-->

Sunday, 11 October 2020

author photo

Review Jus Dara Vogue Dengan 12 Ramuan Terpilih Untuk Wanita | Salam semua, orang perempuan ni kalau sebut jer jamu memang tak dapat dipisahkan kan. Siapa setuju tu ?. Orang tua dulu - dulu pun makan jamu jugak nak jaga badan kan. Sampai siap berpesan - pesan tak kira anak perempuan atau menantu perempuan. 


Jus dara vogue


Baru - baru ini sis ada cuba Jus Dara Vogue keluaran Tejja Herbs. Yang ini kes tertonton dekat TV Al Hijrah bawah slot Assalam Biz rancangan Assalamualaikum. Bila dengar kandungan bahan dalam Jus Dara Vogue dan kelebihannya tu macam menarik untuk dicuba. 


Harga Jus Dara Vogue 

Kalau kita dengar jus dara ni orang akan kata jus dara hanya untuk wanita yang dah kahwin. Tapi anak dara pun boleh minum juga ya.


Bukan untuk wanita yang dah kahwin jer yang nak jaga kesihatan dalaman. Anak dara pun nak jaga kesihatan dalaman jugak.


Jadi, harganya berapa untuk sekotak ? Dalam satu kotak ini ada dalam 15 paket dan harga untuk sekotak tak ada lah mahal sangat dalam RM 49. 


Kandungan Bahan Yang Terdapat Dalam Jus Dara Vogue 


Sebenarnya, sis tertarik dengan kandungan bahan yang terdapat dalam Jus Dara Vogue ni. Di antara bahan yang terdapat dalam setiap satu paket Jus Dara Vogue adalah : 
  • Madu
  • Delima 
  • Kurma 
  • Kacip Fatimah 
  • Epal 
  • Manjakani 
  • Akar Serapat 
  • Sireh 
  • Pegaga 
  • Kunyit Hitam
  • Vitamin C
  • Lobata

Review Jus Dara Vogue 

Pertama kali sis tengok jus dalam bentuk paket yang mudah nak bawa ini memang mudah sangat. Sebab dah dalam paket kan. Cara minum Jus Dara Vogue ni pun mudah jer, hanya guna jari koyakkan bahagian atas sikit. Kalau nak guna gunting pun boleh juga. Minum terus tak payah nak bancuh - bancuh dah. 

Jus dara vogue

Sis sebenarnya susah nak telan jamu - jamu ni sebab dah tahu jamu ni kadang- kadang rasanya pahit. Tapi bila tahu yang jamu sebenarnya baik untuk dalaman wanita. Itu yang nak cuba Jus Dara Vogue. 

Dalam kandungan bahan Jus Dara Vogue salah satunya ada delima. Seperti yang sis katakan tadi, ingatkan jus ni macam pahit, sebab buah delima ni memang rasa kelat jugak kan dan ada herba - herba lain tu. 

Tapi bila minum tu tak ada pula rasa pahit. Rasa Jus Dara Vogue ni manis - manis buah. Bau herba tu biasa lah kan ada herba seperti kacip fatimah, akar serapat, manjakani semua tu. Apapun dari segi rasa sedap. 

Boleh lah amalkan selalu untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Biasalah kita orang perempuan ni kan cepat penat badan satu hal dah. Bila  minum Jus Dara Vogue, ia dapat membantu memulihkan tenaga kita. Jadi, sis syorkan sangat kepada wanita di luar sana cuba amalkan minum Jus Dara Vogue ni. 


Cara Pengambilan Jus Dara Vogue 

Oh ya sebelum terlupa, Jus Dara Vogue ini boleh diambil pagi dan malam. Jadi, sehari 2 kali paket yang kena minum ya. 

Jus dara vogue

Konsisten minum pagi dan malam nanti lama - lama akan nampak apa perubahan pada diri masing - masing. 

Jus Dara Vogue ini sesuai untuk wanita yang dah kahwin, gadis yang belum kahwin, ibu menyusu pun boleh juga minum. 


Pencarian Agen Dan Dropship 

Sebenarnya, ada berita baik untuk korang yang nak berjinak - jinak dalam bisnes. Ya lah keadaan ekonomi sekarang memang memaksa kita untuk buat duit sampingan kan.

Bila dah ada peluang depan mata ni, jadi apa salah nya untuk cuba kan. 

Jus dara vogue

Untuk pengetahuan korang semua, Jus Dara Vogue team sedang mencari agen dan dropship untuk sama - sama berkongsi rezeki. Jadi, kalau korang berminat nak join nak jadi agen dan dropshipper boleh hubungi team Jus Dara Vogue. 

Untuk maklumat lanjut tentang Jus Dara Vogue ini, boleh klik pautan link  di bawah : 

Facebook  |  Instagram  | Laman Web














1 komentar:

avatar
Amie delete 11 October 2020 at 18:00

Bagus jus minuman kesihatan ni.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang