Tonton Telefilem Iman Hakiki Di Astro Oasis

Tonton Telefilem Iman Hakiki Di Astro Oasis | Salam semua, sempena bulan maulidur rasul, banyak program menarik dekat TV rupanya. Sis pun terlepas pandang. Telefilem Iman Hakiki salah satunya yang diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi, Rashid Sibir. Telefilem ini telah ditayankan pada hari Khamis lepas pukul 10 pagi. Harap Astro Gempak ada upload di youtube channel, sebab sis pun memang tak tertonton. Tertengok masa tengah scroll di youtube, nampak tayangan perdana dalam masa 20 minit lebih jer. 

Tonton Telefilem Iman Hakiki di astro oasis

Kredit gambar : Google

Bagi sis jalan cerita dah nampak menarik, lama tak layan cerita yang islamik macam ni. Ada mesej yang nak disampaikan ditambah lagi dengan situasi semasa yang berlaku terutamanya di masjid. Sebenarnya sis kagum tengok Datuk Rahim Razali dan Ruminah Sidek, berlakon walaupun di usia yang telah meningkat.  

PU Azman pulak bawa watak yang berbeza sikit. Bilal yang sombong. Macam menjadi lakonan PU Azman tu. Harap ada ulangan Iman Hakiki ni tapi tak tahu bila. 

Info Telefilem Iman Hakiki 

  • Waktu Siaran : 29 Oktober 2020 hari Khamis pada pukul 10:00 pagi
  • Siaran TV: Astro Oasis 126 & Oasis HD 105
  • Penulis Skrip: Team Opera Klasik, Rashid Sibir, Basri Musa, Nora Sham
  • Pengarah : Rashid Sibir
  • Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd
  • Pelakon : Hisyam Hamid (Iman), PU Azman (Bilal Kamal), Datuk Rahim Razali (Tok Mahat), Zaidi Omar (Pak Daud), Atita Haris (Maimunah), Ruminah Sidek (Nek Teh), Rashid Sibir (Yus), Aishah Sudin (Mak Sal).

Sinopsis Telefilem Iman Hakiki 

Iman seorang musafir yang disalah erti cuba menunjuk pandai dan mencampuri urusan masjid. Bilal yang bercita-cita menjadi pengganti imam masjid menjadi riak dengan jawatannya dan tidak suka pada Iman.

Iman mahu mengimarahkan masjid tetapi Bilal mahu menutup masjid setiap kali lepas solat. Pertentangan pendapat ini membuatkan Bilal rasa tercabar sedangkan Iman hanya mahu mengimarahkan masjid seperti zaman Nabi Muhammad SAW.

Dihiasi siang dan malam dengan ayat Al-Quran zikir dan segala aktiviti agama. Berjayakah Iman Hakiki?


Tayangan Perdana Iman Hakiki, Istimewa Sempena Maulidur Rasul 



Post a Comment

Previous Post Next Post