Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya

Jadikan Amalan Bacaan Surah 3 Qul Sebelum Tidur Dan Kelebihannya | Setiap surah dalam Al Quran mempunyai kelebihan  tersendiri jika kita sentiasa amalkan. 

Jadi sebagai umat islam kenalah ambil peluang untuk jadikan surah -surah dalam Al Quran untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. 

Di antara banyak - banyak surah tersebut adalah surah 3 Qul, dah biasa dah kita dengar kan. Surah lazim yang pendek dan mudah nak ingat. 

Dan kita sentiasa diingatkan untuk baca surah 3 Qul ini sebelum tidur. 


Baca surah 3 Qul sebelum tidur


Dah ramai pesanan ustaz dan ustazah pesan baca surah 3 Qul sebelum tidur. Kenapa surah 3 Qul ?.

 Kena tahu makna setiap surah 3 Qul yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW. 

Sebut surah 3 Qul ini untuk ringkasan saja disebabkan surah tersebut bermula dengan Qul. Surah 3 Qul terdiri daripada : 


1. Surah Al Ikhlas

2. Surah Al Falaq

3. Surah An Naas


Maksud Surah Al - Ikhlas 

Surah 3 Qul sebelum tidur


Surah Al - Ikhlas adalah bermaksud tauhid yang sebersih - bersihnya. Surah ini adalah surah yang ke 112 dalam Al Quran dan mengandungi empat ayat saja. 

Kenapa dinamakan Ikhlas ? Ini kerana Rasulullah SAW diperintahkan untuk menegaskan kepada umum bahawa Allah Taala Maha Esa dan tiada sebarang bandinganNya. 

Pengertian bagi surah Al - Ikhlas  adalah : 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. 
3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. 
4. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan Dia. 

Maksud Surah Al - Falaq

Surah 3 Qul sebelum tidur


Surah Al Falaq yang bererti sekalian makhluk. Surah ini adalah surah yang ke 113 dan mengandungi lima ayat. 

Surah Al Falaq mengajar kita untuk memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Kuasa terhadap kejahatan makhluk - makhluk Tuhan dan juga perbuatan sihir, khianat, hasad dengki dan sebagainya. 

Pengertian bagi surah Al - Falaq adalah : 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 

1. Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Menguasai subuh.
2. Dari kejahatan makhluk-Nya.
3. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. 
4. Dan dari kejahatan wanita - wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul - buhul.
5. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. 

Maksud Surah An - Naas 

Surah 3 Qul sebelum tidur


Surah An - Naas bermaksud manusia. Surah ini adalah surah yang ke 114 di dalam Al Quran dan mengandungi enam ayat. 

Surah An - Naas juga mengajar kita untuk memohon perlindungan dari Allah terhadap bahaya - bahaya yang batin seperti bahaya dari syaitan atau jin, tipu daya makhluk, perasaan atau ingatan buruk yang boleh merosakkan akidah, amal ibadat dan cara hidup kita. 

Pengertian bagi surah An - Naas adalah : 

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia. 
4. Dari kejahatan ( bisikan ) syaitan yang biasa bersembunyi. 
5. Yang membisikkan ( kejahatan ) ke dalam dada manusia. 
6. Dari jin dan manusia. 

Baca dan fahami maksud ketiga - tiga surah 3 Qul ni, baru faham kan. Tahu baca saja, maksud tak tahu apa tak boleh jugak. 

Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur 

Kenapa kita perlu amalkan baca surah 3 Qul ini sebelum tidur. Ini kerana supaya kita boleh tidur dalam keadaan tenang tanpa sebarang bentuk gangguan terutamanya gangguan syaitan dan jin.

Di antara kelebihan membaca surah 3 Qul ini adalah : 

1. Menolak segala bentuk gangguan jin.
2. Menolak segala bentuk gangguan syaitan. 
3. Menghindarkan diri dari terkena sihir. 
4. Menghindarkan diri dari terkena penyakit was - was.
5. Menghindarkan diri dari segala bentuk kejahatan.
6. Menghindar diri dari perkara - perkara buruk. 

Cara Untuk Baca Surah 3 Qul 

Sebelum tidur nak baca surah 3 Qul ada cara yang tertentu. 

1. Ketika kita berada di tempat tidur, seeloknya dalam keadaan duduk, sambil menadah kedua tangan, turutan bacaan 3 Qul bermula dari surah Al - Ikhlas, Al Falaq dan An - Naas, bacalah surah 3 Qul sehingga habis.

2. Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.

3. Jika mempunyai anak-anak yang masih kecil, sebagai Ibu atau bapa, boleh sahaja membaca surah 3 Qul tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada seluruh badan anak.


Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:

“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari)

Kredit : https://kataustaz.com/kelebihan-membaca-surah-3-qul/


Mari kita sama - sama amalkan untuk membaca surah 3 Qul ini dan jangan lupa untuk amalkan sebelum tidur. 

Terasa rugi sangat sekiranya tak jadikan amalan. Tiada upaya kita selain daripada memohon perlindungan daripadaNya. 

Jangan lupa, banyak kelebihan ayat kursi bila dibaca. 

Baca Juga : 

1 Comments

  1. jadikan amalan, semoga ianya melindungi kita dari gangguan sihir.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post