Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 Hingga 33 ( Akhir )

Tonton Drama7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 Hingga 33 ( Akhir ) | Salam semua, akhirnya tamat sudah drama yang selalu disebut - sebut. Mana taknya, newsfeed sis kat facebook asyik keluar status drama ini jer. Dah tahu sangat mesti ramai peminat kan. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku yang telah ditayangkan pada tahun 2016.

Hebat tak hebatnya drama 7 hari Mencintaiku 2 ini, drama ini telah memberikan impak yang besar terutama dari segi emosi kepada penonton. Sis dah nampak sangat kalau status kat facebook tu berbaur macam - macam emosi. Sama jugak dengan musim pertama dulu. Kuat betul pengaruh drama ini.

Tonton online drama 7 hari mencintaiku 2

Dari episod 1 hingga episod 33 yang akhir, drama ini telah berjaya meraih hingga 12 juta tontonan. Bila dah mula trending di media sosial seperti twitter dan youtube. Lagi orang nak tonton drama ini hingga episod akhir.

Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 


Bagi yang masih tidak menonton drama ini, jom kita baca dulu apa sinopsis drama ini sebenarnya. Ya lah, kalau nak tonton drama pun sis memang kena ambil tahu jugak apa sinopsis drama ni.

Walaupun ada watak yang dah bertukar tapi jalan cerita untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini tetap memberi kepuasan kepada penonton.

Mia Adrina yang dilakonkan oleh Siti Saleha dan suaminya Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya. Pasangan suami isteri ini melayari rumah tangga yang bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan cahaya mata yang kedua.

Rumah tangga mereka diuji apabila Puan Hayati yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid  dan adiknya Dato Johari yang dilakonkan oleh Shaharuddin Thamby kembali dengan dendam mereka.

Mia pula telah hilang hormat dengan Pak Samad yang dilakonkan oleh Kazar Saisi, Mak Leha yang dilakonkan oleh Liza Abdullah telah mula membenci Mia.

Baca : Gambar Majlis Akad Nikah Mira Filzah Dan Wan Emir

Pelbagai masalah mula timbul dalam keluarga Pak Samad. Dalam tengah kemelut yang melanda, hadirnya Nurul Ain yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan. Mak Leha memang berkenankan sangat dengan Nurul. Helmi pula cuba menyedarkan ibunya tentang agenda tersembunyi Nurul Ain.

Lupa pula, yang watak Nadia putus tunang dengan Dr Zaidi. Helmi pula bercerai dengan Sofi. Khuzairi pula rasa tercabar dengan kemelut rumah tangganya lagi.

Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 


Pelakon Utama


Di bawah ini adalah senarai pelakon untuk watak utama dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
  • Siti Saleha sebagai Mia Adrina 
  • Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
  • Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia
  • Syazwan Zulkifly sebagai Helmi 
  • Jaja lliyes sebagai Nadia
  • Bil Azali sebagai Zaidi 
  • Liza Abdullah sebagai Mak Leha
  • Kazar Saisi sebagai Pak Samad

Pelakon Pembantu 

Manakala untuk pelakon pembantu bagi drama ini adalah : 

  • Jasmin Hamid - Puan Hayati 
  • Wafariena Roslan - Nurul Ain 
  • Faye Kusairi - Syakila
  • Shaharuddin Thamby - Dato' Johari 
  • Idris Md Diah - Pak Andak 
  • Anne Abdullah - Mak Andak 
  • Dhia Irdina - Alisa Ariana
  • Puteri Rafasya - Harlina 
  • Sean Lee - Adam 
  • Syaffiq Sahli - Jali 
  • Razzuan Rosli - Fariz 
  • Shamielya - Azura 
  • Shahidan Izwan - Sharif 
  • Amelia Christie Lim - Rafidah 
  • Fadilah Mansor - Emak Nurul Ain
Tak kurang hebat pelakon - pelakon semua kan.

Tonton Drama7 Hari Mencintaiku Episod 1 Hingga 33 ( Akhir ) 


Rata - ratanya ramai yang berpuas hati dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2. Sis baca komen mana - mana pun ramai yang memberi komen yang positif. Mungkin disebabkan drama ini adalah sebuah kisah hubungan kekeluargaan ditambah dengan konflik antara dua keluarga. 

Buat yang masih nak menonton drama ini, sekarang ini, kalian boleh tonton episod penuh percuma dan ekslusif di iq.com. Sis pun baru tahu bila ramai yang pakat up di status facebook. Lagi mudah nak menonton nya dan kalau nak mudah lagi kalian muat turun aplikasi iQIYI dan boleh menonton di mana jua.

Tonton Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Percuma Di iQIYI 


Tonton online drama 7 hari mencintaiku 2

Sis pun pertama kali masuk laman web iq.com. Banyak drama - drama menarik rupanya. Baru sis tahu yang drama 7 Hari Mencintaiku dah masuk carta ranking nombor 1.

Bagi setiap episod drama 7 Hari Mencintaiku 2 boleh tonton di iq.com

Lagu Tema OST Drama 7 Hari Mencintaiku 2 

Lagu tema untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini telah dinyanyikan oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza. Tajuk lagu ini adalah "Aku Bidadari Syurgamu".

Lirik Lagu Aku Bidadari Syurgamu 


Takdir kita t'lah bersatu
Kerna keangkuhan
Ku pinggir kasihmu
Kini baru ku sedari
Abadinya cinta
Hingga akhir nafasku
Walau kau ku sayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maaf ku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia
Tuhan jiwaku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh, biarlah aku
Pendam tangis di hati
Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati ku 'kan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu
Hoo-oo
Haa-aa
Walau kau ku sayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maaf ku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia
Tuhan jiwaku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh, biarlah aku
Pendam tangis di hati
Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati ku 'kan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu

Drama ini rasanya ramai yang dah tahu daripada novel yang bertajuk 7 Hari Mencintaiku 2. Penulis buku ini adalah Siti Rosmizah. Ke ramai yang dah beli novel tu. 

Yang mana nak tonton secara percuma, jemput lah tonton di iQYI secara percuma. Salah satu cara nak tengok drama melayu. Dari Episod 1 hingga Episod 33 ke semuanya boleh tonton.

Walaupun drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini sudah tamat, namun ramai peminat menantikan takut ada yang musim ketiga. Mana lah tahu kan takut ada kejutan. 

Kredit Info 
Wikipedia









Post a Comment

Previous Post Next Post