-->

Friday, 10 July 2020

author photo

PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah | Salam semua, pertama kali dengar PG Mall sebab ramai rakan - rakan facebook yang banyak berkongsi salah satu platform shopping online murah buat masa ini. Ini mesti sejak tempoh PKP lepas ramai yang sentiasa membeli - belah dalam talian kan. Iya lah membeli - belah memang popular di kalangan rakyat Malaysia. Sampaikan diri ini pun terjebak sama untuk membeli - belah secara online.

Biasanya kalau ada orang selalu bercerita mana - mana website online shopping, mula lah sis nak ingin tahu. Apa yang best kat PG Mall sampai kan orang asyik bercerita sana sini. Jadi, sis pun masuk  sendiri tengok di website  PG Mall.

Rupanya, baru tahu kewujudan website PG Mall telah lama beroperasi sejak tahun 2017 lagi. Apa yang istimewanya, PG Mall merupakan satu - satunya platform e - dagang tempatan yang pertama di Malaysia. Menarik kan.

Platform E-Dagang Tempatan No 1 Di Malaysia 


PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah
Sejak beroperasi dari tahun 2017, PG Mall sentiasa menerima pelawat  di mana lebih dari 1688500 juta pelawat yang berkunjung ke laman web ini.

PG Mall juga antara platform e-dagang yang telah berada di ranking yang ke 3 di iprice insight report. Selain daripada boleh diakses di laman web PG Mall. Nak lagi senang dan mudahkan untuk korang nak shopping online, korang boleh guna melalui aplikasi telefon pintar yang boleh dimuat turun melalui App Store dan juga Google Play.

Pertama kali sis masuk ke laman web PG Mall, dah terpandang sisi sebelah kiri dengan pelbagai  barangan yang dijual di sini. Dah siap buat untuk kategori masing - masing untuk mudahkan bakal pembeli senang nak cari barang apa yang ada.

Ini antara kategori barangan yang ada di PG Mall adalah seperti di bawah :

1. Kecantikan dan kesihatan
2. Barangan kanak - kanak dan bayi
3. Fesyen wanita
4. Fesyen lelaki
5. Barangan elektrik
6. Aksesori elektronik
7. Barangan rumah
8. Dapur & Peralatan makanan
9. Rumah & gaya hidup
10. Travel & Sukan
11. Keperluan dapur
12. Automotif & motosikal
13. E-ticket / Baucer

Selain daripada menawarkan pelbagai jenis barangan yang dijual di sini dan apa yang istimewa di sini sampaikan barangan kemas pun ada jual di PG Mall. Kali pertama sis dengar laman web shopping online ada jual barang kemas.

Sekarang barang kemas pun boleh beli online. Memang teruja bila nampak gambar - gambar gelang kaki, gelang tangan, subang, rantai yang menjadi dambaan wanita.

Wow Store : Diskaun Sehingga 15 % Untuk Barangan Dan Jenama Yang Terpilih 

PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah

Ini untuk korang yang sentiasa menantikan promosi dan kempen yang ditawarkan. PG Mall juga tidak melepaskan peluang memberikan promosi yang istimewa untuk pembeli. Antaranya Wow Store. Boleh tengok di https://pgmall.my/wow-store

Apa yang sis suka dengan Wow Store ini adalah :

1. Kedai - Kedai Yang Terpilih 

Wow Store juga akan sentiasa update dan memberikan maklumat yang terkini untuk kedai - kedai online yang terpilih di bawah kempen ini. Di Wow Store, barangan yang dijual adalah original dan dari jenama - jenama yang terpilih.

Kedai terpilih ini untuk bulan Julai sahaja dan akan berubah setiap bulan untuk 10 kedai .

Antara jenama yang terpilih yang ada di Wow Store adalah seperti :
  • Top Mall 
  • Mom & Me 
  • Beaute.Cosmo
  • Elian Ware 
  • Tefal 
  • Oasis Swiss 
  • Sin Teo Hiang Biscuit 
  • Teng Mobile 
  • Dodomat
  • Ambros
2. Penghantaran Percuma ( Free Shipping ) 

Selain itu, apa yang menariknya penghantaran percuma disediakan juga untuk kedai - kedai yang terpilih. Jadi, jangan lupa sentiasa tengok - tengok apa barangan yang dijual dekat Wow Store ini.

3. Diskaun sehingga 15 % 

Di Wow Store juga, barangan yang dijual di sini akan memberikan diskaun sehingga 15 % dengan setiap pembelian yang ditawarkan. Menarik bukan. Lagi banyak nilai pembelian, lagi banyak diskaun. Siapa yang tak nak .

PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah


Kempen Hot Day Sale

Banyak lagi promosi dan kempen menarik dari PG Mall yang lain antaranya Hot Day Sale. Ini lagi promosi yang kalau boleh korang sentiasa tengok takut terlepas peluang. Kalau tak nak lepaskan barang dengan harganya yang murah. Jangan lepaskan peluang ini dalam Hot Day Sale.

Pelbagai barangan yang dijual semasa tengah promosi Hot Day Sale dari keperluan harian, barang baby online murah hingga lah ke barang dapur, semua ada.


PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah

3 Kelebihan Untuk Shopping Hot Day Sale : 

1. 3 slot setiap hari 

Promosi Hot day Sale hanya bermula pukul 10 pagi, 4 petang dan slot terakhir pukul 9 malam. Ke semuanya waktu yang berbeza untuk item yang terpilih. Tapi korang kena cepat sebab takut barang cepat habis. Dah la harga barang pun tengah murah. Rambang mata nak pilih.

2. Dijamin harga yang rendah 

Kalau tengok harga barang kat sini nak banding dengan harga asal memang jauh beza. Memang harga yang berbaloi untuk shopping masa tengah hot day sale. Dahlah ada harga permulaan serendah 0.39 sen. Mana nak cari dengan harga tu kan.

PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah
3. Diskaun sehingga 80 % Setiap Hari 

Sebelum terlupa, yang promosi Hot Day Sale, potongan yang ditawarkan hingga 80 %. Banyak tu.

Kempen LOVEYOU 3000 Dan Berpeluang Menangi Cabutan Bertuah 

Selain daripada promosi yang disebut di atas, satu lagi kempen menarik adalah Love You 3000 Campaign. Kempen ini bagi sis memang menarik sebab dari setiap pembelian RM 30 ke atas, korang berpeluang untuk sertai Love You 3000 kempen. Mana tahu ada rezeki korang kan.

Nilai untuk dapatkan hadiah ini pun bukan biasa - biasa. Korang yang bertuah akan berpeluang untuk menerima sehingga RM 3000 c-wallet. Lagi banyak berbelanja, lagi banyak peluang untuk menang.


PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah

Setiap 2 minggu sekali cabutan bertuah akan dicabut dan untuk pemenang yang bertuah akan diumumkan  pada 15 hb dan 30 hb setiap bulan. Best tak kempen macam ini. 

Syarat yang dikenakan untuk menyertai cabutan bertuah Love You 3000 Campaign ini mudah saja. 
Boleh lihat gambar di bawah 

PG MALL : Platform E-Dagang Untuk Online Shopping Murah


Kemudahan Forever Cashback Hingga 3.5 % 

Kemudahan yang sentiasa pembeli suka adalah cashback. Di sini, korang juga berpeluang untuk dapatkan cashback hingga 3.5 %. Setiap kali membuat pembelian dan dapat kumpul balik nilai pulangan balik ni memang best. Lagi semangat nak shopping.

Tapi apa yang perlu buat ialah korang perlu kongsi referral link kepada sesiapa saja tak kisah kawan, ahli keluarga atau pun orang yang baru kenal. Jom sama - sama kita kongsikan sekiranya nak dapatkan kemudahan ini.

Senang cerita, bila korang dah sign up di PG Mall korang dah ada referral link sendiri. Konsep disini adalah Shop, Share, Earn. Nak tahu lebih lanjut, boleh klik di https://pgmall.my/consuMerchant-concept

Platform E-Commerce PG Mall Untuk Semua 

Jom online shopping di PG Mall . Dah masuk sana, sign up terus ya.  Di PG Mall pun boleh cari barang online murah. Nantikan banyak lagi promosi menarik di sana dan sudah tentu akan ada kempen dan tidak mustahil harga pun murah.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web ataupun media sosial PG Mall seperti di bawah :

Website : https://pgmall.my/

Facebook : https://www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shoopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Wowstore #Loveyou3k

1 komentar:

avatar
Abam Kie delete 10 July 2020 at 11:48

nanti nak window shopping kat sini la..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang