-->

Thursday, 5 November 2020

author photo

Cara Nak Tahu Video Terkena Copyright Claim Atau Tidak Di Youtube | Salam semua, rasa macam lama tak berkongsi tentang tips - tips untuk panduan youtube. Sis pun kongsi kat sini sebab ramai yang kongsi tips - tips untuk kebaikan youtuber di luar sana. Ramai sangat nak jadi youtuber ni. Ada ambil jalan singkat, ada yang ambil jalan yang betul. Ke semua itu atas diri sendiri. Nak singkat nak cepat, alamatnya kalau tak kena dengan cara yang betul. Memang habis lah channel youtube korang.


cara nak tahu video terkena copyright claim atau tidak


Memandangkan sekarang ini, Youtube memang sangat tegas dalam isu berkenaan copyright claim. Youtuber memang kena hati - hati dalam setiap pemilihan lagu yang diletak dalam video.


Bukan sembarangan muzik jer ambil letak dalam video ya. Apa yang sis bagi tahu ini adalah berkenaan jenis claim tentang lagu yang dimasukkan dalam video. 


Kalau ikutkan pengalaman sis bergelar youtuber dah 3 tahun ni, tak ada lagi masalah. Kadang - kadang nak tahu jugak rasa macam mana terkena copyright claim. Tapi takut pulak nak buat - buat saja haaa. 


Sis memang sentiasa ikut apa yang sifu ajar tentang peraturan - peraturan di youtube tertutamanya tentang pemilihan lagu. Jadi nak selamat, sis memang ambil lagu - lagu semua dekat Youtube audio library. Alhamdulillah setakat ini, tak ada terkena apa - apa.


cara nak tahu video terkena copyright claim



Cara Nak Tahu Video Terkena Copyright Claim Atau Tidak Di Youtube 

Nak dijadikan cerita, sis ada edit video dengan video editing app yang dah ada dalam phone. Saja cuba nak letak lagu yang dah ada dalam aplikasi tu dalam video. Sebab lagu tu memang best jugak.

Dalam hati ada terlintas jugak takut terkena copyright. Tapi sis teruskan jer. Ada tips ya kalau korang nak tahu video yang korang upload di youtube ada terkena copyright ke tidak. 

Jadi macam mana cara yang betul nak tahu video kita ni terkena copyright atau tidak. Kalau upload terus dan tekan publish, takut sampai mesej tak boleh monetise pulak. 

Ikut 5 Langkah Ini Nak Elak Video Terkena Copyright Claim 


1. Pertama sekali upload terlebih dahulu video.
2. Selepas selesai upload video, kemudian terus tekan next, sampai lah nampak boleh pilih nak private, unlisted atau pun public.
3. Biasa memang sis tekan private dulu setiap kali upload video, nak publish terus memang tak sempat, sebab nak buat banyak lagi benda sebelum nak kena publish video. Ataupun korang boleh tick untuk unlisted terlebih dahulu. 
4. Tengok gambar di bawah untuk unlisted tu baca dia dah bagi tahu tips macam mana. 

Unlisted : Select this setting and wat a couple of hours to see if any monetisation or visibility issues are found. 

cara nak tahu video terkena copyright

5. Bila dah tekan save, ia akan keluar macam gambar di bawah. Bila kita tick untuk unlisted, kena tunggu sekejap sampai untuk kotak monetisation tu dah bertukar warna hijau. Maknanya video yang sis upload ni tak ada terkena copyright claim.  Bila dah warna hijau bermakna video tersebut selamat dan boleh untuk monetize. 

cara nak tahu video terkena copyright


Ok lah harap faham ya. Yang kedua pulak sis nak tunjuk sekiranya video tersebut terkena copyright. Sebab ini pun pertama kali saja nak cuba buat. Tapi nasib baik sis cuba buat macam langkah kat atas tadi ya.

Nak tahu jugak keluar macam mana, Jadi sis pilih cara selamat untuk private kan video. Lagu yang dimasukkan dalam video tu, sis memang dah rasa mesti copyright ni. Sah memang sungguh terkena copyright. 

cara nak tahu video terkena copyright

Bila dah siap upload, pergi kat dashboard youtube dah nampak ada mesej dari youtube, bila klik memang macam tu lah seperti dalam gambar di atas. Memang terperinci youtube bagi tahu apa yang tak kena dengan video kita tu. 

cara nak tahu video terkena copyright claim


Kesimpulan 

Kadang - kadang bila keluar mesej macam ni, ada yang ingat takut kena warning nanti jadi apa - apa kat channel youtube kita. Ini bukan copyright strike. Copyright strike tu dah macam perkataan pantang didengar pulak. Bahaya oih. Silap langkah, terkubur channel youtube kita. 


Untuk video ini, video memang tak boleh nak monetise sebab guna lagu copyright. Kalau ada iklan pun dalam video ni, hasil daripada iklan akan dibayar kepada pemilik lagu tersebut. Sebenarnya ada tindakan apa yang kita patut buat. Boleh tukar muzik lain.Tapi sis tak sempat nak godek, pergi delete terus dah video ni. Nasib baik nak set ke private dulu. 


Harap faham walaupun sekadar penerangan yang ringkas. Pastikan kalian set video tu ke private ataupun unlisted. Kalau kalian tanya, sama ke kalau tekan private dan unlisted tu. Jawapannya sama saja ya.


Kalau nak selamat, kalian ambil lagu dekat youtube audio library ya. Kat sana pun banyak muzik yang sedap didengar. Daripada kita ambil lagu orang tu, baik ambil yang free yang youtube dah sediakan.


Ebook | Rahsia Youtubers Naikkan Views Dengan Headline 

Buat kalian yang masih berjinak - jinak dalam dunia youtube nak cari gali ilmu lagi. Jom dapatkan satu ebook Rahsia Youtubers Naikkan Views Dengan Headline. Ikutkan ramai yang dapatkan ebook ini. Ilmu harus dicari dan praktikkan. Nak jana income dengan youtube pun kena ada ilmu jugak ya. 

Kalian nak dapatkan ebook ini boleh klik lin di bawah : 


Rahsia youtubers naikkan views dengan headline









This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Nuffnang