Tonton Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda TV3 Episod 1 Hingga 15 ( Akhir )

Tonton Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda TV3 Episod 1 Hingga 15 | Salam semua, drama Hati Yang Tersakiti, drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang menggantikan drama Bicara Cinta. Drama Hati Yang Tersakiti sebanyak 15 episod ke semuanya. Drama Hati Yang Tersakiti ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan ramai lagi pelakon lain. 


Drama Hati Yang Tersakiti

Info Drama Hati Yang Tersakiti 

  • Tarikh Tayangan : 15 September 2020 pada pukul 10 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Bilangan Episod : 15 Episod 
  • Karya : Shida Zali
  • Penulis Skrip : Azril Hamzah
  • Pengarah : Feroz Kader
  • Produksi : Art Ornament Sdn Bhd
  • Pelakon : Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad, Rahim Jailani, Sharifah Anthash

Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti Dan Watak 

  • Remy Ishak sebagai Haris
  • Nad Zainal sebagai Mona
  • Mimi Lana sebagai Farah Azira
  • Riz Amin sebagai Adrian
  • Husna Mustaffa sebagai Nina
  • Meor Mohd sebagai Ihsan
  • Fad Anuar sebagai Latif
  • Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah


Sinopsis Penuh Drama Hati Yang Tersakiti 


Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.

Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi.

Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan.

Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu.

Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.

Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya.

Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Tonton Drama Hati Yang Tersakiti Episod 1 Hingga 15 


Drama Hati Yang Tersakiti, korang boleh tonton percuma di viu.com. Klik link di bawah ya untuk tonton setiap episod. Untuk episod yang seterusnya nanti sis kemas kini ya. 

Hati Yang Tersakiti Episod 1


Hati Yang Tersakiti Episod 2


Hati Yang Tersakiti Episod 3


Hati Yang Tersakiti Episod 4


Hati Yang Tersakiti Episod 5


Hati Yang Tersakiti Episod 6


Hati Yang Tersakiti Episod 7


Hati Yang Tersakiti Episod 8


Hati Yang Tersakiti Episod 9


Hati Yang Tersakiti Episod 10


Hati Yang Tersakiti Episod 11


Hati Yang Tersakiti Episod 12


Hati Yang Tersakiti Episod 13


Hati Yang Tersakiti episod 14


Hati Yang Tersakiti Episod 15


Tamat sudah drama Hati Yang Tersakiti. 

Kredit : 
1. budiey.com
2. myinfotaip.com


















1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post