-->

Tuesday, 29 September 2020

author photo

Cara Mohon Dan Semak Untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 | Salam semua, baru - baru ini kita dikejutkan dengan perutusan khas dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kali ini ada berita baik sekali lagi untuk seluruh rakyat Malaysia. Apa lagi sis pun cari info BPN nak tahu lebih lanjut lagi.


Prihatin sungguh Perdana Menteri kita ni kan. Kalau dulu rakyat Malaysia sudah terima duit untuk Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini. Kali ini yang terbaru, kerajaan umumkan pula untuk Bantuan Prihatin 2.0.


Mohon dan semak bantuan prihatin nasional 2.0


Ya lah negara kita masih lagi berjuang untuk melawan wabak Covid. Jadi dengan Bantuan Prihatin 2.0 ini dapat meringankan beban kami semua ni.


Yang mana dah lulus Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini mesti rasa terlebih gembira sebab akan dapat yang BPN 2.0 pulak. Syukur Alhamdulillah. 


Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Untuk Golongan B40 Dan M40

Bagi yang masih ketinggalan apa yang Perdana Menteri kita umumkan baru - baru ini, Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah tambahan bantuan kewangan dalam pakej " Kita Prihatin".

Dengan adanya Bantuan Prhatin Nasional 2.0 ini, ia dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan terutamanya kepada individu atau perniagaannya yang terjejas pendapatannya akibat wabak Covid.

Mohon dan semak bantuan prihatin nasional 2.0


Bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini, semuanya dapat merasa, dari segi keluarga, individu dan tidak terkecuali yang terjejas perniagaannya. 

Lupa pulak sis nak bagi tahu yang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7 bilion dengan sasaran 10.6 juta penerima rakyat Malaysia. 

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2. 0 untuk B40 dan M40 adalah seperti di bawah : 

1. RM 1000 kepada 3.7 juta isi rumah B40
2. RM 500 kepada 3.8 juta kumpuan B40 bujang 
3. RM 600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40
4. RM 300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang 

Cara Mohon Dan Semak Untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 

Sis pasti ramai tertanya balik kan, adakah kena mohon semula kalau nak Bantuan Prihatin Nasional 2.0. 

Untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0, tiada permohonan baru yang perlu dibuat. Kerajaan akan menyalurkan terus bantuan kepada 10.6 juta penerima yang telah lulus di bawah portal BPN sebelum ini.

Bagi mereka yang layak tapi tidak pernah menerima BPN, kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan buat untuk permohonan baru bantuan prihatin. Jadi, yang mana tak pernah dapat dulu cuba mohon balik. Mana tahu ada rezeki kan. 

Untuk semak samaada permohonan yang dibuat lulus atau tidak menerima BPN 2.0, kalian boleh semak di portal rasmi BPN mulai 15 Oktober 2020.

Geran Khas Prihatin 2.0 Untuk Usahawan Dibuka Semula  

Mohon dan semak bantuan prihatin nasional 2.0


Dulu dengar ramai yang mengeluh sebab tak dapat Geran Khas Prihatin bagi orang yang ada bisnes. Masih ramai lagi orang yang ada bisnes terjejas akibat wabak Covid.

Kali ini kerajaan akan buka balik Geran Khas Prihatin 2.0 khususnya untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ). 

Kiranya boleh tarik nafas lega sikit bila permohonan dibuka semula kan. Yang pernah mohon dulu tapi tak dapat boleh buat permohonan semula.

Siapa yang layak akan dapat bantuan sebanyak RM 3000 untuk setiap peniaga mikro. 

Permohonan baru Geran Khas Prihatin ini akan dibuka semula bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober. Tapi ada syarat -syarat untuk memohon Geran Khas Prihatin 2.0. Untuk anda yang ingin memohon boleh baca syarat- syarat untuk Geran Khas Prihatin


Untuk maklumat lanjut yang lain tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0, kalian boleh rujuk di Portal Rasmi dan juga di Portal Malaysia




1 komentar:

avatar
Amie delete 29 September 2020 at 17:02

Alhamdulillah. Ada sahaja saluran untuk memohon bantuan. Moga kebajikan rakyat terus terpelihara.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang