Drama Angkara Cinta Episod 1 Hingga 70 ( Akhir ) Di Astro Prima

Tonton Drama Angkara Cinta Episod 1 Hingga 70 ( Akhir ) Di Astro Prima | Salam semua,  drama Angkara Cinta yang sedang ditayangkan di Astro Prima dan Prima HD slot Tiara bermula 2 November lepas. Drama terbaru ini menggantikan drama Dendam Cinta Arissa. Drama rantaian panjang ini sebanyak 70 episod ke semuanya. Genre untuk drama ini lebih kepada kisah kekeluargaan dan konflik cinta. Drama yang diarahkan oleh Hadith Omar ini bersiaran pada hari isnin hingga jumaat pada pukul 6 petang. 


Drama Angkara Cinta


Info Drama Angkara Cinta

  • Bilangan Episod : 70
  • Tarikh Tayangan : 2 November 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat pukul 6:00 petang
  • Siaran TV : Slot Tiara (Astro Prima & Prima HD)
  • Penulis Skrip : Amor Rizan, Rehal Nuharis, Dayang Kartinah Said, Akmal Nahar
  • Pengarah : Hadith Omar
  • Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
  • Pelakon : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir, Roy Azman, Ku Fridah, Hamidah Wahab, Lydiawati, Ayu Azlina, Hyrim Husni, Alynn Techen , Hadi Putra, Dayana Jasmin, Eden Lian, Alif Hadi, Alif Muhaimin, Faha Azhar, Mazli Razali, Nasz Sally, Oshin Ahmad, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Darwish

Pelakon Drama Angkara Cinta Dan Watak 

Barisan pelakon yang berlakon dalam drama Angkara Cinta antara pelakon utama adalah Hun Haqeem dan juga Meerqeen. Sama - sama pendatang baru dalam dunia lakonan. Hun Haqeem pernah bawa watak dalam drama Kampung People dah 2 musim. Yang seorang lagi, sis pun tak berapa kenal dengan Meerqeen ni. Tapi, pernah tengok Meerqeen ada berlakon berganding dengan Nora Danish dalam filem Kelaster yang ditayangkan di Astro First. 

Selain daripada Hun Haqeem dan Meerqeen turut berlakon untuk watak utama adalah Wanna Ali. Wanna Ali pun nama yang tengah melonjak naik jugak. 

  • Hun Haqeem sebagai Luqman
  • Meerqeen sebagai Haqeem
  • Wanna Ali sebagai Adira
  • Yuna Rahim sebagai Jijie
  • Syazwan Zulkifly sebagai Remy
  • Azhar Amir sebagai Razlan
  • Nina Juren sebagai Mariani
  • Sharifah Shahora sebagai Indah
  • Normah Damanhuri sebagai Nek Milah
  • Ku Faridah sebagai Puan Liza
  • Alif Muhaimin sebagai Dino
  • Nur Auni Zahra sebagai Adira
  • Syed Irfan sebagai Luqman
  • Gen Darwish sebagai Haqeem

Sinopsis Drama Angkara Cinta 

Drama Angkara Cinta mengisahkan tentang dua susuk yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.

Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.

Mariani (ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem. Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman. Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.


Akhirnya, setelah beberapa insiden berlaku, kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik-beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.

Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?

Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Hakeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?


Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih. 





Post a Comment

Previous Post Next Post