Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 ( Akhir ) Di Slot Megadrama Astro Ria

Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 ( Akhir ) Di Slot Megadrama Astro Ria | Salam semua, drama Biar Mereka Cemburu  yang menggantikan drama Perempuan Tanpa Dosa yang telah pun tamat. Drama ini adalah drama adaptasi novel hasil karya Anuar Darwisy. Drama ini dibintangi oleh Nabila Razali dan Aiman Hakim sebagai watak utama. Drama ini telah ditayangkan di slot Megadrama di Astro Ria pada hari isnin hingga khamis pada pukul 10 malam. 


Drama biar mereka cemburu


Sis rasa macam tak pernah berganding lagi 2 pelakon ini kan. Nabila Razali walaupun seorang penyanyi tapi ada juga bakat berlakon dalam diri. Selain daripada Nabila dan Aiman, drama ini turut dibantu oleh Bella Dowanna, Aedy Ashraf Mas Anizan dan ramai lagi pelakon lain. 


Info Drama Biar Mereka Cemburu  

  • Tarikh Tayangan : 1 Disember 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Megadrama di Astro Ria 
  • Penulis Novel : Anuar Darwisy
  • Pengarah : Roslin Sharif
  • Produksi : Global Station Sdn Bhd
  • Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Adam Malek, Aedy Ashraf, Shah Rezza, Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

Pelakon Dan Watak Dalam Drama Biar Mereka Cemburu 

Di antara barisan pelakon dalam drama  Biar Mereka Cemburu. 
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
  • Nabila Razali sebagai Nadia
  • Izzat Mushtaq sebagai Rostam
  • Rubini sebagai Marsha
  • Aedy Ashraf sebagai Fetri
  • Bella Dowanna sebagai Nabila
  • Hasmira Azmi sebagai Sofea
  • Syahir Shafein sebagai Reza
  • Adam Malek sebagai Nabil
  • Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
  • Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

Sinopsis Penuh Drama Biar Mereka Cemburu 

Drama biar mereka cemburu

Drama ini mengisahkan tentang Tengku Eidil yang merupakan pengarah kreatif di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka dan sedang bercinta dengan Marsha Gordon. Namun, detik hatinya untuk berubah ke arah ukhrawi membawanya jauh dari rancangan untuk berkahwin dengan Marsha.

Nadia ialah seorang penghantar makanan untuk sebuah kedai makan yang dimiliki oleh kawan baiknya, Rostam. Nadia bekerja keras sebagai penghantar makanan untuk membantu keluarganya dan Rustam sentiasa membantu Nadia. Dalam masa yang sama, Nadia turut menyimpan hasrat untuk bergelar jurufoto profesional.

Takdir menemukan mereka berdua apabila pada suatu petang semasa sedang menghantar makanan, Nadia berhenti di tepi jalan dan Eidil terlanggar lopak air lalu menyebabkan ia terkena pada Nadia tanpa sengaja.

Sejak itu, Iedil sering pesan makanan di kedai tempat Nadia. Rustam pula masih teragak-agak untuk memberitahu cintanya pada Nadia. Manakala Marsha sanggup melakukan apa sahaja termasuk berubah dan bertudung demi Iedil. Siapa antara mereka yang akhirnya mendapat cinta sejati?


Sinopsis Novel Biar Mereka Cemburu 


Drama biar mereka cemburu

Disebabkan drama ini adalah adaptasi dari novel, sis cuba cari dekat Shopee memang ada novel Biar Mereka Cemburu. Untuk sinopsis novel Biar Mereka Cemburu, korang baca di bawah ya. Mana tahu ada yang jatuh hati nak beli novel. Sinopsis untuk novel ini berbeza dari drama TV ya. 

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka.

Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar.

Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini.

Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah.


Tonton Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 ( Akhir ) 


Drama ini boleh ditonton di Astro Ria saluran 124 atau Astro Ria HD saluran 104 pada pukul 10 malam. Bagi yang terlepas untuk menonton drama Biar Mereka Cemburu ini, kalian boleh juga menonton  secara percuma di laman web iQiyi di www.iq.com atau tonton melalui aplikasi iQiyi.

Muat turun percuma saja aplikasi iQiyi boleh download di Play Store. Tayangan di iQiyi pada pukul 11 malam selepas ditayang di TV. 

Di sini sis akan kemas kini  link dari semasa ke semasa.  

Biar Mereka Cemburu Episod 1


Biar Mereka Cemburu Episod 2


Biar Mereka Cemburu Episod 3 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 4 ( VIP ) 


Biar Mereka Cemburu Episod 5 ( VIP ) 


Biar Mereka Cemburu Episod 6 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 7  ( VIP ) 


Biar Mereka Cemburu Episod 8 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 9 ( VIP ) 


Biar Mereka Cemburu Episod 10 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 11 ( VIP ) 


Biar Mereka Cemburu Episod 12 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 13 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 14 ( VIP )


Biar Mereka Cemburu Episod 15 ( VIP ) 


Biar Mereka Cemburu Episod 16 Akhir ( VIP ) 


Tamat sudah drama Biar Mereka Cemburu. 

Buat peminat - peminat drama yang nak tahu update tentang drama - drama Malaysia boleh join group facebook ini ya. Klik Cerita Drama Malaysia. Jom ramai - ramai meriahkan group ini. Terima kasih.





Post a Comment

Previous Post Next Post