Tonton Drama Sang Pewaris Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Di Slot Lestary TV3

Tonton Drama Sang Pewaris Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) Di Slot Lestary TV3 | Salam semua, tamat sudah drama Lelaki Lingkungan Cinta. Drama Sang Pewaris di Slot Lestary TV3 yang menggantikan drama yang lepas. Sis rasa macam lama tak nampak pelakon cantik Amyra berlakon. Kali ini Amyra berganding dengan Ben Amir dalam drama Sang Pewaris.  Drama Sang Pewaris adalah drama adaptasi novel karya novelis Fizziany. 


Tonton drama Sang Pewaris


Drama Sang Pewaris telah ditayangkan di TV3 bawah Slot Lestary sebanyak 13 episod pada hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 9 malam. Drama ini juga dibantu ramai barisan pelakon lain seperti Zamarul Hisyam, Fizz Fairuz, Zarynn Min dan ramai lagi. 


Info Drama Sang Pewaris 

  • Bilangan Episod : 13 Episod 
  • Tarikh Tayangan : 26 November 2020
  • Waktu Siaran : Rabu hingga Jumaat pukul 9:00 malam
  • Siaran TV : Slot Lestary TV3
  • Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar, Farah Alya Asari
  • Pengarah : Eyra Rahman
  • Produksi : Global Station Sdn Bhd
  • Pelakon : Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin

Pelakon Dalam Drama Sang Pewaris Dan Watak 

Barisan pelakon yang berlakon di dalam drama Sang Pewaris. 

  • Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
  • Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
  • Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
  • Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
  • Zamarul Hisham sebagai Mahmud
  • Ieda Moin sebagai Chesom
  • Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
  • Sheila Mambo sebagai Mak Bedah
  • Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
  • Harun Hashim sebagai Pak Samad
  • Wan Sharmila sebagai Malina
  • Fad Anuar sebagai Jamal
  • Mimi Ernida sebagai Zizi

Sinopsis Penuh Drama Sang Pewaris 

Drama ini mengisahkan seorang pemuda kampung yang namanya Ali dan tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Ali sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.

Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar.

Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya. Apakah kesudahan cerita ini ? 

Sinopsis Novel  Drama Sang Pewaris 

Drama ini adaptasi dari novel. Siapa yang dah baca novel karya novelis Fizziany ni. Best tak ? mesti laku keras novel ni. Tonton episod satu pun macam dah best. Ok ini adalah sinopsis novel untuk drama Sang Pewaris. 

Dalam satu hari sahaja, Ali dikejutkan dengan beberapa fakta tentang dirinya;

1) Dia bukan Ali bin Ahmad, tetapi rupanya Tunku Ali Khairudin ibni Tunku Ahmad!
2) Fakta kedua, dia mempunyai seorang abang kembar!
3) Fakta ketiga, sangkanya dia cuma anak pungut, tetapi rupanya dia pernah diculik!
4) Keluarga kandung sedang mencari dan menanti kepulangannya demi kelangsungan warisan keluarga.

Takut dengan kenyataan yang mendadak di depan mata, Ali enggan pulang meskipun puas dipujuk. Tetapi, sekeping gambar telah melunturkan pendiriannya. Dia pulang juga akhirnya.

Di saat majlis meraikan kepulangannya diatur, Ali menukar fikiran. Dia menghilangkan diri. Ali mengubah rupa dan menyamar sebagai tukang kebun lalu menyusup masuk ke dalam rumah keluarga kandungnya. Di situ, dia mula mengenali beberapa nama.

Tuan Haji Mahmud: Pengurus keluarga diraja yang terlalu setia sehingga menimbulkan curiga.

Tunku Kamariah: Sang Bonda yang suka menyendiri. Sikapnya terkadang bagai orang gila.

Tunku Ameer: Lelaki misteri yang sukar ditafsir budi pekerti.

Doktor Mahfuz: Doktor peribadi keluarga yang prihatin meski senyumnya dingin.

Che Som dan Pak Kadir: Tukang masak dan pemandu rasmi keluarga yang memiliki semua cerita tentang keluarga tersebut di dalam poket mereka.

Zara Aireena: Manis. Lembut. Jelita. Bergaya. Ops, itu luaran sahaja! Tetapi rupanya dia boleh tahan gila. Kalau tidak, takkan dikejarnya Ali dengan parang semata-mata marahkan Ali terpotong pokok bunga kesayangannya.

Konflik muncul satu demi satu. Misteri lama terurai perlahan-lahan. Luka lama kembali berdarah. Namun, tiada luka yang dapat menandingi luka di hati Ali bila terpaksa akur bahawa hatinya mula mencintai Zara Aireena, tetapi gadis itu pula merupakan tunang abang kembarnya!

Tonton Drama Sang Pewaris Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)

Tonton drama Sang Pewaris

Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton drama Sang Pewaris di TV3, kalian boleh tonton juga semua episod secara percuma hanya di wetv.vip selesai saja tayangan di TV. Atau nak lagi senang tonton boleh download aplikasi weTv di Play Store untuk menonton drama Sang Pewaris. 

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 




















Post a Comment

Previous Post Next Post