Perbezaan Dan Kegunaan 2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran

Perbezaan Dan Kegunaan 2 Jenis Whipping Cream Di Pasaran | Sebut sahaja pasal bahan - bahan buat kek dan pastri, sis sendiri pun masih ada yang tak kenal dan tak tahu fungsi untuk apa. 

Kalau beli pun, tengok dulu nak buat untuk apa. Takut beli saja - saja, membazir pulak. Jarang juga nak beli whipping cream ni kalau untuk baking. 

Sebab whipping cream ni dia melibatkan untuk hias - hias kek dan kalau yang suka pemanis mulut sebelah barat. 

Sebab itu memang agak jarang juga nak sentuh whipping cream ni.

Kegunaan whipping cream

Jadi, sis nak kongsi info tentang whipping cream bagi yang masih keliru whipping cream apa yang terdapat di pasaran.

Whipping Cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. 

Biasanya Krim putar tenusu Dairy Wipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk. 

Berbanding krim bukan tenusu Non Dairy Wipping Cream yang perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama. 

Krim ini dijual di dalam kotak. Krim ini bewarna putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. 

Tapi jangan salah faham, kerana terdapat perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi kegunaan whipping cream.

Jom kita lihat perbezaan antara kedua-dua bahan krim tersebut.

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream

1. Non-Dairy Whipping Cream adalah Krim Putar Bukan Tenusu
2. Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Fresh Cream atau Whip Topping For Cakes and Pastries atau Whipped Topping atau Whipped Cream

Apa Itu Non Dairy Whipping Cream Atau Krim Putar Bukan Tenusu ? 

Non dairy whipping cream adalah whipping cream untuk kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. 

Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. 

Ia akan kembang 3 hingga 4 kali ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda.

Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). 

Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. 

Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.

Cara Guna Non Dairy Whipping Cream Atau Krim Putar Bukan Tenusu

Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama. 

Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. 

Tapi pastikan bukan pada suhu bilik ya. Ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk.

Penting untuk kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalam freezer.

Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. 

Untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.

Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais).

Ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim.

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. 

Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. 

Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.

Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus.

Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. 

Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Cara Untuk Menyimpan Lebihan Non Dairy Whipping Cream 

Sekiranya ada krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. 

Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. 

Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan. 

Tapi yang mana satu jenama non dairy whipping cream yang sedap. Korang boleh cuba antara jenama di bawah.

Di bawah ini adalah beberapa gambar produk Non Dairy Whipping Cream : 

kegunaan whipping cream

Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan. Kita hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna pakai untuk hiasan kek.

kegunaan whipping cream

Yang ini pun sama tapi perisa coklat. Boleh disalutkan di permukaan kek jika inginkan kek berkrim coklat.

kegunaan whipping cream

Sekiranya nak whipping cream ada perisa, boleh guna yang ini, Cara nak guna tu sama cuma ada kaedah yang berlainan sikit. 

Kaedah 2: 1. 2 cawan whip topping dan 1 cawan jus atau susu atau apa - apa cecair. 

Apa Itu Dairy Whipping Cream Atau Krim Putar Tenusu ? 

Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai Thick cream atau Double Cream. Ia juga merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. 

Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.

Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. 

Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. 

Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.

Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. 

Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.

Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. 

Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.

Cara Guna Dairy Whipping Cream 

Seperti Non Dairy Whipping , krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. 

Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk.

Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. 

Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik.

Jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.

Cara memutarnya perlulah dalam kadar sederhana, tapi pastikan adunan tidak terlebih pukul.

Mungkin ramai yang ada pengalaman kenapa whipping cream jadi cair

Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).

Apa Perlu Buat Jika Whipping Cream Jadi Cair ? 

Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti. 

Gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti pancake, kek, biskut dan lain-lain. 

Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu. 

Ini kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.

Contoh Gambar Produk Dairy Whipping Cream 


kegunaan whipping cream

Antara contoh produk Dairy Whipping Cream di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. 

Diharapkan info lengkap ini dapat membantu dari segi jenis whipping cream, perbezaan dan kegunaan di antara dairy whipping cream dan juga non dairy whipping cream. 

Kalau nak cari ke dua - dua jenis whipping cream ini, elok masuk kedai bakeri terus. Ada jual ikut saiz kotak kecik dan juga kotak besar. 

Kalau nak beli tu, tengok dulu jenama whipping cream yang halal maksudnya ada logo tanda halal ya. Walapun ada pelbagai jenama untuk kedua - dua jenis whipping cream ni. 

Kredit Info : masammanis

Baca Juga : 

6 Comments

  1. hehehe..tersilap beli ye wani..kekeke...dah lama mahal pulak tu...kekeke...wani..setahu akak cooking cream ni selalu digunakan kalau nak buat soup....kentang ke ayam ke...boleh la cuba carik resepi2 omputih ni...martha steward selalu la guna cooking cream ni buat soup...hehehe..google jgn tak goole ek...:)

    ReplyDelete
  2. rasanya kalau nak buat spageti pun boleh ni...macam gantikan susu gitu kalau cooking cream ni....kita pun tak pandai sgt...ngeee

    ReplyDelete
  3. Salam Wani..betul kata quinnie..buat soupla..mushroom soup..ke..pumpkin soup..peranan dia kat sana macam santan kitala...lain kali hati2

    ReplyDelete
  4. kak Q: hihi dah dok tengah google2 la ni ..dah agak yg cooking cream ni macam letak dalam jenis soup2 bagai tu ... dalam pasta pon blh ... entahla tangan ni asyik gatal je nak ambil barang yg x pernah ambil ..;p.. tengoklah mcm mana hasilnya nanti

    kak paty: ooohh mcm santan ya .. patutlahhh bila kak paty sebut mushroom soup ..teringin nak buat mushroom soup pulak

    ReplyDelete
  5. tu hari g giant,ada nampak benda nie gak...dia dlm satu pack dgn whipping cream(1 cooking cream,2 whipping cream)....murah jugaklah dlm RM 13.90....(3ktk tu).....tp x tau nk guna mcm mane cooking tu,tak jadi belilah...beli yg 1 ktk whipping cream tu aje...(RM7.90)

    ReplyDelete
  6. Hi wani cooking cream ni sy ada bli kt ikea aritu utk pekatkan kuah meatball sbb aritu ada bli meatball ikea balik try buat sndr kt umh.mmg sdp ltk cooking cream klu xltk perumpamaan spt milo tanpa susu😋

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post