-->

Tuesday, 16 February 2021

author photo

Resepi Roti Lapis Daging Ayam Cincang Simple Dan Sedap | Salam semua, ada roti lebih, jom buat resepi yang sangat mudah. Memang guna bahan yang ada di dapur Tapi kena cukup bahan lah. Kalau tak, nanti tak sedap pulak. Macam - macam boleh dibuat dengan roti, salah satunya roti lapis daging. Untuk lapisannya tu tak kisah nak guna daging cincang atau ayam kisar. Kebetulan di dapur ada stok ayam cincang. Sis, kalau roti tak sempat nak habis, cepat - cepat sis sejuk beku dalam peti. Nanti kena fikirkan menu nak buat apa dengan roti. 


Resepi roti lapis daging ayam cincang


Beli roti sebelum ni, mula - mula semangat makan dengan kaya, jem, chocolate spread kan. Lepas dah beberapa keping roti, mula dah muak makan roti style sama kan. Macam nak buat kelainan sikit. 


Kali ini kita buat kelainan untuk buat resepi ke arah "savory" orang putih cakap. Sebab tak ada istilah manis - manis. 


Resepi roti bakar berinti ini kalau terlebih cukup bahan pun tak apa. Pandai kreatif nak letak cheese ke, memang lagi sedap. Siapa nak tolak ada cheese tu kan. 


Disebabkan sis simpan sejuk beku roti tu, nanti nak sedia nak guna roti tu, keluarkan awal - awal ya bagi roti lembut. 


Jom, kita semak untuk resepi mudah roti lapis daging ayam cincang. Resepi yang mudah, sedap dimakan. Semua famili suka ni. Kalau tak habis ada lebih simpan dalam peti, esok tu boleh lah panaskan dalam air fryer sekejap. 


Resepi roti lapis daging ayam cincang

Inti daging yang dah siap dimasak. Letak lada burung nak bagi rasa pedas. Kalau yang tak suka pedas boleh abaikan, atau nak letak lada sulah pun boleh. 


Resepi roti lapis daging ayam cincang

Bancuhan telur dengan susu 

Resepi roti lapis daging ayam cincang

Ada lebihan daging sikit letak kat bahagian atas. Ada lebihan bancuhan telur tu, tuang atas roti. Loyang 4 segi 9" ini muat - muat untuk 4 keping roti. 

Resepi roti lapis daging ayam cincang

Dah siap bakar, sejukkan sekejap. Agak - agak dah suam loyang tu boleh telangkupkan atas pinggan sebelum dipotong. Pastikan roti lapis ini suam - suam sikit. 

Resepi Roti Lapis Daging Ayam Cincang Simple Dan Sedap 

Bahan - Bahan 

8 - 10 keping roti atau secukupnya 


Bahan Untuk Inti daging 

400 gm atau 500 gm daging atau ayam cincang

1 biji bawang besar dipotong dadu

2 ulas bawang putih dicincang

5 - 6 tangkai lada burung dihiris halus

2 sudu besar rempah kari digaul dengan sedikit air

Daun sup yang dihiris halus secukupnya

Garam secukup rasa 


Bahan Bancuhan Telur 

80 gm mentega dicairkan 

5 biji telur 

sedikit lada sulah

400 ml susu cair atau 1 tin 


Cara Buat Untuk Inti daging 

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga naik bau. 

2. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik bau atau sampai tumisan masak

3. Masukkan ayam kisar dan sedikit air, gaul rata dan masak hingga daging empuk. 

4. Masukkan daun sup kacau rata. Angkat dan ketepikan sekejap


Cara Buat Untuk Bancuhan Telur 

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk, masukkan mentega cair, susu cairdan lada sulah.

2. Kocok rata. 


Cara Untuk Melapis Roti 

1. Sediakan loyang atau mangkuk tahan panas. Untuk loyang sis guna loyang 4 segi 9 inci.
2. Alas loyang dengan kertas baking. Ke semua tepi loyang disapu dengan marjerin untuk elak melekat. 
3. Celup roti ke dalam bancuhan telur, kemudian susun ke dalam loyang sambil ditekan padat. 
4. Kemudian tabur dengan inti daging di atas roti. 
5. Buat berselang - seli dengan daging sehingga roti habis.
6. Akhir sekali curahkan lebihan bancuhan telur ke dalamnya. 
7. Tabur dengan lebihan inti daging. 
8. Bakar pada suhu 160 Cdalam 30 hingga 45 minit atau hingga masak. Cucuk dengan lidi tak melekat.
9. Dah masak, tunggu biar suam - suam sikit. Boleh keluarkan dari loyang dan letak atas pinggan.  

Mudah tak nak buat roti lapis daging ayam cincang ? Mudah kalau semua bahan cukup. Tak rugi sedap. Selamat mencuba ya. 

Baca Juga : 






This post have 3 komentar

avatar
anakdenesor delete 16 February 2021 at 11:04

sedapnya sis..uish terliur..ala ala roti john kan

Reply
avatar
anamizu delete 16 February 2021 at 11:31

sedapnya roti lapis daging cincang ni! feveret sy juga ni hehe

Reply
avatar
Amie delete 16 February 2021 at 12:11

Masha Allah! Sedapnya.... kenyang buat makan sarapan ni.

Reply


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post