Tonton Drama Dia Bidadari Dari Syurga Episod 1 Hingga 20 ( Akhir ) Di TV Okey

Sinopsis Drama Dia Bidadari Dari Syurga Episod 1 Hingga 20 ( Akhir ) Di TV Okey | Salam semua, satu lagi drama terbaru di TV Okey ( Astro 146 / myfreeview 110 ). Drama ini diadaptasi dari novel Dia Bidadari Syurga hasil dari novelis Syamnuriezmil. TV Okey pun banyak juga drama menarik sebenarnya. Drama yang mempunyai 20 episod ini telah mula ditayangkan setiap hari pada pukul 10 malam. 

Drama dia bidadari dari syurga

Kredit gambar : Instagram tv_okey


Selain pelakon utama Halim Radzi, dan Sharifah Husna, ia turut dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Mahmud Ali Bashah, Julia Farhana, Shahkimin, Dayana Roza, Nora Lunia, Syaffiq Sahli, Ady Fakhruddin, dan Nurul Iman.


Info Drama Dia Bidadari Dari Syurga 

  • Bilangan Episod : 20
  • Tarikh Tayangan: 23 Oktober 2020
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Ahad pada pukul 10:00 malam
  • Siaran TV: TV Okey (RTM)
  • Penulis Skrip : PGRs Team, Aina Hannez, Riqmal EG
  • Pengarah: Izzman Hafiz
  • Produksi: Sazawan Supply Sdn Bhd
  • Pelakon: Halim Radzi, Sharifah Husna, Julia Farhana, Dayana Roza, Shahkimin, Mahmud Ali Bashah, Syaffiq Sahli, Hafidz Roshdi, Aryan Naim, Nora Lunia, Ady Fakhruddin, Nurul Iman


Pelakon Drama Dia Bidadari Dari Syurga Dan Watak

  • Halim Radzi sebagai Naqib Zakuan
  • Sharifah Husna sebagai Marissa Aisya
  • Julia Farhana sebagai Maisarah
  • Shahkimin sebagai Ikhwan Radzi
  • Hafidz Roshdi sebagai Raff
  • Aryan Naim sebagai Riff
  • Nora Lunia sebagai Julia

Sinopsis Penuh Drama Dia Bidadari Dari Syurga

Drama ini mengisahkan watak gadis cantik bernama Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady di syarikat bapanya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat, kerana hanya bapanya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia.

Malangnya di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat bapanya.

Zakuan yang baru putus cinta dengan Maisarah, mula meletakkan perempuan semuanya sama sahaja. Namun beliau sudah berjanji dengan ibunya untuk membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani pada minggu itu.

Untuk menyelamatkan keadaan ketika itu, Marissa terpaksa dijadikan kambing hitam untuk tidak mengecewakan ibu Zakuan.

Selepas diugut, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan. Namun Marissa akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana tidak mahu memberi harapan palsu kepada ibu Zakuan yang dia telah dijodohkan dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati kerana beliau telah jatuh hati kepada Marissa.

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Tonton Drama Dia Bidadari Dari Syurga Episod 1 Hingga 20 ( Akhir ) 

Buat yang terlepas untuk menonton di TV, sebenarnya korang boleh tonton di my klik. Tapi tak apa, sis dah bagi link kat sini. Sila klik link di bawah ya. 

Drama Dia Bidadari Dari Syurga Episod 1 Hingga 20 ( Akhir )

Kalau korang tidak sempat nak menonton di TV, boleh tonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Drama ini juga boleh ditonton melalui rtm mobile. Korang boleh muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. Senang dah sekarang, semua di hujung jari. 

Kredit 
1. rtm.gov.my
2. myinfotaip.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post