Lirik Lagu Siapa Tak Mahu Dan Official Music Video Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Siapa Tak Mahu Dan Official Music Video Dato Sri Siti Nurhaliza | Salam semua, sejak official music video  terbaru dari Dato Sri Siti Nurhaliza telah dilancarkan baru - baru ini, video muzik Siapa Tak Mahu dah cecah 1 Juta views. Macam tak percaya. Viral sungguh dah lagu ni. Rasa tak lama nanti trending kat youtube. Sebenarnya sis pun kebetulan, buka youtube nampak tajuk lagu sebab memang dah lama subscribe channel youtube rasmi Siti Nurhaliza. Sekali dah tonton, wow lain dari yang lain video muziknya. Selepas tu,  berulang kali dengar. Itu yang tak menahan.


Lirik lagu siapa tak mahu Dato Sri Siti Nurhaliza

Kemunculan Mira Filzah dan Hun Haqeem menjadi tarikan dalam kelainan video muzik Siapa Tak Mahu. Ok lah, sis memang jarang nak kongsi lirik lagu kat blog. Tapi bila penyanyi kesayangan Siti Nurhaliza yang nyanyi. Tak apa lah sis kongsi kat sini. Ramai peminat dah lama tertunggu video muzik terbaru Siti Nurhaliza kan. 


Nak hasilkan video muzik macam ni bukan mudah. Nampak 3 minit lebih video nya. 


Lirik Lagu Siapa Tak Mahu 


Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang

Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

(Chorus)
Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan

Salah faham
Jangan diundang
Luahkan kata
Jujurlah caranya

Tanya sama hati, apalah yang dicari
Nanti jawab hati, hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu

Bulat air kerana pembentung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu di setiap waktu


Official Music Video Siapa Tak Mahu 


                                       

Sis perasan ramai youtuber dari dalam dan luar negara buat video reaction bila dengar lagu Siapa Tak Mahu. Rata - ratanya ramai yang bagi komen positif. Salah satunya bila sis tonton video reaction dari Clevy.

Siap menangis bila dia dapat tahu yang Tok Ti dah up video yang dia buat reaction di instagram CTDK. Itu yang sis tengok kat channel youtube dia lah. 


Post a Comment

Previous Post Next Post