Thursday, 29 August 2019

author photo
Resepi Cekodok / Cucur Durian Yang Lembut, Mudah Dan Sedap | Salam semua, musim durian nak habis ke eh, ke ada lagi atas pokok, puas hati ke tu semua makan buah durian, ya lah nak hujung - hujung musim dah ni dalam beberapa hari nak masuk bulan September dah. Sekejap sungguh masa. Musim durian baru - baru ini, banyak juga buah durian di frozenkan. Nak lama - lama dalam buah pun nanti kulit durian tu terbuka tak sedap pulak.

Resepi Cekodok / Cucur Durian Yang Lembut, Mudah Dan Sedap

Ambil inisiatif lain untuk difrozenkan. Kalau tekak teringin nak buat apa - apa kuih ke boleh keluarkan. Tak gitu idea bernas heheh.

Teringin nak buat cekodok atau cucur durian. Lama sangat dah ni tak goreng cucur durian. Nak buat kuih jenis lain macam malas. :D. Yang ni jer senang, kacau - kacau dan goreng terus.

Baca sini >>> Cara Masak Bubur Nasi Pecah Cantik Siap dalam 15 Minit

Tips nak lagi sedap, korang simpan adunan ni semalaman. Memang sedap, lagi naik rasa durian tu sebab ia dah sebati kot. Kalau goreng terus, tekstur macam kek tapi lembut.

Kita lebih suka goreng biar keperangan sikit nak rasa kerak - kerak rangup di luar, pastikan goreng dengan api perlahan lah ya. Menu minum petang dengan kopi atau teh panas.

Ok lah, korang ikut lah resepi di bawah ya. Kalau nak lagi rasa durian, sila lah tambah sendiri ya. Ada sebekas lagi ulas durian yang difrozenkan. Nanti nak fikir - fikir nak buat menu apa pulak.

Resepi Cekodok / Cucur Durian Yang Lembut, Mudah Dan Sedap

Resepi senang jerr ni, kalau tak ada susu segar boleh ganti dengan susu cair ya. Nanti lain kali nak buat, nak simpan semalaman dalam peti. Yang ini goreng terus. Resepi di bawah ya, kalau terasa macam banyak boleh bagi kepada separuh adunan.

Jemput tonton di my youtube channel ya. Jemput subscribe ya. :)


Resepi Cekodok / Cucur Durian Yang Lembut, Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan
4 cawan tepung berserbuk penaik (kalau tak ada, ayakkan tepung gandum + 1sudu teh soda bikarbonat + 1 sudu teh baking powder)
2 cawan susu segar atau susu cair
1 cawan gula pasir ( nak kurangkan manis guna lah 3/4 cawan )
6 hingga 7 ulas durian ambil isinya
1/2 sudu teh garam

Cara-cara
1. Satukan tepung gandum dengan baking soda dan baking powder, gaul rata. Ketepikan sekejap.
2. Dalam mangkuk lain, larutkan gula dengan air susu dan juga garam.
3. Kemudian, masukkan isi durian ke dalam tepung. Tuangkan susu sambil gaul rata sampai adunan menjadi pekat.
4. Goreng lah hingga masak. Api jangan kuat sangat supaya serata masaknya.

Tips Untuk Dapatkan  Cucur Durian Lagi Sedap

1. Tekstur cekodok jika digoreng terus jadi macam tekstur kek tapi masih lembut.
2. Nak dapatkan tekstur kenyal sikit, simpan adunan semalaman dalam peti dan goreng esok hari baru sedap.
3. Nak rasa rangup, goreng hingga keperangan sikit tapi bukan hangus ya.
4. Sedap makan panas - panas.

This post have 6 komentar

avatar
Sis Lin delete 29 August 2019 at 18:11

Apaa?? cekodok durian, ya Allah sedapnya, mesti bau satu rumahkan masa menggoreng...uiisshh tak pernah buat, nak kena buat dan try gak ni..

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 29 August 2019 at 21:32

wow sedapppnyyaaa cekodok durian

Reply
avatar
ray delete 29 August 2019 at 23:30

emmm durian emmm. cane rasa dye ehh

Reply
avatar
AZ .Com delete 30 August 2019 at 07:18

done follow sini.. pandai la akak buat resepi.. done subs channel utube. Iklan gugel pon saya klik hehehe. kalau rajin singgah la blog sy juga ya

Reply
avatar
Sha Mohamed delete 30 August 2019 at 08:22

Owh.. kalau simpan semalam rasa dia lagi umph ye wani.. menarik..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang