-->

Wednesday, 28 October 2020

author photo

Apa Maksud Totey Dan Sinopsis Mael Totey The Movie Di Astro First | Salam semua, sejak sis tengok trailer Mael Totey The Movie di facebook page Astro Shaw, wah macam gempak jer filem pertama arahan Syahmi Sazli ni. Sis sendiri pun tak sangka jugak yang selebriti youtuber ini akhirnya berjaya mengarahkan filem pertamanya. Siapa sangka Mael Totey The Movie ini pecah panggung di Astro First. Untuk hari pertama saja hampir mencecah RM 700K. 


Mael totey the movie di astro first


Ini pun sis ternampak di facebook page rasmi Astro Shaw yang umumkan. Tak pernah buat mana - mana youtuber kan, dari video pendek menjadi satu filem. 

Siapa yang mengikuti video -video pendek di saluran youtube Syahmi Sazli mesti dah biasa dengan pelakon - pelakon insan istimewa. Bukan mudah rasanya nak mengarah lebih lagi dekat pelakon - pelakon istimewa ini. Ramai lagi pelakon - pelakon lama dan baru yang turut sama berlakon dalam Mael Totey The Movie. 


Info Mael Totey The Movie 

  • Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2020
  • Siaran TV: Astro First saluran 480
  • Pengarah: Syahmi Sazli
  • Produksi: Syahmi Sazli Production
  • Pelakon : Syahmi Sazli, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Asif Suhaimi, Yoe Parey, Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff

Maksud Totey Dalam Bahasa Kelantan 

Mesti ramai yang tertanya apa maksud "Totey" kan. Sis sendiri pun jarang nak dengar sebenarnya. Nama anak jati Kelantan pun tapi rasanya dialek Kelantan yang pekat sangat pun sis ada jugak tak faham. Jangan gelak eh. Sebab kurang guna dalam percakapan seharian sebenarnya juga tu.

Tapi bila sis buat carian di google , terjumpa di satu laman web. Ada penjelasan dari pengarah Syahmi Sazli Mael Totey The Movie apa maksud Totey di instagram rasmi beliau . Totey bukan perkataan tak elok. 

Bila sis tanya bonda, dulu - dulu ada pernah dengar. Dan dia cakap sendiri orang Kelantan ni biasanya suka ada gelaran untuk nama - nama yang dipanggil. Contoh lah sis bagi ya, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Sebab bonda sis pun bagi contoh saja. 

Kalau kat kampung bonda memang banyak gelaran yang diberi dekat orang kampung. Contoh lah Mamat cirik tu Mamat tubuh badan dia kecil tapi cergas tak padan dengan badan kecik. Cirik tu maksudnya cengkerik. Pernah tengok cengkerik, dulu dulu budak buat main jer cengkerik tapi bukan senang nak tangkap cengkerik tu. Lagi satu, Mamat tunggul buluh tu mamat pendek. 

Biasanya gelaran - gelaran yang diberi kalau bercerita sesama orang kampung, jadi orang kampung mudah ingat. Macam tu la. Orang dulu - dulu kuat panggil dengan gelaran. Itu berdasarkan apa yang bonda sis bagi tahu ya. 

Betul lah apa yang Syahmi Sazli bagi tahu tu, bukan terhad kepada nama Mael saja, ikut nama apa pun. 
Jadi jangan salah faham dengan perkataan "Totey" tu ya. Totey itu hanya gelaran.

                                        


Sinopsis Mael Totey The Movie

Mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya.

Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. 


Filem genre komedi Mael Totey The Movie ini, boleh ditonton di Astro First  saluran 480 dengan harga langganan RM 15. Tahniah buat pengarah muda dan juga pelakon Syahmi Sazli, barisan pelakon dan krew yang telah menjayakan filem Mael Totey The Movie ini. 

1 komentar:

avatar
Nur Asyiqin delete 29 October 2020 at 10:58

hehe..ummi ingt totey tu ade maksud rupenya macam panggilan sahj..

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang