10 Keistimewaan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium Dari Rihura Herbs

10 Keistimewaan Kurma Ajwa Asli Madinah VIP Gred Premium Dari Rihura Herbs | Salam semua, setiap kali bulan puasa, yang menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa mestilah kurma Ajwa asli, walaupun ada jenis kurma yang lain. Orang kata mahal sekalipun sekali dah sedap makan, mahal tak mahal tetap beli juga. Kurma Ajwa ini ada keunikan tersendiri walaupun saiz yang kecil dan banyak kebaikannya. Sebelum makan makanan lain untuk berbuka puasa, kita dahulukan makan kurma dulu sebab kurma ni makanan sunnah. 

kurma ajwa asli madinah gred premium

Bukan untuk berbuka puasa dan bersahur saja, bukan bulan puasa pun boleh diamalkan makan kurma ni. Sis memang susah nak makan kurma kalau bukan yang betul - betul pilihan sis.

Kurma yang jenis kering dan keras, memang sis tak boleh nak makan. Baru - baru ini, sis ada cuba Kurma Ajwa Asli Madinah. Sekali cuba, macam nak buat snek pulak ni, tapi apakan daya nak jimat jugak, sebab makan untuk berbuka puasa. Memang kena dengan citarasa sis.

Rasanya ramai yang dah biasa dengar kurma Ajwa kan. Kalau orang tua cakap kurma nabi la. Sis kurang arif jugak pasal buah kurma ni. Tapi bila bonda sis tengok kurma Ajwa, ni dia dah cam dah dan cakap ini kurma nabi sebab buah dia bulat. Susah jugak nak kenal pasti kurma nabi di luar sana sebab ada juga kurma yang hitam tapi jenis buah panjang. Jangan tertukar ya.

10 Keistimewaan Kurma Ajwa Asli Madinah Dari Rihura Herbs Jadi Pilihan 

Sekiranya korang nak cari kurma yang betul  - betul menepati citarasa, jom pilih kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs.  Sebabnya kurma Ajwa ini adalah di antara kurma VIP gred premium.

kurma ajwa asli madinah gred premium

Buat yang tak pernah makan kurma tapi ingin mencuba kurma Ajwa ni pun boleh cuba. Kenapa sis cakap macam tu. Di bawah ini antara sebabnya.

1. 100% original dari Tanah Madinah Almunawarrah
2. Gred 1 lebih tinggi dari gred A dan gred premium VIP
3. Bersaiz bulat  isi yang lembut, besar dan tidak terlalu kering
4. Buah segar dan terbaru, sedap dan gebu isinya
5. Kualiti dan ketahanan yang baik sebab kurma tidak diperam lama - lama
6. Digelar kurma nabi dan kegemaran ramai.
7. Sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak - kanak, dewasa hinggalah golongan tua.
8. Harga berpatutan dan sangat mampu milik sehingga semua mampu merasa
9. Kualiti premium dijamin dan terbaik
10. Sesuai dijadikan gift set atau hadiah

Sekali cuba, korang mesti nak beli lagi. Sis pun dah cuba makan memang lembut isi kurma tu. Tak keras dan memang menepati citarasa sis yang tak suka kurma keras sangat.

Packaging Yang Mudah Dibuka Dan Disimpan 

Lagi satu yang sis suka, mestilah dengan packaging nya yang mudah nak simpan dan dibuka. Korang gunting bahagian atas sikit. Dah ada ruang boleh buka dan tutup dengan kemas. Semut pun tak sempat nak hurung. Jadi dah tak payah nak sediakan bekas lain nak simpan kurma Ajwa ni. Boleh ambil terus dari packaging nya tu. Senang kerja.

Nak hadiahkan terus dekat orang tersayang pun boleh sebab dah cantik sangat packagingnya,

Harga Kurma Ajwa Asli

Kurma Ajwa yang sis makan ni untuk 1 kg. Harga kurma Ajwa 1 kg ini dalam RM 110. Ini harga memang standard untuk Kurma Ajwa.  Kalau korang tanya kenapa kurma ajwa mahal, berbaloi dengan harganya sebab kurma Ajwa Asli ni  dari Tanah Madinah.

kurma ajwa asli madinah gred premium

Kena hati - hati juga dengan kurma Ajwa yang terlalu murah atau kurma palsu, bimbang stok terlalu lama atau berasal dari Yaman  atau Iran tetapi menggunakan nama Madinah.

Ini untuk yang 1 kg ya. Ada lagi pilihan lain sekiranya korang tak nak beli yang 1 kg. Yang penting harganya berbaloi dan bajet mampu milik.

1. Rm 15 - 100 gm
2. Rm 28 - 200 gm
3. Rm 40 - 300 gm
4. Rm 60 - 500 gm
5. Rm 110 - 1kg

6 Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah Berbanding Kurma Lain

kurma ajwa asli madinah gred premium

Sekali pandang macam dengan kurma lain kan. Tapi khasiat kurma ajwa ni mempunyai banyak kelebihan yang unik berbanding dengan kurma lain. Di antara kelebihan kurma Ajwa ini adaalah :

1. Disebut dalam hadis

Sa’ad radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Ù…َÙ†ِ اصْØ·َبَØ­َ بِسَبْعِ تَÙ…َرَاتٍ عَجْÙˆَØ©ٍ Ù„َÙ…ْ ÙŠَضُرَّÙ‡ُ Ø°َÙ„ِÙƒَ الْÙŠَÙˆْÙ…َ سَÙ…ٌّ Ùˆَلاَ سِØ­ْرٌ
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779].

2. Mempunyai ciri yang unik. Kurma ni lain sikit lebih gelap dan saiznya lebih kecil.
3. Sebagai sumber antioksidan untuk tubuh kerana ia dapat membantu melindungi tubuh kita dari terkena jangkitan.
4. Melindungi daripada penyakit. Kurma ajwa kaya dengan zat magnesium iaitu mineral yang penting sebagai anti radang.
5. Mempunyai khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu. Untuk ibu mengandung dan menyusu banyak amalkan makan kurma ajwa ni ya.
6. Membantu melancarkan penghadaman. Disebabkan kandungan serat yang ada dalam kurma ajwa ini membantu melancarkan pencernaan untuk usus berfungsi dengan lebih baik.

Banyak ya khasiat kurma ni. Kalau nak bagi tahu kat sini tak habis. Lagipun, macam - macam resepi ada resepi jus kurma susu , kurma oat dan juga air rendaman kurma pun ada.

Untuk ibu - ibu mengandung jangan lupa makan buah kurma. Selain membekalkan tenaga untuk tubuh, ia juga membantu ibu - ibu mencegah anemia.

Cara Nak Simpan Buah Kurma 

Macam mana korang simpan buah kurma ya ?. Kalau sis simpan kat luar jer tak simpan dalam peti pun kurma Ajwa ni. Lagipun packaging nya dah elok, nak tutup dan buka pun senang. Tapi, boleh jer kalau korang nak simpan dalam peti.

1. Boleh disimpan di tempat yang bersuhu 25  ke bawah. Contoh nak simpan dalam peti, simpan lah dekat rak biasa. Jangan simpan tempat peti beku pulak. Terkeras lah buah kurma nanti.

2. Kalau tak nak simpan dalam peti pun tak apa, hanya simpan sahaja di tempat yang tidak panas. Cuma jangan biar berada di tempat panas, sebab ia akan cair dan tak cantik nanti.

3. Kalau kerap letak di tengah panas, itu yang jadi berulat tu.

Resepi Mudah  Jus Susu Kurma 

Sis nak kongsi resepi mudah jus kurma susu yang ramai tengah buat. Tak bulan puasa pun boleh amalkan minum. Kita buat sendiri lagi puas hati. Yang nak cuba resepi susu kurma ni, resepi di bawah ya.

kurma ajwa asli madinah gred premium

Bahan - Bahan 


Kurma
Susu segar
Ais ( optional )

Cara - Cara 
1. Rendam 5 ulas kurma yang telah dibasuh dan dibuang biji dengan air panas dalam masa 10 minit.
2. Blend susu dengan kurma yang telah direndam tadi.
3. Siap untuk diminum. Kalau suka boleh tambah ais.

Buat yang berminat nak beli kurma Ajwa Asli dari Madinah VIP Gred Premium  ini, bukan bulan puasa pun, kurma ajwa tetap ada stok. Dijamin halal, original dari Madinah, banyak khasiat dan bajet mampu milik untuk semua orang merasa. Jangan risau. Jom kita sokong produk muslim dari orang kita pulak ya. Boleh lah tengok - tengok dulu di laman sosial di bawah :

         Facebook  | Instagram  | Whatsapp      
                           

Itulah saja review jujur dari sis. Sis pun bukan peminat buah kurma sebenarnya tapi bila dah jumpa yang menepati citarasa dengan kurma ajwa asli dari Tanah Madinah. Mungkin lain kali boleh order lagi. Lagipun buahnya tak manis sangat, isi gebu, lembut tak kering dan tak keras.



2 Comments

  1. Milkbooster liez ni.. then mmg kurma sentiasa ada dekat rumah walaupun bukan bulan puasa.. dpt ajwa dr rihura mmg terbaik, tak manis

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post