-->

Sunday, 25 April 2021

author photo

Drama Kisah Cinta Rumi Slot Lestary Episod 1 Hingga 13 ( Akhir ) | Salam semua, drama terbaru di slot Lestary, drama Kisah Cinta Rumi. Lama tak tengok Riena Diana ni, last tengok dalam drama Kampung People. Tapi kali ini, gandingan dengan pelakon lain pulak ya. Ramai pelakon - pelakon baru. Untuk drama kali ini, menampilkan gandingan Riena Diana dan Khai Bahar. Untuk info lanjut, boleh baca di bawah ya. 


drama kisah cinta rumi


Drama Kisah Cinta Rumi telah mula bersiaran pada 24 April setiap Rabu hingga Sabtu pada pukul 9 malam. 


Info Drama Kisah Cinta Rumi 

  • Bilangan Episod : 13
  • Hari Dan Masa : Rabu hingga Sabtu, 9:00 malam
  • Siaran TV: Slot Lestary TV3
  • Idea Asal: Raja Azidah Raja Jaafar
  • Pengarah : Idora Abdul Rahman
  • Produksi : Creative Skill Solution
  • Barisan Pelakon : Khai Bahar, Riena Diana, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Cahaya Nilam, Noniswara, Louisa Alissa Chong, Gen Darwish

Barisan Pelakon Kisah Cinta Rumi 

  • Khai Bahar sebagai Mika
  • Riena Diana sebagai Runi
  • Sharifah Rose sebagai Zahra
  • Hariz Hamdan sebagai Zafril
  • Dynas Mokhtar sebagai Haniza
  • Cahaya Nilam as Raihana
  • Gen Darwish sebagai Addin

Lagu Tema OST 

Hilang Gelita - Khai Bahar
Cinta Terakhir - Aman Nassim
Yang Terbaik - Ariff Sany

Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi 

Sejak kecil, Mika diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari mata pendapatan dengan apa jua cara pun. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal. 

Runisa, seorang gadis yang baru berumur 23 tahun tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status. Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa telah membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza, ibu Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini

Tonton Percuma Di We Tv Malaysia 

Terlepas tonton, korang boleh layari di We Tv Malaysia untuk tonton dari episod pertama hingga akhir yang berdurasi 42 minit ini. Tonton  Drama Kisah Cinta Rumi episod 1 hingga 13

This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post