-->

Tuesday, 17 November 2020

author photo

Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Di Slot Samarinda TV3 | Salam semua, sudah tamat drama Hati Yang Tersakiti. Drama yang memang sakit hati nak tonton. Sis pasti ramai yang berasa geram nak marah. Sabar eh, drama jer pun. Ok, sekarang drama terbaru yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 bagi menggantikan drama Hati Yang Tersakiti. Kali ini drama Beri Sedikit Waktu lakonan Zara Zya, Aqasha, Shahz Jaszle dan ramai lagi barisan pelakon yang lain. 


Tonton Drama beri sedikit waktu


Info Drama Beri Sedikit Waktu 

Sedikit info untuk drama Beri Sedikit Waktu. Drama ini  bersiaran sebanyak 15 episod semuanya. 
  • Bilangan Episod : 15
  • Tarikh Tayangan : 16 Oktober 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Idea Asal : Insheera Nordin
  • Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
  • Pengarah : Zamri Zakaria
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Pelakon : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir

Pelakon Drama Beri Sedikit Waktu Dan Watak 

Barisan pelakon di dalam drama Beri Sedikit Waktu.
  • Aqasha sebagai Imran
  • Zara Zya sebagai Hananiah
  • Shahz Jaszle sebagai Farhan
  • Farisha Irwayu sebagai Sofia
  • Man Raja Lawak sebagai Nasir
  • Rayyan Iman sebagai Lukman
  • Ain Sufia sebagai Elly
  • Ummar Dzariff sebagai Imran
  • Aryana Amani sebagai Sofea

Sinopsis Penuh Drama Beri Sedikit Waktu 


Drama Beri Sedikit Waktu mengisahkan Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya) dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.

Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman. Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar.

Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong.

Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.

Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan.

Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik.

Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran.

Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman.

Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf. Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya.

Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?

Kredit : myinfotaip.com

Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) 

Ramai yang cakap Zara Zya dan Aqasha gandingan yang serasi berlakon. Baca sinopsis drama ini macam menarik jalan ceritanya. Hananiah dan Imran dua - dua ada kenangan silam. Untuk sesiapa yang terlepas tonton drama Beri Sedikit Waktu di TV3, kalian boleh tonton di Youtube rasmi TV3 Malaysia Official. 

Baru upload episod satu dah ramai peminat drama yang bagi komen. Apapun nanti sis akan kemas kini di sini ya. 

Beri Sedikit Waktu Episod 1 


Beri Sedikit Waktu Episod 2 


Beri Sedikit Waktu Episod 3 


Beri Sedikit Waktu Episod 4 


Beri Sedikit Waktu Episod 5 


Beri Sedikit Waktu Episod 6 


Beri Sedikit Waktu Episod 7


Beri Sedikit Waktu Episod 8 


Beri Sedikit Waktu Episod 9


Beri sedikit Waktu Episod 10 


Beri Sedikit Waktu Episod 11 



Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 



This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang