Thursday, 17 October 2019

author photo
8 Sebab Shopee Menjadi Pilihan Nombor Satu Peniaga Online. Nombor #2 Penyebab Utama | Salam semua, zaman sekarang dah berubah, nak berniaga pada abad ini tak boleh nak di takuk lama. Kalau dulu ada kedai sendiri saja, sekarang nak berniaga tak ada kedai pun untung berlipat ganda. Berniaga dari rumah jer. Dapat customer pun kat online. Dunia dah hujung jari, Orang makin malas nak keluar pergi kedai. Yang penting kena tahu cara berniaga di Shopee dengan betul.

kelebihan berniaga online di shopee

Dalam banyak - banyak platform marketplace, Shopee lah yang menjadi pilihan nombor satu untuk peniaga menjual produk mereka.

Kadang - kadang tertanya juga, apa yang menariknya shopee ni sampai menjadi pilihan utama nombor satu peniaga online untuk memasarkan produk mereka. Kenapa ya ?

Baca sini : Buat Duit Dengan Bisnes Bakeri Sehingga 1K Sebulan

Jana Pendapatan lebih 5 Angka Sebulan

Kalau betul - betul nak berniaga di Shopee, entri ini wajib di baca.Sis perasan kebanyakan produk yang sis kenal mesti ada akaun Shopee.

Nak jadikan cerita, rupanya sepupu sis ada juga berniaga kat Shopee, Sis dengar cerita dia lah sis semangat nak berniaga jugak lah kat Shopee. Semangat jer, mujur lah tu ada azam =D.

Jumpa dengan sepupu dua beradik ni pakat sama - sama berniaga kat Shopee, mereka bermula masa bulan puasa lepas. Tapi akaun lain - lain. Maksudnya mereka berniaga asing la. Dengar ke  cerita sale masuk tu macam nak terkeluar biji mata sis. Ribu - riban dapat lebih 5K ke atas.

Wow, mereka berniaga dari rumah jerr, bukan sewa premis kat mana pun. Dan masa bulan puasa lepas lah kali pertama mereka buka akaun Shopee untuk berniaga.

Mungkin sebab bulan puasa lepas ramai pelanggan cari barang kan di tambah pulak Shopee buat jualan sempena nak raya lah untuk tarik pelanggan mereka.

Rezeki mereka adik beradik. Dulu, sis baca sana sini berniaga di shopee dapat  sampai 4K sebulan sis macam tak percaya. Bila sepupu sendiri yang bercerita baru sis melopong mulut. Tu la tak percaya sangat.

kelebihan berniaga online di shopee

Siapa cakap berniaga kat Shopee tak dapat untung sampai beribu- ribu sebulan, kalau sale lagi bagus dapat juta- juta sebulan. Tak mustahil memang ada peniaga dapat sale juta - juta sebulan hanya berniaga di Shopee.

Bila dengar cerita dari sepupu sis, baru sis buka mata sikit pasal Shopee ni. Dulu ada akaun kat shopee sekadar nak shopping atau cuci mata. Sekarang ni, kat Shopee pun boleh buat duit. Asalkan ada minat nak berniaga. Kena tukar dari shopping semata - mata, kita buat duit pulak ya. Nak tak ? Rasanya ramai di kalangan kita ni, ada akaun Shopee saja kan. Tapi tak guna kelebihan apa yang Shopee bagi.

Sejak tahu kelebihan yang Shopee bagi untuk peniaga online, makanya  semakin ramai orang lain dah berebut - rebut nak berniaga di Shopee. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, ramai yang nak cari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan bulanan. Jadi, sebelum tu, korang tahu ke kenapa Shopee menjadi pilihan nombor satu peniaga online.

Shopee Menjadi Pilihan Nombor Satu Peniaga Online

Platform online membeli - belah di Malaysia banyak tapi kenapa peniaga online memilih platform shopee untuk berniaga. Mesti shopee ada kelebihan tersendiri sampai ramainya peniaga yang nak mulakan bisnes mereka di sana. Malah yang  ada kedai konvensional sendiri pun ada akaun Shopee untuk menarik lebih ramai pelanggan baru. Zaman dah berubah, jadi 'mindset' pun kena ada anjakan paradigma jugak.

Ini Antara Sebabnya Kenapa Peniaga Memilih Platform Shopee Untuk Berniaga 


kelebihan berniaga online di shopee

1. Caj Yang Dikenakan Adalah Terendah

Kalau ikut cerita yang sepupu sis bagi tahu, setiap kali ada sale masuk, shopee kenakan cas tapi tak adalah mahal sangat. Maknanya kat Shopee cas dikenakan jika mendapat jualan saja. Cas pulak adalah rendah.

2. Kolabarasi Shopee Bersama Pos Laju 

Ini di antara sebab utama kenapa ramai peniaga online memilih Shopee. Untuk pengetahuan korang semua, Shopee tanggung semua kos pos penghantaran kepada pelanggan. Sis dengar memang sis tak percaya, tapi bila sepupu bagi tahu sendiri baru sis percaya. Kita tak payah risau dengan kos pos untuk penghantaran lagi. Semuanya pihak Shopee tanggung. Tak payah risau nak bawak duit apa dah. Tak payah risau nak tunggu kat kaunter dah.

Apa yang korang perlu buat, hanya perlu print consignment note sahaja yang telah siap ditulis dengan alamat pelanggan.dan juga alamat penghantar. Dalam consignment note dah siap dengan nombor tracking.


kelebihan berniaga online di shopee

Tugas sebagai peniaga hanya perlu membungkus barang, letak consignment note dan hantar ke kaunter pos laju dan pihak pos laju yang uruskan selebihnya. Senang kan tak payah banyak fikir.

3. Portal Online Yang Mobile Friendly 

Pengguna yang ingin membeli - belah online di shopee hanya perlu download apps Shopee di handphone. Semuanya di hujung jari klik - klik sahaja. Untuk peniaga pula, ia memudahkan untuk mengemaskini segala details produk, tempahan yang masuk dan juga membalas mesej dari pelanggan yang bertanya. Ke semuanya hanya dari aplikasi Shopee.

4. Sistem Pembayaran Yang Mudah Secara Online Ataupun Cash Deposit

Di antara sebab pelanggan yang suka membeli - belah di Shopee adalah pembayaran yang mudah secara online yang ditawarkan oleh shopee. Sama juga dengan peniaga. Dengan adanya kemudahan yang ditawarkan Shopee, peniaga tidak perlu risau. Sama ada pelanggan nak bayar secara online atau pun yang tak ada online banking boleh buat untuk cash deposit.

kelebihan berniaga online di shopee

5. Promosi Yang Berterusan Dari Shopee 

Peniaga di Shopee rasa tidak perlu risau dah bagaimana nak mempromosikan barang yang mereka jual di platform shopee. Ini disebabkan Shopee sendiri sentiasa  membuat marketing supaya lebih ramai pelanggan membeli - belah di platform Shopee.

Untung dah peniaga kat situ. Tak payah keluarkan modal lagi untuk bahagian pemasaran. Semuanya Shopee sendiri yang uruskan. Tugas peniaga menjual sahaja.

Kalau perasan, shopee selalu keluar iklan di TV, Facebook, Google Ads kan.

                        

6. Dapat Jana Pendapatan Yang Tidak Terhad

Pendapatan yang diperolehi di shopee adalah tidak terhad, Mungkin korang boleh dapat jana pendapatan dalam 4 angka sebulan, mungkin dalam 5 angka sebulan. Ke semuanya bergantung kepada usaha korang semua ya dan juga izin Allah. Kalau dengar cerita income yang sepupu sis dapat tu memang berbaloi lah berniaga di Shopee ni.

Ke semua dah ada tinggal kita sendiri nak uruskan macam mana, Kalau betul - betul buat memang menjadi. Bayangkan, kalau ada banyak akaun, lagi banyak pendapatan korang. Yang penting berniaga dengan produk yang menarik pelanggan untuk singgah di kedai online korang.

7. Laman Portal Nombor Satu Untuk Shopping Online

Rata- rata kalau tanya sesiapapun, mesti jawab nak shopping online di Shopee. Pengunjung yang melayari laman web Shopee adalah lebih ramai berbanding platform e-commerce yang lain seperti Lazada, Carousel, Zalora dan pesaing yang lain. Ini menunjukkan Shopee adalah pilihan pelanggan dan peniaga kena atur strategi yang bijak dan teratur sekiranya ingin berniaga di sini.

Bayangkan korang berniaga di Shopee dengan kunjungan 20.9 juta sebulan. Banyak kan macam pengunjung yang datang ke shopping mall. Tapi yang bezanya kos murah sebab tak ada kedai fizikal. Ada kedai online jerr.

8. Dapat Membina Kredibiliti Bisnes Untuk Kedai Online

Untuk yang baru nak mula berniaga di Shopee, perkara yang paling utama sekali adalah nak bina kredibiliti dalam kedai online kita. Masa mula- mula ni biasalah orang tak kenal lagi kan, nanti lama- lama bila dah ada pengikut sendiri yang ramai, baru pelanggan akan yakin nak beli dengan kita.

Penting ya kredibiliti dalam bisnes ni, nak tarik pelaggan membeli di kedai online kita. Shopee sendiri dah mempunyai sistem rating sekiranya pelanggan yang telah membeli barang boleh meninggalkan rating untuk kedai korang sama ada servis yang diberi adalah memuaskan atau tidak.

kelebihan berniaga online di shopee

Sebagai peniaga, berilah servis yang terbaik supaya pelanggan boleh percaya dan yakin untuk membeli. Dan kemungkinan besar boleh menjadi pelanggan setia.

Sepupu sis sekarang ni pun dah makin maju nampak bisnes mereka, tak putus nak pergi ambil stok, proses pembungkusan kat rumah jer. Rumah pun dah jadi kedai runcit mini penuh dengan barang. Alhamdulillah, sis tumpang happy dengar. Sejak daftar nak jadi peniaga di shopee bulan puasa lepas, sampai sekarang pun masih ada lagi pelanggan beli barang mereka jual.

Itu lah saja antara 8 sebab kenapa shopee menjadi pilihan nombor satu peniaga online sekarang ni. Banyak kelebihan yang shopee tawarkan sebenarnya. Dah ramai yang mula nak  berniaga di platform Shopee. Sebabnya ia adalah percuma. Sis rasa nombor 2 tu menjadi penyebab utama kan, betul tak. Bukan apa, mesti pakat nak rebut free shipping dari Shopee.

Kalau korang nak tahu lagi lanjut atau betul - betul nak buat duit dengan berniaga di Shopee ni, rasanya korang tak teragak- agak nak ada ebook seperti di bawah. Ada semangat nak berniaga tak kat shopee ni. Jom lah kita korek ilmu lagi bagaimana cara berniaga online di shopee nak tahu lanjut, jangan lupa klik link di bawah. Tak rugi ya.

                                              

Ok macam mana nak mula ke tak hii. Sis selang - seli cerita pasal sepupu sis yang berniaga di Shopee untuk insirasi korang semua,  kot ada yang lemah semangat nak bermula bisnes di Shopee ni. 

This post have 7 komentar

avatar
Hasrul Hassan delete 17 October 2019 at 12:10

Shopee memang best .. baik untuk beli-belah mahupun untuk mulakan bisnes online sendiri. Macam2 ada dalam tu ...

Reply
avatar
AtieYusof delete 17 October 2019 at 13:02

Buat masa ni Shopee menjadi pilihan utk shopping online.. terbaik.. jimat masa & tenaga..pelbagai pilihan ada..

Reply
avatar
apekinahdotcom delete 18 October 2019 at 00:34

Kinah sekarang ni pun shopping dekat shopee je. Lebih mudah, harga pun murah hihi

Reply
avatar
ummi journey delete 20 October 2019 at 10:27

Untung ny kn wani..tp nk berniaga kne ade brg.. tp mmg suka beli brang dr shopee sb murah dan delivery percuma kalau bli brg dgn had harga ttntu ..

Reply
avatar
ummi journey delete 20 October 2019 at 10:28

Suka beli belah dengan shopee sb harga murah dan boleh dpt delivery perchma..

Reply
avatar
NADIA AZIZ delete 27 October 2019 at 16:50

Sy pun suka shopping di Shoppee

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete 28 October 2019 at 20:09

Rabia baru 2 kali shopping dengan shopee

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang