-->

Saturday, 10 October 2020

author photo

Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) Di Astro Ria | Salam semua, drama terbaru yang ditayangkan di bawah slot Mega Drama di Astro Ria. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini merupakan drama adaptasi dari novel Perempuan Tanpa Dosa hasil karya novelis Fatinilam Sari Ahmad. Drama ini dibintangi pleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan ramai lagi pelakon lain.


Drama Perempuan Tanpa Dosa

Drama ini di bawah arahan Michael Ang. Kalau korang nak tonton, boleh tonton di Astro Ria. 


Info Drama Perempuan Tanpa Dosa 

  • Bilangan Episod : 28
  • Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2020
  • Hari Dan Masa  : Isnin hingga Khamis pada pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Mega Drama (Astro Ria & Ria HD)
  • Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Fazreen Farouuk
  • Penulis Novel : Fatinilam Sari Ahmad
  • Pengarah : Michael Ang
  • Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
  • Pelakon : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin,


Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa Dan Watak 

  • Kamal Adli sebagai Rizal
  • Uqasha Senrose sebagai Lily
  • Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
  • Yusuf Bahrin sebagai Rahman
  • Hilal Azman sebagai Datuk Majid
  • Shaza Bae sebagai Yaya
  • Zac Zaky sebagai Eddie
  • Azza Elite sebagai Kak Shah

Sinopsis Penuh Drama Perempuan Tanpa Dosa 

Demi maruah, Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily dengan Rizal dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.

Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. 

Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah. Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. 

Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman. 

Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?


Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa

Bila drama dari adaptasi novel ini, sudah tentu novel Perempuan Tanpa Dosa ini ada jual. Selalunya sis tengok kat Shopee banyak jual novel - novel online. Salah satu kedai online kat Shopee yang jual novel online ini di "Shopping Mall Novel. Ini sinopsis untuk dari novel Perempuan Tanpa Dosa. 

Drama perempuan tanpa dosa

LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya.

Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. 

“Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID 

Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu.

Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup. 

Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. 

Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. 

Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. 

“Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL. 

Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?


Tonton Drama Perempuan Tanpa Dosa Episod 1 Hingga 28 ( Akhir ) 

Bagi yang tak sempat menonton, jangan risau, korang boleh tonton sini. 

Perempuan Tanpa Dosa Episod 1


Perempuan Tanpa Dosa Episod 2


Perempuan Tanpa Dosa Episod 3


Perempuan Tanpa Dosa Episod 4


Perempuan Tanpa Dosa Episod 5


Perempuan Tanpa Dosa Episod 6


Perempuan Tanpa Dosa Episod 7


Perempuan Tanpa Dosa Episod 8


Perempuan Tanpa Dosa Episod 9


Perempuan Tanpa Dosa Episod 10


Perempuan Tanpa Dosa Episod 11


Perempuan Tanpa Dosa Episod 12



Untuk episod seterusnya, nantikan sis update ya. 


Kredit : 
1. myinfotaip.com 

This post have 2 komentar

avatar
Unknown delete 22 October 2020 at 22:19

Hi.. how to join your telegram sis ☺

Reply
avatar
Wani Sukarno delete 23 October 2020 at 10:24

click link atas tu dan kalau online guna phone memang akan terus ke group telegram and then click join jer untuk group tu dulu baru boleh tengok drama :)

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang