Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual

Cara Mohon Rayuan Untuk Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online Dan Manual | Salam semua, akhirnya pembayaran fasa ketiga untuk Bantuan Sara Hidup ataupun BSH 2020 telah pun dibayar bagi yang terpilih bermula 24 Julai bulan lepas. Mana yang dah dapat tu syukur lah ada ramai lagi yang masih dalam proses memohon untuk rayuan. Bagi yang dah dapat, pembayaran dikreditkan terus ke akaun bank masing - masing.

Bagi yang tidak ada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) hingga 31 Disember 2020. Banyak masa dah tu kerajaan bagi. Ambillah peluang sebaik mungkin ya.

cara mohon rayuan bantuan sara hidup

Disebabkan masih ada lagi di luar sana yang layak tapi bila semak telah ditolak permohonan. Kalian boleh buat permohonan rayuan BSH  ya. Jangan risau, ada lagi cara lain tapi kena buat rayuan. Kerajaan bukan tak nak bagi, Bantuan Sara Hidup ini disasarkan kepada orang yang betul - betul layak.

Tempoh Permohonan Rayuan BSH 2020


Untuk tempoh permohonan rayuan bagi Bantuan Sara Hidup 2020, tarikh sudah mula dibuka pada 7 Ogos 2020 lagi hingga 6 September 2020. Tertakluk kepada pindaan

2 Cara Untuk Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 


Ada 2 cara untuk permohonan rayuan BSH 2020. Samaada melalui online ataupun kena hadir di mana - mana cawangan seperti sis nyatakan di bawah.

Pemohon perlu hadir di mana - mana cawangan seperti di bawah :

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN )
2. Pusat Khidmat Hasil  ( PKH )
3. Pusat Transformasi Bandar ( Urban Transformation Centre - UTC )

Senarai Alasan Kenapa BSH 2020 Tidak Lulus 


Banyak sebenarnya alasan kenapa BSH 2020 tidak lulus. Pemohon yang memohon sepatutnya berhati - hati semasa isi secara online takut tersalah maklumat ke apa kan.

Yang sis senarai di bawah ini adalah di antara alasan kenapa BSH 2020 tidak lulus.

1. Nama, Nombor pengenalan atau pun status kewarganegaraan pemohon berbeza dari semakan data Jabatan Pendaftaran Negara.
2. Pendapatan pemohon / pasangan melebihi RM 4,000.
3. Pemohon memiliki 2 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian.
4. Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.
5. Pasangan meninggal dunia
6. Anak meninggal dunia
7. Anak pemohon mempunyai pendapatan tinggi

Untuk senarai penuh kenapa permohonan BSH tidak lulus boleh klik link di bawah

Klik : Senarai Kod Tidak Lulus

Cara Untuk Mohon Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 Secara Online


Sebenarnya rayuan untuk memohon BSH 2020 secara online ini hanya pemohon yang berstatus  tidak lulus dengan kod - kod tertentu sahaja.

Permohonan rayuan BSH 2020 yang dibenarkan secara dalam talian adalah berdasarkan kod - kod tidak lulus seperti di bawah :

Selain daripada status tidak lulus berkenaan, rayuan untuk BSH 2020 perlu di buat di mana - mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Apa yang kalian perlu buat adalah :

1. Masuk ke laman web rasmi.
2. Klik pada Semakan Status Permohonan.
3. Masukkan nombor kad pengenalan.
4. Sekiranya permohonan tidak lulus, kat bawah tu ada tulisan dalam kotak "Alasan" untuk mengetahui status tidak lulus mengikut kod nombor.
5. Klik "Rayuan"sekiranya ingin membuat permohonan rayuan secara atas talian.

Senangkan nak mohon rayuan secara atas talian ni. Tapi kena ikut status kod yang ada.


Cara Untuk Mohon Rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 Di Cawangan LHDN 


Bagi pemohon yang mempunyai status kod tidak lulus selain daripada di atas, pemohon perlu hadir di mana - mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Sebelum hadir di mana - mana cawangan LHDN untuk berurusan, sangat penting untuk pemohon muat turun 2 borang seperti di bawah :

Sila klik : Muat Turun Borang Permohonan Rayuan BSH 2020

Sila klik : Muat Turun Borang Serahan Dokumen Sokongan BSH


Senarai Dokumen Sokongan Yang Perlu Di Bawa Semasa Tempoh Rayuan 


Antara senarai dokumen yang perlu di bawa adalah :

1. Salinan kad pengenalan
2. Salinan kad pengenalan pasangan
3. Surat status perkahwinan / Perceraian
4. Slip penyata gaji terkini

Dokumen sokongan yang perlu dibawa adalah berdasarkan kepada status kod tidak lulus
Untuk menyemak kod tidak lulus dan dokumen sokongan apa yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan, kalian boleh ke link ini seperti di bawah :

Klik >>> Kod Tidak Lulus Dan Dokumen Sokongan BSH 2020

Kalau ikutkan banyak dokumen sokongan yang perlu dibawa tetapi bergantung kepada status kod tidak lulus yang mana satu sebenarnya. Sila rujuk link yang sis bagi di atas ya. 

Jadual Kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup 


Bagi pemohon yang perlu berurusan di mana - mana cawangan LHDN, perlu dingatkan kaunter BSH tidak dibuka pada cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti negeri ( bagi negeri yang terlibat ) kecuali pada tarikh yang telah ditetapkan. Kiranya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kaunter dibuka tetapi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Untuk maklumat penuh bagi jadual kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup ini, boleh klik link di bawah

Klik  >>>  Jadual Kaunter Rayuan Bantuan Sara Hidup

Bagi cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis sehingga pukul 3:30 petang. 

Bagi PKH ( Pusat Khidmat Hasil ) yang tidak beroperasi selain daripada tarikh di dalam jadual tersebut, notis akan dipamerkan pada premis berkenaan. 

Untuk kaunter BSH di UTC, adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di kawasan tersebut.

Perlu diingatkan masa untuk pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan. Jangan lupa rujuk jadual seperti yang dah letak kat atas ya. 

Senarai Maklumat Yang Boleh Dihubungi : 


Dalam tempoh rayuan ini, jangan risau jika kalian nak tahu sebarang maklumat tentang permohonan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai rayuan untuk Bantuan Sara Hidup ini, pemohon boleh menghubungi

1. Hotline BSH LHDNM di 1-800-88-2747


Waktu operasi bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang

2. Hotline BSH MoF 

Talian Hotline : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Waktu operasi bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang

3. Emel 


Sekiranya nak berurusan dengan emel pun boleh. Emelnya adalah bsh@treasury.gov.my

4. Alamat 


Sekretariat BSH. Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Presint 2,
62592 WP Putrajaya

Diharapkan, untuk pemohon yang nak buat rayuan untuk bantuan sara hidup cepat - cepat bertindak ya. Masih ada masa lagi ni, Yang mana status tidak lulus dengan kod - kod yang tertentu, kalau yang boleh buat secara online lagi mudah. Yang tak boleh buat secara online memang kena pergi mana - mana cawangan yang telah ditetapkan.

Tapi sebelum tu kena muat turun borang permohonan yang ada seperti yang sis bagi tahu di atas. InsyaAllah  ikut syarat kelayakan BSH, ada rezeki,  dapatlah balik bayaran bantuan sara hidup 2020.


4 Comments

  1. tak mohon camana nk buat rayuan... hukhuk

    ReplyDelete
  2. tak lepas mohon sebab bujang dan syarat gaji xlepas..hukhuk sedih

    ReplyDelete
  3. tenkiu kak wani kongsi info..taktau la nak rayu ke tidak..pakwe kite macam dah tak nak je..kite usaha je la sendiri bekerja sekueknyo..hahahahah

    ReplyDelete
  4. nak mohon tp tahu dah tak layak haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post