-->

Monday, 26 April 2021

author photo
Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Super Sedap | Tips Kulit Tart Gebu, Rangup Dan Tak Pecah | 
Salam semua, resepi cheese tart sekarang dah bermacam variasi dan tak macam dulu. Dulu - dulu ada yang biasa letak jem bluberry itu dah biasa. Sekarang ni, macam - macam sampai sis pun tergoda dibuatnya bila tengok baker yang buat untuk jual. Sis memang peminat cheese tart. Sebenarnya dah banyak kali jugak buat cheese tart ni, maklumlah kalau pertama kali buat, nak cantik macam orang lain buat macam tak puas hati sangat. Kulit tart tertebal dan macam - macam lah. 

Tapi tu lah, renyah la juga nak buat cheese tart ni sebab nak kena tekan masuk acuan satu - satu bukan kerja mudah. Lain kalau ada tart presser, tapi sis tak pernah nak beli sebab buat chesse tart ni pun jarang - jarang. 

Resepi cheese tart coklat mudah


Jadi, kali ini sis buat cheese tart coklat, bukan inti cheese coklat ya, tapi kulit tart yang berwarna coklat. Lagi mengancam gabungan warna putih dan coklat kan berintikan jem bluberry di tengah - tengah.

Doh disimpan semalaman di dalam peti sebelum tekan ke dalam acuan tart keesokan hari. Korang nak sejukkan dalam 15 minit pun dah ok. Sis ada kerja lain nak buat, sebab hari tu buat untuk siapkan doh saja. Kerja nak tekan - tekan buat keesokan hari. Satu adunan dapat dalam 21 biji tak silap, bergantung kepada saiz acuan ya.

Banyak tips sebenanya nak kena ikut nak buat cheese tart ni, dari penyediaan nak buat kulit tart sampai ke inti untuk cheese tart. Resepi yang sis cuba alhamdulillah jadi elok dengan tips yang diberi. Kena baca elok - elok resepi tu ya.

Tips yang diberi untuk bakar cheese filling tu menjadi. Tak hangus permukaan atas. Untuk kulit tart, disebabkan tekan secara manual, tak nak kulit tart jadi gelembung lepas dibakar, tipsnya kena cucuk dengan garfu kat dasar kulit tart.

Tekan secara manual ni, payah nak agak ketebalan kulit tart, sis biasa tekan senipis mungkin, sebab nanti kulit tart naik sikit bila dah siap bakar. Kalau tebal sangat tak sedap pulak makan. Dan takut tak masak juga.

Kalau korang nak ketebalan yang rata, beli tart pressure mudah kan kerja nanti. jom semak resepi untuk cara buat cheese tart coklat yang super menggoda ni. 

Resepi cheese tart coklat mudahResepi cheese tart coklat mudah


Resepi Cheese Tart Coklat Mudah Dan Super Sedap 


Bahan - Bahan 

Untuk Kulit Tart
125g butter
60g gula kaster
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar susu segar ( ganti dengan 1 sudu besar susu tepung )
1 biji kuning telur
200g tepung gandum, diayak
50g serbuk koko, diayak

Cara Buat Kulit Tart 
1. Pukul butter bersama gula dan vanila hingga sebati tak payah kembang sangat.
2. Masukkan kuning telur dan susu segar, pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata hingga menjadi doh. Balut guna plastic wraper dan sejukkan selama 15 minit.
4. Bentukkan doh dengan kemas dalam acuan. Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga pastri garing tetapi tidak hangus. Biarkan sejukkan atas wirerack.

Cheese Filling
250g cream cheese
20g butter
60g gula aising
1 sk esen vanila
1 biji telur
120g fresh cream ( tak letak )

Langkah Penyediaan Untuk Filling 

1. Pukul cream cheese bersama dengan butter, vanila dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Kemudian, masukkan fresh cream dan pukul hingga agak pekat. 
4. Masukkan filling ke dalam piping bag, gunting sedikit hujungnya.
5. Paipkan cheese filling ke dalam pastri yang telah sejuk tadi. Boleh letak apa - apa perisa inti jika suka.
6. Bakar pada suhu 170 C selama 15 minit atau hingga filling masak, guna api bawah sahaja. Sejukkan dahulu sebelum di hidang. Hiaskan jika suka.

Nota 
1. Inti akan naik sedikit apabila sudah masak.
2. Matikan oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan inti turun baru dikeluarkan dari oven supaya tidak merekah.

Kredit : 
http://www.secubitgaramnor67.com/2014/09/chocolate-cheese-tart.html


Resepi cheese tart coklat mudah


10 Tips Untuk Kulit Tart Jadi Gebu, Rangup, Cantik ,Tak Pecah Dan Sedap 

Untuk pemula yang baru berjinak nak buat cheese tart ini, diharapkan tips di bawah dapat membantu korang semua ya. Yang ini biasa nya untuk kulit tart selalunya gagal. Biasalah kalau kali pertama buat ada macam tak kena kan. Macam sis jugak , kali pertama buat pun tak berasa puas hati sangat. 

1. Kenapa kulit tart mengembang ?  

Mungkin disebabkan adunan terlebih pukul (overbeat). Pukul adunan memadai sehingga sebati sahaja. Dinasihatkan juga agar adunan untuk shell hanya gunakan tepung gandum. Jangan sesekali tepung lain yang ada bahan penaik seperti tepung naik sendiri. Ini akan buat shell tart mengembang.

2. Kulit tart keras 

Keras bila dah siap bakar. Ini kerana guna saiz telur yang salah. Perlu inga ya, saiz telur yang besar, akan membuatkan adunan terlebih cairan. Sebaiknya gunakan telur Gred C. 

Namun, jika menggunakan saiz Gred A atau B, pastikan putih telur tersebut dibuang sedikit bagi mengurangkan cecair dalam adunan. Faktor terlebih tepung atau terlebih masa membakar juga akan membuatkn kulit tart menjadi keras.

3. Kulit tart lemau

Kemungkinan tempoh masa membakar tidak lama. Pastikan masa membakar tepat dan suhu ketuhar juga yang tepat. Untuk pastikan kulit tart tahan lama dan tidak dimasuki angin (lemau). Untuk lebih selamat, simpan bekas tersebut dalam peti sejuk. Kulit tart tidak akan lemau dan tahan lama.

4. Perlukan acuan disapu mentega atau marjerin

Hanya untuk penggunaan yang pertama kali bagi mengelakkan adunan atau doh melekat. Namun, untuk pemakaian seterusnya acuan tersebut tidak perlu disapukan mentega atau marjerin lagi.

5. Bagaimana cara keluarkan kulit tart dari acuan?

Ini kemungkinan tidak cukup masak lagi. Jika tidak cukup masak, memang agak susah untuk tanggalkan dari acuan. Kulit tart yang telah dibakar dengan sempurna akan hanya sekali hentakan ringan akan tertanggal dengan mudah dari acuan. Kaedah lain, boleh juga terbalikkan acuan, kulit tart akan mudah tanggal dengan sendirinya.

6. Berapa biji boleh dapat untuk satu adunan ? 

Biasanya boleh dapat 40 biji bagi setiap satu adunan, bergantung kepada saiz acuan dan ketebalannya. bagi adunan cream cheese, satu adunan dianggarkan boleh menghasilkan antara 50 – 60 biji.

7. Mengapa cream cheese mendap bila dibakar?

Selepas tart yang diisi cream cheese dibakar, seelok-eloknya biarkan ia sejuk di luar sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan simpankan ia di dalam peti sejuk. Walau bagaimanapun, bila disimpan semalaman di dalam peti sejuk, cream cheese tersebut memang akan mendap sikit.

8.Sekiranya guna tart presser, selepas menekan dengan tart presser, gunakan pisau untuk kemaskan lebihan tart di sekeliling acuan.

9. Kalau dah guna tart presser, tak perlu cucuk lagi sebab dia dah padatkan dengan presser.

10. Kalau guna manual, tekan-tekan dengan jari, silalah cucuk dengan garfu supaya tiada gelembung selepas membakar nanti.

Baca Juga : 


This post have 2 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post