Saturday, 26 October 2019

author photo
Di Sebalik Maksud "Al Dente" Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta | Salam semua, rasa semua orang pernah mendengar istilah "al dente" kan. Bila ada kaitan dengan pasta akan adalah perkataan "al dente". Kali pertama wani dengar perkataan "al dente" masa terjumpa dalam resepi makaroni bakar yang menyebut "rebus hingga al dente" dah lama dulu dah. Mula-mula kebingunan nak kata perkataan english macam bukan. =D.

cara yang betul untuk masak pasta

Tapi faham lah mesti rebus sampai pasta tu masak kan. lama dulu ada kesilapan sis  buat makaroni bakar, sis hairan kenapa makaroni bakar yang telah dibakar pun bila dah sejuk dan bila dipotong.

Tekstur nampak terlalu lembik. rupa-rupanya dah rebus pasta tu terlembik.

Banyak kali buat macam tu.  itu kesilapan bila rebus makaroni, rebus sampai lembik sangat. Sebab sis terlalu turutkan resepi. Tapi bila dah bereksperimen, segala jenis pasta ni tak boleh rebus terlalu lama.

Baca sini : Master Pasto | Spageti Segera Hanya 3 Minit Dah Siap Untuk Dimakan

Apa Maksud "Al Dente" ? 

Perkataan 'Al dente' berasal daripada perkataan Itali
. Maksudnya dalam bahasa melayu tidak terlalu keras atau terlalu lembut terutamanya yang melibatkan pasta. Kiranya kita makan tu masih rasa kekenyalan pasta. Begitulah lebih kurang maksudnya.

Bila pasta tersebut mencapai tahap "al dente" ok berhenti dan angkat. Pasta perlu dimasak "al dente" ( tidak terlalu masak ) untuk menjamin kebaikannya. Jika terlebih masak, ia akan memusnahkan khasiat pasta dan menyebabkan sumber karbohidrat ditukar ke bentuk tenaga dengan lebih cepat.

Jadi, bagaimana teknik untuk masak pasta dengan betul? Mesti ada caranya. Harap ianya boleh membantu dan juga sebagai rujukan nanti. Korang yang suka makan pasta, harap - harap dah tahu cara yang betul untuk masak pasta kalau tidak pun korang boleh semak boleh betul ke masak pasta selama ni kan.

Baca sini : Resepi Makaroni Bakar Dalam Magic Pan, Tak Payah Guna OVen

Apa Itu Pasta ? 


cara yang betul untuk masak pasta

Bahan - Bahan Untuk Membuat Pasta 

Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum. Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning.

Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air. Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.

Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering. Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.

Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi), lasagne (nipis empat segi), fettuccine (tiub dan silinder), fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos.

Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.

Baca sini : Resepi Makaroni Bakar Sardin Mudah Dan Sedap

Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta 


cara yang betul untuk masak pasta

Bagaimana cara yang betul untuk masak pasta ? Adakah korang tahu cara yang betul atau main rebus jer ni. Di bawah adalah langkah yang betul untuk masak pasta.

Sis dulu pun main rebus jer asalkan masak. Tak sangka pulak ada langkah nya. Ini untuk elakkan dari pasta jadi terlebih lembut.

1. Air untuk merebus. Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus.

2. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

3. Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

4. Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.

5. Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

6. Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.

7. Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.

8. Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

9. Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan "al dente" iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.

10. Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik.

11. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.

Nampak macam banyak langkah kan. Ini untuk yang masih tercari - cari macam mana nak rebus pasta dengan betul. Ramai lagi di luar sana yang mencari walaupun sis kali ini buat entri pasal cara nak rebus pasta. Mungkin info ini dapat membantu korang semua. 

This post have 7 komentar

avatar
Qhaifa Nur delete 24 September 2012 at 15:05

pasta ni bermacam jenis....
suka try, boleh tau sedap tau tidak.....
info yg bagus Wani.......

Reply
avatar
FARAH deeb delete 24 September 2012 at 15:06

Maseh sebab kalau takde entri ni, sampai ke sudah tak paham ape al dente itew akaka...

Reply
avatar
Mama Hawa/Mama Nani delete 24 September 2012 at 20:48

Salam rindu Wani...

Rindu sgt2 dgn dunia blogging yg telah mama tgglkan beberapa bln yg lps... diharap Wani sihat jgk :)

Reply
avatar
rahel delete 24 September 2012 at 21:29

Waw..info yang menarik tu....

Reply
avatar
AtieYusof delete 27 October 2019 at 08:49

Wahhh tq for tips ni Wani.. suka jg makan pasta ni sesekali.. Al dente ni 1st time akak dengar. Hihi..

Reply
avatar
Ziana Eunos delete 30 October 2019 at 20:28

macam tu ya.. gee suka makan pasta ni., xkisah yg bolongse atau spageti tu :)

btw jemput join >> http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

Reply
avatar
ummi journey delete 31 October 2019 at 08:21

Baru lepas buat spagetti utk bekal husband harini.. sungguh xtahu pasta elok tidak tlalu masak.hehe..ummi slalu rebus bg betul2 masak utk bg die lembut sikit.da xde khasiat dah la ye

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang