Butter Yang Sedap Sangat

1 komentar:

avatar
adianiez AIDA delete 30 Julai 2019 8:33 PTG

sedap nyer udang galah!!!
malang nyer aida tak boleh makan lebih dari sekor :(
elergi udang tahap maksima dah. teruk!
sekor tu pun, lepas tu kena makan ubat cecepat.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Follow Me On Instagram