Tonton Drama Kerana Dia Manusia Biasa Episod 1 Hingga Episod 15 ( Akhir )

Tonton Drama Kerana Dia Manusia Biasa Episod 1 Hingga Episod 15 ( Akhir ) | Salam semua, Drama Kerana Dia Manusia Biasa pernah ditayangkan di slot Samarinda TV3 pada tahun lepas. Tapi sis perasan, macam drama ni naik ranking pulak di youtube.


Mesti ramai yang marathon balik drama ni.Ya lah, sekarang tengah tayang drama Bicara Cinta lakonan Emma Maembong di TV3. Jalan cerita drama ini menarik, nanti korang baca sinopsis kat bawah ya. 


Drama Kerana Dia Manusia Biasa


Drama Kerana Dia Manusia Biasa diadaptasi dari novel Kerana Dia Manusia Biasa hasil karya novelis Wan Nur Najihah. Drama Kerana Dia Manusia Biasa ini sebanyak 15 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman.


Info Drama Kerana Dia Manusia Biasa

  • Bilangan Episod : 15 episod
  • Tarikh Tayangan : 24 Julai 2019
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis pada pukul 10:00 malam
  • Siatan TV : Slot Samarinda TV3
  • Penulis Novel : Wan Nur Najihah
  • Penulis Skrip : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
  • Pengarah : Idora Abdul Rahman
  • Produksi : Global Station Sdn Bhd
  • Pelakon : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Shafira Edora, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa Dan Watak 

  • Syukri Yahaya sebagai Tengku Shamil
  • Emma Maembong sebagai Nurin Aira
  • Afifah Nasir sebagai Tengku Shakira
  • Atikah Suhaime sebagai Tengku Aura
  • Zera Hariz sebagai Najwa
  • Sasqia Dahuri sebagai Nora / Yasmin
  • Husna Mustaffa sebagai Nur Aisyah
  • Aleza Shadan sebagai Datin Nur Kalsom
  • Mimi Ernida sebagai Suraya
  • Ku Zara Eryna sebagai Alia
  • Dhia Ly sebagai Dania
  • Abbas Mahmood sebagai Nazim
  • Ali Reza sebagai Zarul
  • Azwan Kombos sebagai Syed Ilham
  • Afzan A.Rahman sebagai Dr Haikal
  • Aishah Atan sebagai Mak Cik Halimah

Sinopsis Penuh Drama Kerana Dia Manusia Biasa 

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda juga, Nurin Aira telah memikul tanggungjawab apabila Nora (Sasqia Dahuri), kakak angkatnya meninggalkan seorang bayi bernama Alia kepadanya.

Nora berjanji untuk mengambil Alia semula apabila masalahnya selesai. Malangnya, lima tahun berlalu dan Nora tidak juga muncul. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang bagaikan darah dagingnya sendiri.

Kehilangan Aisyah, membuatkan jiwa Tengku Shamil Zaquan beku untuk mencintai insan lain. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. Tengku Shamil yang ingin lari dari desakan keluarga dan juga kerana mempunyai agenda tersendiri, dia dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan Aisyah.

Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah seorang perempuan murahan.

Setelah berkahwin, Nurin tidak tinggal sebumbung tetapi dia terpaksa berpindah tinggal sebumbung dengan Tengku Shamil, atas desakan ibu mertuanya. Hidup Nurin Aira bagaikan digantung tidak bertali.

Emosinya terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya.

Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira?

Sinopsis Novel Kerana Dia Manusia Biasa 

Drama Kerana Dia Manusia Biasa

Novel Kerana Dia Manusia Biasa ada jual kat Shopee. Ramai pulak seller yang jual. Mudahnya nak beli novel sekarang ni kan. Ingat dulu - dulu nak cari novel mesti pergi kedai buku. Ok lah, ini sinopsis Novel Kerana Dia Manusia Biasa. 

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia.

Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya.

Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje.

Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya.

Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

“Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil

Baca : Tonton Drama Bukan Kahwin Paksa Episod 1 Hingga 13 ( Akhir )


Lirik Lagu Leraikan OST Drama Kerana Dia Manusia Biasa 

Untuk lagu tema bagi drama ini adalah nyanyian dari Black yang berjudul Leraikan. 

Jiwa ku termenung
Terima peristiwa kita
Tentang kau dengan dia

Ada saja yang tak kena
Peritnya perhubungan kita
Ku tak sanggup lagi untuk bersama
Biarlah aku yang tersiksa

Kau tahu aku tahu segala gala
Sedangkan kau berpura bermain cinta
Akhirnya aku sengsara

Leraikan segala aku tidak rela
Menjadi setia untuk cinta kita

Biarku disini merawat luka ku ini
Untuk ku terus berdiri di dunia ini

Kau tahu aku tahu segala gala
Akhirnya aku sengsara

Leraikan segala aku tidak rela
Menjadi setia untuk cinta kita
Biarku disini merawat luka ku ini
Untuk ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan segala aku tidak rela
Menjadi setia untuk cinta kita
Biarku disini merawat luka ku ini
Untuk ku terus berdiri di dunia ini

Leraikan segala aku tidak rela
Menjadi setia untuk cinta kita

Kredit :

 1. myinfotaip.com 

2. Drama Sangat Official Youtube Channel 

Post a Comment

Previous Post Next Post