Koleksi 6 Resepi Nasi Goreng Ayam Simple Dan Sedap

Koleksi 6 Resepi Nasi Goreng Ayam Simple Dan Sedap | Salam semua, sebut saja nasi goreng, menu masakan yang sudah sebati dengan citarasa rakyat Malaysia. Ada lebihan nasi tak habis, jangan membazir, kita buat nasi goreng. Macam - macam resepi dah nasi goreng sekarang ini termasuklah resepi nasi goreng ayam. Jadi untuk nasi goreng ayam ini, bahan utamanya adalah ayam. Di restoran yang ada menu nasi ayam goreng, macam -macam style ayam yang digandingkan dengan nasi goreng.

koleksi resepi  nasi goreng ayam
Kali ini, sis nak kongsi menu nasi goreng ayam yang boleh dibuat di rumah dengan mudah. Boleh masak untuk bila - bila masa tak kira untuk sarapan pagi, makan tengah hari ataupun makan malam. Resepi nasi goreng ayam tersebut antaranya adalah

  • Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit 
  • Resepi Nasi Goreng Ayam Merah 
  • Resepi Nasi Goreng Ayam Mamak Style 
  • Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik Ala Thai
  • Resepi Nasi Ayam Goreng Berempah
  • Resepi Nasi Goreng Ayam Simple 
Nasi goreng sebenarnya simple nak buat tapi boleh digandingkan dengan menu ayam yang pelbagai. 


Koleksi 6 Resepi Nasi Goreng Ayam Simple Dan Sedap 

1. Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Sedap
nasi goreng ayam

Bahan-bahan nasi goreng:
1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering-dikisar
1 biji bawang merah-dikisar
1/2 inci belacan-dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api-diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan ayam goreng kunyit:
200g isi ayam-dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dihiris
1 biji cili besar-dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara masak nasi goreng:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan cili padi. Kacau.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Angkat. 
Cara-cara masak ayam goreng kunyit:
1. Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
3. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
4. Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.
Kredit resepi : #resepiummi

2. Resepi Nasi Goreng Ayam Merah Simple 
nasi goreng ayam

Bahan - Bahan Untuk Ayam Masak Merah 

850 gm ayam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Serbuk lada putih secukupnya
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 tangkai lada merah besar
1 biji bawang besar dihiris
1/2 cawan tomato
1/2 cawan santan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Kacang peas frozen secukupnya

Rempah Sekawan 
1 batang kulit kayu manis
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Masak Ayam Merah 
1. Perapkan ayam bersama dengan garam, serbuk kunyit dan serbul lada putih paling kurang 30 minit.
2. Kisar halus bawang, halia, bawang putih dan lada besar.
3. Panaskan minyak Goreng ayam sehingga keperangan.
4. Buang sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik bau.
5. Masukkan rempah sekawan dan juga bawang dihiris.
6. Kacau lagi hingga bawang nampak layu dan  tumisan bersinar
7. Masukkan santan, tomato, air, kacang peas. Kacau rata.
8. Kemudian masukkan ayam. Biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
9. Siap untuk dihidangkan dengan nasi goreng.

Bahan Untuk Nasi 
1 sudu besar minyak
2 mangkuk nasi
1 sudu besar bawang putih yang dicincang
1 tangkai cili padi dicincang ( kalau nak pedas boleh tambah )
1 sudu besar tomato
1 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih

Cara Untuk Masak Nasi Goreng 
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili padi.
2. Masukkan nasi dan ke semua bahan - bahan untuk perasa.
3. Perasakan nasi, jika sudah cukup elok boleh tutup api.

Kredit resepi : pengskitchen.blogspot.com

3. Resepi Nasi Goreng Ayam Mamak Style 
nasi goreng ayam

Bahan - Bahan 
1 mangkuk kecil nasi
1 potong ayam goreng ala-mamak
2-3 ulas bawang putih dihiiris
¼ biji bawang besar dihiiris
2-3 biji cili api, dihiiris
1 tauhu dihiiris
Sediikit kubis dihiiris
3/4 batang sawi dihiiris
1 biji telur
½ senduk kecil  cili kisar khas ,cili kering, bawang, dan kacang yang dah dikisar dan dimasak
1/2 senduk kecil kicap pekat
1/2 senduk kecil kicap cair
1 biji perahan limau kasturi
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa atau jika perlu
Cara - Cara
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan biarkan panas.
2. Masukkan bawang putih, biar seketika, kacau.
3. Masukkan pula bawang besar, biar seketika, kacau.
4. Kemudiaan masukkan hirisan cili, biarkan seketika, kacau. Masukkan hirisan tauhu, biarkan seketika, kacau.
5. Masukkan kubis, sawi, tauge, biarkan seketika, kaca urata.
6. Pecahkan telur, besarkan api, biarkan seketika dan kacau rata.
7. Kemudian masukkan campuran bawang, cili dan kacang dan kacau rata. Masukkan kicap pekatdan kacau lagi. Masukkan kicap cair dan kacau lagi.
8. Masukkan perahan limau kasturi dan kemudian masukkan nasi dan gaul sebati. 
9. Masukkan ayam goreng berempah ala mamak dan kacau sehingga rata. 
10. Sesuaikan rasa dan hidangkan panas-panas.

Nota : 
1. Mamak Biasanya akan Letak Serbuk perasa maggi. Kalau tak suka. Tak perlu letak.

2. Saiz hidangan untuk 1 orang 

Kredit resepi : Rasa facebook page

4. Resepi Nasi Goreng Ayam Paprik
nasi goreng ayam

Bahan-bahan (nasi goreng):
- 2 cawan nasi putih
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 ulas bawang kuning (dihiris)
- 2 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar pes tom yam
- 1/4 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit lada hitam kasar
- 1 sudu besar minyak

Bahan-bahan (paprik):
- Dada ayam (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 batang serai (dihiris)
- 1 biji cili merah
- 1/2 biji bawang kuning (dipotong dadu)
- 1/2 batang lobak merah (dihiris)
- 1/4 biji kubis bunga (dipotong)
- 2 batang kacang panjang (dipotong)
- 5 batang putik jagung (dipotong separuh)
- 5 biji oyster mushroom
- 1 biji tomato
- 1 sudu besar sos tomato
- Daun limau purut
- 1/4 cawan air
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar minyak

Bahan-bahan (topping):
- Telur goreng
- Daun ketumbar (dicincang)
Cara-cara:
1. Untuk nasi goreng, tumis bawang putih, bawang kuning, cili boh dan pes tom yam. Masukkan nasi dan gaul hingga rata. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Ketepikan.
2. Untuk paprik ayam pula, tumis bawang putih, serai, cili merah dan bawang kuning.
3. Masukkan dada ayam, lobak merah, kubis bunga, kacang panjang, putik jagung, oyster mushroom dan daun limau purut. Gaul.
4. Masukkan sos tomato dan air. Kemudian masukkan tomato. Gaul sebati.
5. Masukkan garam.
6. Hidangkan dengan telur goreng dan tabur daun ketumbar.
7. Nasi Goreng Paprik sudah siap!
Kredit resepi : says.com

5. Resepi Nasi Goreng Ayam Berempah 
nasi goreng ayam

Bahan - Bahan Perap Untuk Ayam 
Semangkuk isi ayam dipotong kecil
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit kunyit
1 sudu besar serbuk perasa maggi
Sedikit garam
2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung

Cara - Cara 
1. Campurkan ke semua bahan - bahan bersama ayam dan gaul rata.
2. Sekiranya agak pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu cair.

Bahan - Bahan Untuk Nasi Goreng
3 sudu minyak
Sebiji bawang besar dicincang halus
3 ulas bawang putih diketuk
5 biji cili api diketuk
Cili kisar nak kisar cili sendiri ataupun yang dah siap 3 - 4 sudu besar
4 sudu besar sos cili atau secukupnya
1 1/2 sudu besar sos tiram
Kicap secukup rasa
Pati ayam knorr
Garam dan gula
Sebiji telur
Sayur jika suka

Cara Masak Nasi Goreng 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan garam, gula dan pati ayam.
4. Biarkan hingga pecah minyak.
5. Tambah sedikit air.
6. Kemudian masukkan sos dan kicap.
7. Biarkan mendidih kecilkan api, tambah air jika nampak pekat.
8. Kemudian baru boleh masukkan sayur. Biar layu sikit.
9. Pecahkan telur dan baru masukkan nasi.
10. Goreng sampai nampak garing sikit.
11. Siap untuk dihidangkan bersama dengan ayam boreng berempah.

Nota : Kalau suka boleh masukkan terus ayam berempah kacau sekali goreng nasi.

Kredit resepi : Iluminasi.com

6. Resepi Nasi Goreng Ayam Simple
nasi goreng ayam

Bahan untuk Nasi:

  • 2 pinggan nasi sejuk
  • 5 biji cili api (ditumbuk)
  • ½ inci belacan
  • ½ labu bawang besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar Ikan bilis
  • 1 biji telur
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

  • 3 ketul potongan ayam
  • 1 biji telur
  • Tepung goreng ayam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk kari daging
  • garam secukupnya

Cara Untuk Ayam Goreng:

  1. Basuh ayam sebersihnya.Keringkan airnya dan masukkan ke dalam bekas
  2. Bancuh tepung goreng ayam dengan sedikit air suam.Campur bancuhan tepung dengan serbuk kunyit dan serbuk kari daging.
  3. Pecahkan sebijik telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Lumurkan ayam tadi dengan campuran tepung dan serbuk kunyit.
  5. Kemudian celupkan ayam yang sudah dibalut tepung tadi ke dalam telur.
  6. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga tenggelam.Gunakan api yang sederhana perlahan supaya ayam tidak hangit dan bahagian dalam masak sempurna.
  7. Setelah ayam masak,angkat dan toskan minyak yang berlebihan.
  8. Ketuk dan potong ayam ke dalam saiz yang dikehendaki.

Cara-cara masak nasi goreng:

  1. Masukkan minyak masak kedalam kuali, tumis bawang besar,cili dan bawang putih yang telah ditumbuk tadi.Kacau sehingga naik bau.
  2. Pecahkan telur kedalam kuali dan kacau sebati dengan bahan tumis.
  3. Masukkan ayam goreng yang telah dipotong tadi.
  4. Seterusnya masukkan nasi sambil dikacau lagi dan masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap manis. Kuatkan api dapur dan kacau nasi dengan cepat. Bila semuanya bercampur bolehlah matikan api dapur dan hidangkan bersama lauk-lauk lain.
Kredit resepi : resepimudah.com

Terima kasih buat yang berkongsi nasi goreng ayam resepi yang  simple dan sedap. Boleh lah cuba ya.

Baca juga  : Resepi Nasi Goreng Paling Simple Dan Mudah

1 Comments

  1. Nampak menarik dan sedap. Saya patut cuba untuk anak² saya.. pasti mereka sukakannya..terima kasih sis...😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post