Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika "Total Lockdown" Bermula Selasa Ini

Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika "Total Lockdown" Bermula Selasa Ini | Salam semua, rasanya semua dah sedia maklum yang kerajaan telah mengumumkan untuk total lockdown bermula esok 1 Jun hingga 14 Jun di seluruh negara kita. Negara kita masih lagi berperang dengan Covid tak habis - habis. Kadang - kadang, sis ni sekali duduk termenung jugak memikirkan bila Covid nak berakhir. Ya lah, kita tak boleh nak jangka dengan virus Covid, masih virus baru yang menular. Dah sampai timbul varian baru. Sampai sekarang macam - macam fikran dan perasaan ada. Takut pun ada. 

Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika "Total Lockdown"
Kredit : antaranews.com


Allah yang lebih mengetahui. Kena sabar, berdoa dan ikut SOP yang ditetapkan. Kes kematian makin tinggi, ditambah pulak kes harian pun makin meningkat. Tambah pulak ada segelintir orang kita ni masih tak percaya Covid itu wujud. Ada ya golongan macam ni. 


Nak buat macam mana arahan kerajaan, kita sebagai rakyat ni kena lah patuh. Itu semua tanggungjawab kita. Tapi dalam tengah total lockdown tak semua perkhidmatan terus berhenti. Kalau berhenti semua, korang nak makan apa. Kena lah bersyukur sikit. 


Senarai Sektor Perkhidmatan Yang Dibenarkan Beroperasi Ketika "Total Lockdown" Bermula Selasa Ini 

Ini di antara senarai aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh "total lockdown". 

  • Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  • Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  • Air
  • Tenaga
  • Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  • Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  • Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  • Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  • Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  • Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  • Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
  • E-dagang dan teknologi maklumat
  • Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  • Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  • Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  • Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  • Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Dengan pelaksanaan PKP ini juga, semua sektor perkilangan juga tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan mengikut sektor seperti berikut:

Pembuatan

  • Aeroangkasa (komponen dan selenggara, baiki and overhaul – MRO)
  • Makanan dan minuman
  • Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
  • Barang-barang dan penjagaan diri, dan bahan pencuci
  • Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  • Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  • Komponen bagi peranti perubatan
  • Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
  • Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  • Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
  • Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  • Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

Pertanian, Perikanan, Penternakan, Perladangan dan Komoditi

  • Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya (contohnya kedai yang menjual baja dan racun serta kilang memproses buah sawit adalah dibenarkan untuk beroperasi)
  • Perladangan dan komoditi serta rantaiannya (kelapa sawit, getah, lada dan koko)

Pembinaan

  • Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  • Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama
  • Kerja kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap ditapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

Sumber : kosmo.com.my

Ramai yang terkesan dengan PKP 3.0 ni dan ramai yang dah penat emosi, mental dan fizikal, Frontliners pun dah penat. Kita doakan lah yang terbaik buat Malaysia. 

Post a Comment

Previous Post Next Post