Tonton Drama Sekali Ku Jatuh Cinta Episod 1 Hingga 13 ( Akhir )

Tonton Drama Sekali Ku Jatuh Cinta Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) | Salam semua, Drama Sekali Ku Jatuh Cinta ini telah bersiaran di TV 1 di bawah slot Widuri. Barisan pelakon pun tak kurang hebat. Nazim Othman, Daler Yusof, Aprena Manrose, Reen Rahim dan ramai lagi. Drama ini di bawah pengarah Mansor Akob dan telah mula disiarkan pada 20 September 2020. 


Drama Sekali Ku Jatuh Cinta


Sis rasa ramai yang rindu lakonan Nazim Othman selepas drama Pengantin Satu Malam tamat. Macam tak ada dah drama dia kan. Tup tup keluar drama Sekali Ku Jatuh Cinta. 


Info Drama Sekali Ku Jatuh Cinta 

  • Bilangan Episod : 13 Episod
  • Tarikh Tayangan : 20 September 2020
  • Waktu Siaran : Khamis hingga Ahad pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Widuri (TV1 RTM)
  • Pengarah : Mansor Akob (Manchi)
  • Produksi : Zamriez Golden Pictures
  • Barisan Pelakon : Aprena Manrose, Nazim Othman, Reen Rahim, Daler Yusof, Nazrief Nazri, Meor Mohd, Esma Daniel, Laila Nasir, Fieza Jolie


Pelakon Drama Sekali Ku Jatuh Cinta Dan Watak 

  • Nazim Othman sebagai Ammar
  • Aprena Manrose sebagai Rose
  • Reen Rahim sebagai Tasha
  • Esma Daniel sebagai Tan Sri Khalid

Sinopsis Drama Sekali Ku Jatuh Cinta 

Untuk sinopsis drama Sekali Ku Jatuh Cinta, boleh la baca ringkasan untuk setiap episod, nanti cerita penuh tak best pulak. Nak tahu best ke tak, tonton lah drama ini ya. 

Episod 1
Amar betul-betul tidak sabar melangsungkan pertunangannya dengan Farah. Tapi, betul ker Farah sepenuh hati menerima lamaran Amar?

Episod 2 
Akhirnya Imlan, Ammar dan Fendy berjaya pecah masuk rumah Dato̢۪ Noh. Adakah Rose tidak menyukai Zain, tetapi kenapa nama Zain sentiasa meniti di bibir Rose?

Episod 3 
Pak Mat masih curiga dengan identiti Imlan. Rose pula sangat marah dengan keputusan Tan Sri Khalid, semuanya berpunca daripada Imlan.

Episod 4 
Demi Persada Holdings, Tan Sri tetap mahu menjodohkan Imlan dengan Rose. Zain dan Tasha pula berpakat. Tetapi, siapa sebenarnya Imlan Dato' Noh?

Episod 5 
Rose bersikap dingin dengan Imlan, tetapi tidak dengan Zain. Tan Sri mula curiga dengan gerak-geri Zain. Pak Mat dan Mak Ton pula buntu apabila megetahui Tasha dan Ammar keluar bersama.

Episod 6 
Imlan tidak puas hati dengan Ammar. Ugutan Imlan langsung tidak dipedulikan oleh Ammar. Yang pasti, Tasha semakin dilupakan oleh Imlan.

Episod 7 
Tasha merasakan dirinya telah dikhianati oleh Zain dan dipermainkan oleh Imlan. Rose pula mula selesa dengan Imlan.

Episod 8 
Adakah Tan Sri diracun? Rose mula mengesyaki sesuatu. Zain pula ada membuat perancangan bersama Imlan dan Fendy.

Episod 9 
Rose telah banyak berubah. Tan Sri pula ingin sangat menjodohkan Imlan dengan anaknya, Rose. Zain merasakan kedudukannya tidak selamat lagi di syarikat Tan Sri.

Episod 10
Apa yang telah berlaku kepada Farah sehinggakan dia kembali ke pangkuan keluarga? Ammar pula membawa diri di saat Rose benar-benar cintakan 'Imlan'.

Episod 11
Farah cuba meraih kembali cinta Ammar. Tasha yang tidak dapat dihubungi, Ammar pula yang dituduh oleh Tan Sri. Benarkah Ammar bersubahat dalam kes penculikan Rose?

Episod 12
Rahsia Amar yang menyamar sebagai Imlan telah pun terbongkar. Rose merasakan dirinya telah dikhianati oleh keluarganya sendiri. Ke mana sebenarnya Rose pergi?

Episod 13 
Farah mengandung! Apa pula rancangan Dato’ Joe dan Dato’ Mus? Bagaimana kesudahan hubungan Rose dan Ammar?

Tonton Drama Sekali Ku Jatuh Cinta Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) 

Jika terlepas tonton, drama Sekali Ku Jatuh Cinta boleh ditonton strim di my klik. Untuk drama - drama yang pernah bersiaran di TV bawah RTM ini banyak ada kat My Klik. 

Baca : Tonton Drama Bicara Cinta Episod 1 Hingga 15 ( Akhir )

Post a Comment

Previous Post Next Post