Drama Camelia Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Slot Samarinda TV3

Drama Camelia Episod 1 Hingga 15 ( Akhir ) Slot Samarinda TV3 | Salam semua, tamat sudah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri , drama slot Samarinda kali ini digantikan dengan Drama Camelia. Ulang siar balik drama ni. Kalau yang dah tonton tu, rasa macam nak tonton balik boleh jer layan.  Drama ini di bawah arahan pengarah Eoon Shuhaini. Menampilkan barisan pelakon Diana Danielle, Ain Edruce, Saharul Ridzwan dan juga hafidz Roshdi. Untuk info dan sinopsi semua boleh baca di bawah. 


Drama Camelia slot samarinda


Info Drama Camelia 

  • Bilangan Episod : 15 episod
  • Hari Dan Masa : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Penulis Skrip : Azlina Pa'wan
  • Pengarah : Eoon Shuhaini
  • Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
  • Barisan Pelakon :Diana Danielle, Ain Edruce, Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Lisdawati, Aidil Aziz, Ikhwan Khairuddin, Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad B, Zarina Zainuddin, Nik Ramli, Mak Engku, Idham Maulana, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku

Barisan Pelakon Drama Camelia 

  • Diana Danielle sebagai Mariam
  • Ain Edruce sebagai Marina
  • Saharul Ridzwan sebagai Malik
  • Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
  • Aidil Aziz sebagai Jamal
  • Ikhwan Khairuddin sebagai Zahar
  • Lisdawati sebagai Mak Su Zakiah
  • Ainina Ahmad B sebagai Zainab
  • Zarina Zainuddin sebagai Puan Aina
  • Nik Ramli sebagai Halim
  • Mak Engku sebagai Tok Su
  • Idham Maulana sebagai Leman
  • Qistina Raisah sebagai Marina
  • Puteri Balqis sebagai Mariam
  • Redzwan Adha sebagai Malik

Sinopsis Drama Camelia 

Drama Camelia mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki 'split identiti'.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama 'Camelia'. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan 'Camelia'.

Baca Juga : 

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post